YBRS. PUAN ROHAYA BINTI HJ MAIDIN
Assalamu'alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.
Syukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, kita dapat lagi meneruskan perjuangan yang diamanahkan kepada kita sebagai pendidik dan pembentuk bangsa. Ucapan setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih kepada Jawatankuasa ICT SK Sungai Padas yang diketuai oleh Cikgu Supean Bin Yahya yang telah bertungkus lumus untuk menyiapkan laman web SK Sungai Padas ini.
Insya-Allah, kita yang berkhidmat sebagai warga pendidik perlu berpegang kepada prinsip kerja berpasukan (teamwork) dan berkolaboratif di peringkat pentadiran, pengurusan sekolah, daerah mahu pun di peringkat kebangsaan. Motto SKSGP "Ilmu, Setia, Bakti".
Sesungguhnya, guru-guru dan kakitangan SK Sungai Padas ini berupaya dan boleh membuktikan bahawa kita mampu membangun dan melahirkan modal insan yang diingini oleh bangsa dan negara. Kita perlu berazam dan mengaplikasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ,Wawasan Negara dan Pembudayaan Konsep Sekolah Transformasi (TS25) dalam semua aspek pengurusan. Marilah kita bekerja dengan seikhlas hati tanpa mengharapkan apa-apa balasan kerana keikhlasan dan pengorbanan kita dilihat dan dinilai oleh-Nya, Insya-Allah akan membuahkan hasil yang terbaik.
Oleh yang demikian, saya juga berharap semoga laman ini digunakan sebagai media saluran yang memberi manafaat kepada semua dan yang paling penting tidak disalahgunakan fungsinya.
Sesungguhnya, ilmu dan pengetahuan akan menjadi obor yang sangat berguna dalam hidup sepanjang zaman sesuai dengan slogan: "SK Sungai Padas Mengungguli Transformasi #MyJannah" dan menjadi asbab untuk anak didik kita cemerlang.
Sekian dan terima kasih.
ENCIK ROSMIN NURHAYAT BIN JIMIN
PUAN MARUYIAH BINTI OSMAN
ENCIK JASLIE BIN JAPAR
X2Q7+23 Batu 12, Sandakan, Sabah.
Tel: 089-677091
Emel: sksgpadas@gmail.com
Waktu Pejabat: 8:00 pagi - 5:00 petang (Isnin - Jumaat)