NAMA RASMI SEKOLAH: SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KOTA
ALAMAT SEKOLAH: JALAN SALOR, 15100 KOTA BHARU, KELANTAN
KOD SEKOLAH: DBB1110
JUMLAH GURU: 63 ORANG
JUMLAH MURID: 733 ORANG
EMAIL RASMI SEKOLAH: DBB1110@moe.edu.my
"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti
Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi
Memenuhi Aspirasi Negara"
"Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera"
"SEKOLAH ELIT BERKUALITI BERKARAKTER"
Sekolah Kebangsaan Seri Kota diberi nama sempena di lokasinya terdapat sebuah kota raja iaitu Kota Puteri Saadong dan Raja Abdullah.
Atas kesedaran masyarakat setempat pada tahun 1956 “KOTA ENGLISH SCHOOL” ditubuhkan , dengan menumpang bangunan Sekolah Kebangsaan Kota. Keramaian murid pada masa itu hanyalah 30 orang dengan satu bilik
Pada tahun 1957, sekolah ini telah mendapat bangunan baru yang mengandungi 6 bilik darjah . Pada tahun 1961 satu lagi
bangunan tambahan dengan 5 bilik darjah
Pada tahun 1984, kerajaan telah meluluskan RM640,000.00 untuk sebuah bangunan yang lengkap . Ianya siap pada akhir
tahun 1987 dan mula diduduki awal tahun 1988.
Guru Besar yang pertama ialah En. Wan Saidi bin Wan Mustafha
Nama sekolah ini telah berubah beberapa kali iaitu
KOTA ENGLISH SCHOOL (1956)
KOTA NATIONAL TYPE SCHOOL (1966)
SEKOLAH RENDAH JENIS KEBANGSAAN KOTA (1972)
SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN KOTA (1980)
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KOTA (1997)
Sekolah Kebangsaan Seri Kota mempunyai 4 blok bangunan yang terletak di atas tanah seluas
1.125 hektar . Keramaian guru ialah 70 orang.
Bangunan baru satu blok di belakang , 4 tingkat , telah pun siap pada akhir tahun 2002 dan mulai
digunakan pada 5 Januari 2003.