Portal pembelajaran digital ini kemudiannya telah dikenali sebagai
DELIMa pada tahun 2020.
Melalui pembelajaran secara digital ini, setiap guru dan murid di Malaysia telah diberi satu emel digital learning (@moe-dl.edu.my) bagi membolehkan mereka menggunakan pelbagai aplikasi pendidikan secara PERCUMA di internet.
Antara kelebihan penggunaan emel ini termasuklah menggunakan aplikasi Google tanpa had seperti Google Classroom dan Google Meet, penggunaan aplikasi Microsoft Teams dan banyak lagi.