16 NOVEMBER 2021
JOM JADI BAIK
🌷Apa khabar semua? Semoga anak-anak SKLS1J sihat dan bersemangat mengikuti sesi pembelanaran bersemuka dan sesi PdPR pada hari ini.
🌷Bersikap baik perlu diterapkan dalam diri kita amalan ini akan menjadikan kita disenangi oleh keluarga, guru, rakan, masyrakat dan orang sekeliling.
🌷Kenapa perlu menjadi baik?
Apa itu sikap yang baik? Jom tonton video ini. Semoga bermanfaat.
15 NOVEMBER 2021
Mengapa Kita Perlu Belajar???
✴️Selamat kembali ke sekolah secara bersemuka murid Kumpulan A dan Selamat mengikuti PdPR kepada murid Kumpulan B.
✴️Pernahkah anak-anak SKLS1J bertanya atau terfikir, kenapa kita perlu belajar? Untuk makluman anak-anak semua, untuk berjaya dalam kehidupan yang serba maju ini, kita mestilah berilmu.
✴️Dengan ilmu, pengetahuan dan pengalaman, bolehlah kita menggunakannya dalam hidup kita. Bila sudah berkemahiran, bolehlah diajar kepada orang lain. Proses pemindahan ilmu pengetahuan dan pengalaman daripada seorang individu kepada individu yang lain dipanggil proses belajar.
✴️Kita mesti ingat, belajar mesti ada gurunya. Seperti pepatah Arab “Beramal tanpa ilmu itu gila, berilmu tanpa amal itu bodoh dan sia-sia.” Ada satu lagi pepatah, “Hidup tanpa ilmu, tanpa amal adalah ibarat haiwan yang melata-lata di muka bumi ini sahaja.”
✴️Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Itulah ungkapan seringkali kita dengari dari zaman berzaman. Dalam konteks pembelajaran, persoalan selalu bermain difikiran kenapa perlu kepada belajar dari awal kanak-kanak sehingga dewasa.
✴️Kesimpulannya.
Seseorang itu perlulah menyemai sikap suka belajar di dalam diri. Oleh yang demikian, jadikanlah sikap suka belajar sebagai rutin dalam setiap kehidupan harian.
✴️Jom tonton video ini dan hayati kenapa kita perlu belajar. Semoga bermanfaat.
12 NOVEMBER 2021
APAKAH ZON ANDA HARI INI?
🔆Mari kenal pasti anda berada di zon mana pada hari ini. Segera dapatkan bantuan jika memerlukan.
🌷Unit Bimbingan & Kaunseling SKLS1J🌷
11 NOVEMBER 2021
MENETAPKAN MATLAMAT DIRI
🔎Menerajui hidup anda adalah amat penting dalam usaha memburu kejayaan dan mengecap kebahagiaan. Orang-orang yang berjaya adalah proaktif serta bertanggung jawab 100% bagi kehidupan mereka.
🔎Malangnya ramai orang yang kurang tanggungjawab diri dan bersikap reaktif. Mereka hidup dalam keadaan terumbang-ambing tanpa mempunyai matlamat-matlamat hidup yang spesifik. Hidup yang sebenar merupakan suatu perjuangan berterusan bagi mencapai matlamat-matlamat yang bermakna.
🔎Arah tuju atau tujuan hidup yang jelas membantu anda memfokus usaha-usaha kepada apa yang betul-betul penting bagi anda, mendorong anda melakukan yang terbaik, membantu anda menjadi lebih peka terhadap peluang dan memudahkan anda membuat keputusan harian.
🔎Pencapaian matlamat-matlamat hidup juga menggalakkan perasaan bahagia dan bangga yang akhirnya mempertingkatkan harga diri. Perkongsian Unit BNK hari ini, Kek Mana Pilihan Kamu? Merupakan pilihan matlamat mana yang ingin dicapai dan ditanamkan dalam diri sendiri.
10 NOVEMBER 2021
AFIRMASI PAGI
❤️Para ahli psikologi menyebutkan bahawa afirmasi yang ditanamkan waktu pagi akan dapat meningkatkan semangat dan produktiviti seseorang.
Persiapan mental yang paling efektif adalah dengan melakukan sebuah afirmasi pagi sebelum melakukan aktiviti.
❤️ Kitaran hidup kita terjadi bergantung bagaimana seseorang individu mempersiapkan diri dari segi mental untuk mengubah kehidupannya dengan salah satu caranya ialah menerapkan afirmasi.
❤️ Perkongsian Unit BNK hari ini contoh afirmasi pagi yang boleh diterapkan setiap hari. Semoga bermanfaat.
9 NOVEMBER 2021
APA YANG HARUS SAYA LAKUKAN BILA SAYA MARAH
❣️MARAH merupakan emosi biasa yang ada pada setiap manusia. Namun, marah yang keterlaluan akan membawa banyak perkara negatif, seperti menjejaskan imej sendiri dan hubungan anda dengan orang lain.
❣️Hari ini Unit BNK ingin kongsikan 6 langkah yang harus di lakukan apabila sedang marah. Semoga bermanfaat.
8 NOVEMBER 2021
KAMU LUARBIASA
Kepada anak-anak SKLS1J Tahap 1 & 2 Kumpulan B Selamat Kembali Mengikuti Sesi Persekolahan Bersemuka.
Anak-anak SKLS1J Tahap 1 & 2 Kumpulan A, semoga terus bersemangat mangikuti PdPR.
⏰ Kepada ibu dan ayah teruskan menyokong anak-anak untuk mengikuti sesi pembelajaran.
⏰ Harapan kami pihak sekolah dan guru-guru supaya anak-anak tidak pernah jemu untuk menuntut ilmu.
⏰ Anda anak-anak yang hebat!
3-5 NOVEMBER 2021
CUTI SEMPENA HARI DEEPAVALI
Selamat bercuti kepada anak-anak SKLS1J
Jangan lupa sentiasa jaga diri dan amalakan SOP
Buat aktiviti yang bermanfaat bersama keluarga
Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada Guru dan Murid-murid yang meraikannya.
2 NOVEMBER 2021
JAUHI SIKAP MALAS
❣️Rasa malas merupakan sejenis penyakit mental. Kenapa dikatakan penyakit mental? Siapa pun yang mengalami rasa malas ini akan sedikit sebanyak mengganggu kerja seharian dan ini jelas sangat merugikan.
❣️Kejayaan seseorang dalam kerjaya dan kehidupan umumnya tidak akan tercapai jika seseorang itu pemalas. Rasa malas juga menggambarkan hilangnya motivasi seseorang untuk melakukan pekerjaan atau apa yang sesungguhnya dia inginkan.
❣️Sifat malas membuatkan seseorang menjadi tidak produktif dan menyebabkan badan terasa lesu, tidak semangat dan tidak dapat memberikan idea yang bernas. Akibatnya seseorang yang malas tidak ada kekuatan yang membuat mereka melakukan sesuatu. Kalau dibiarkan saja, penyakit malas ini akan semakin ‘kronik’.
Malas Itu “Penyakit Hati” yang Mematikan.
❣️Penyakit malas adalah satu penyakit hati yang bahaya jika dibiarkan bebas berkeliaran tanpa adanya pengendalian diri (control of self ) dan sudah pasti akan merugikan diri sendiri.
❣️Info daripada Unit BNK hari ini Jauhi Sikap Malas. Semoga bermanfaat.
1 NOVEMBER 2021
FAEDAH MEMBACA
✴️Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga anak-anak SKLS1J kekal sihat dan bersemangat mengikuti sesi pembelajaran hari ini.
✴️ Selamat kembali ke sekolah secara bersemuka untuk murid tahap 1 kumpulan A dan selamat mengikuti PdPR kepada murid tahap 1 kumpulan B dan murid tahap 2.
✴️Teruskan semangat anak-anak untuk menimba ilmu dan jadikan amalan membaca sebagai aktiviti harian. Perkongsian Info Unit BNK hari ini faedah membaca. Semoga bermanfaat.
29 OKTOBER 2021
Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera
PEMBUKAAN SEKOLAH SECARA PENGGILIRAN V3.0 SECARA BERSEMUKA(DATANG SEKOLAH)
Tarikh : 1&2 November
Kumpulan A
Tahap 1: Tahun 1,2 & 3
Tarikh : 8 - 12 November
Kumpulan B
Tahap 1 & 2 : Tahun 1,2,3,4,5 & 6
Tarikh : 15 - 19 November
Kumpulan A
Tahap 1 & 2 : Tahun 1,2,3,4,5 & 6
Tarikh : 22 - 26 November
Kumpulan B
Tahap 1 & 2 : Tahun 1,2,3,4,5 & 6
Tarikh : 29 Nov - 3 Disember
Kumpulan A
Tahap 1 & 2 : Tahun 1,2,3,4,5 & 6
Tarikh : 6 - 10 Disember
Kumpulan B
Tahap 1 & 2 : Tahun 1,2,3,4,5 & 6
Murid Yang tidak terlibat bersemuka akan menjalani Pdpr dirumah Mohon rujuk sites
Nota.
1. Pakai mask sentiasa
2. Sentiasa mematuhi SOP
3. Sekolah sesi petang bermula 12:40 ( pagar akan dibuka jam 12)
4. Bawa borang pengistiharan kesihatan Dan kebenaran menjalankan swab test pada Hari Pertama sesi persekolahan
Telekung Dan sejadah murid perlu bawa sendiri Dari rumah
#kitajagakita
#rindunakjumpa
28 OKTOBER 2021
MUTIARA KATA
🦋Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga anak-anak SKLS1J terus bersemangat mengikuti PdPR.
🦋Perkongsin Mutiara Kata untuk anak-anak SKLS1J sebagai renungan.
🦋 Orang yang berjiwa besar sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-citanya.
🦋Orang yang berjiwa kecil sentiasa mengeluh setiap kali menghadapi persoalan hidup.
🦋Orang yang tidak berjiwa gagal dalam segala hal.
🦋Perkongsian dari Unit BNK semoga bermanfaat.
27 OKTOBER 2021
JOM BELAJAR
✴️ Anak-anak semua, untuk berjaya dalam kehidupan yang serba maju ini, kita mestilah berilmu.
✴️Dengan ilmu, pengetahuan dan pengalaman, ianya akan dapat digunakan dalam hidup kita. Ilmu dan kemahiran yang kita ada boleh diajar kepada orang lain. Proses pemindahan ilmu pengetahuan dan pengalaman daripada seorang individu kepada individu yang lain dipanggil proses belajar.
✴️Seseorang itu perlulah menyemai sikap suka belajar di dalam diri. Oleh yang demikian, jadikanlah sikap suka belajar sebagai rutin dalam setiap kehidupan harian.
✴️Info Unit BNK Semoga bermanfaat.
26 OKTOBER 2021
🔴BELAJAR MENGHARGAI
🔅ORANG yang menghargai orang lain akan dihargai, manakala orang yang menyayangi orang lain akan disayangi. Disayangi kasih sayang adalah satu perasaan fitrah yang dimiliki oleh setiap manusia.
🔅Manakala perasaan kasih dan sayang juga perlu dibangunkan dalam diri masing-masing agar ianya dapat disebarkan kepada seluruh manusia lain yang ada di dunia ini.
🔅Betapa pentingnya nilai kasih sayang dalam kehidupan ini kerana melalui kasih sayang akan membina sebuah kehidupan yang saling menghormati dan menghargai antara satu sama lain.
🔅Perkongsian info unit BNK hari ini ialah Belajar Menghargai. Mari kita ketahui apa itu menghargai, cara menghargai, siapa yang perlu kita hargai dan tanda tidak menghargai. Semoga bermanfaat
25 OKTOBER 2021
RUTIN PAGI ANDA
❤️ Rutin harian yang teratur adalah kunci kepada kesejahteraan dan pembangunan harmoni kanak-kanak.
❤️Dengan perancangan rutin harian yang tepat anak-anak dapat mematuhi jadual dengan senang hati dan akan mengikutinya.
❤️Pilih tiga perkara sebagai rutin pagi anda. Info Unit BNK semoga bermanfaat
🔴
🔴
22 OKTOBER 2021
KENALI GAYA BELAJAR ANDA
🔴Kaedah pembelajaran VAK (Visual, Auditori, Kinestetik) menggunakan 3 jenis deria iaitu Penglihatan, Pendengaran dan Pergerakan bagi mengenalpasti gaya belajar anda yang paling optimum. Ia merupakan sejenis gaya pembelajaran yang diasaskan oleh ahli psikologi pada tahun 1920.
Berdasarkan kajian mereka, setiap orang menyukai salah satu daripada 3 kaedah pembelajaran yang dinyatakan.
🔴Tahukah anda gaya belajar anda? Cikgu kongsikan serba sedikit mengenai setiap satu elemen pembelajaran VAK.
🔴Visual : Pelajar visual lebih mudah untuk menyerap dan menerima maklumat sekiranya maklumat tersebut dipersembahkan dalam bentuk gambar, carta dan gambarajah.
🔴Auditori : Pelajar auditori lebih mudah untuk menyerap dan menerima maklumat melalui pendengaran. Mereka lebih suka mendengar sesebuah pembentangan oleh guru mahupun kerja berkumpulan. Mengulang semula ayat dengan mulut sendiri juga membantu dalam pembelajarannya.
🔴Kinestetik : Pelajar kinestetik lebih sukakan pengalaman yang melibatkan anggota fizikal. Mereka sukakan sesuatu yang lebih praktikal berbanding teori, lebih-lebih lagi yang melibatkan sentuhan ataupun alatan.
🔴Cuba kenali cara belajar anda dan ikut cara yang dicadangkan. Info dari Unit BNK. Semoga bermanfaat.
22 OKTOBER 2021
KENALI GAYA BELAJAR ANDA
🔴Kaedah pembelajaran VAK (Visual, Auditori, Kinestetik) menggunakan 3 jenis deria iaitu Penglihatan, Pendengaran dan Pergerakan bagi mengenalpasti gaya belajar anda yang paling optimum. Ia merupakan sejenis gaya pembelajaran yang diasaskan oleh ahli psikologi pada tahun 1920.
Berdasarkan kajian mereka, setiap orang menyukai salah satu daripada 3 kaedah pembelajaran yang dinyatakan.
🔴Tahukah anda gaya belajar anda? Cikgu kongsikan serba sedikit mengenai setiap satu elemen pembelajaran VAK.
🔴Visual : Pelajar visual lebih mudah untuk menyerap dan menerima maklumat sekiranya maklumat tersebut dipersembahkan dalam bentuk gambar, carta dan gambarajah.
🔴Auditori : Pelajar auditori lebih mudah untuk menyerap dan menerima maklumat melalui pendengaran. Mereka lebih suka mendengar sesebuah pembentangan oleh guru mahupun kerja berkumpulan. Mengulang semula ayat dengan mulut sendiri juga membantu dalam pembelajarannya.
🔴Kinestetik : Pelajar kinestetik lebih sukakan pengalaman yang melibatkan anggota fizikal. Mereka sukakan sesuatu yang lebih praktikal berbanding teori, lebih-lebih lagi yang melibatkan sentuhan ataupun alatan.
🔴Cuba kenali cara belajar anda dan ikut cara yang dicadangkan. Info dari Unit BNK. Semoga bermanfaat.
21 OKTOBER 2021
CARA UNTUK BERSYUKUR
🔴Bersyukur ialah perihal atau perilaku menghargai dan berterima kasih untuk perkara-perkara yang berlaku dalam hidup.
🔴Sifat syukur berada pada tahap tertinggi kerana tidak ramai yang mampu mencapai tahap syukur di atas semua anugerah yang diterima di dunia ini.
🔴Sifat bersyukur sentiasa menghargai pemberian termasuk nikmat usia, kesihatan, harta benda, anak serta keluarga, akan merasa kebahagiaan hidup.
🔴Begitu juga, apabila diuji dengan kemiskinan, penyakit, masalah dan pelbagai rintangan lain, hati tetap sabar serta bersyukur kerana yakin setiap sesuatu itu ada hikmahnya.
🔴Perkongsian Info Unit BNK hari ini Cara untuk bersyukur. Semoga bermanfaat
20 OKTOBER 2021
Intervensi Minda Sihat
Tajuk : Pengurusan Emosi
Jom kita belajar apa itu stress dan cara tangani stress.
Berikan 5 minit daripada masa anda untuk tonton video ini.
Sebagai panduan untuk pengurusan stress. Semoga bermanfaat.
19 OKTOBER 2021
[ SALAM MAULIDUR RASUL ]
12 Rabiulawal 1443H | 19 Oktober 2021
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas Baginda Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. Semoga kita beroleh syafaat daripada Baginda di Padang Mahsyar kelak.
“Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti”
#selawatkeatasnabi
#12rabiulawal
#1443H
18 OKTOBER 2021
Intervensi Minda Sihat
Tajuk: Kebergantungan Kepada Internet
Hari ini cikgu kongsikan beberapa info berkenaan penggunaan internet.
🔴Media sosial dan teknologi mengubah cara manusia berinteraksi. Kini jarak dan tempat tidak lagi menjadi halangan untuk kekal berhubung.
🔴 Hanya satu klik di hujung jari, jaringan interaksi sosial maya membolehkan anda kekal berkomunikasi dengan orang lain tanpa mengira waktu.
🔴Jika tersilap langkah,kita akan terjerat dengan ketagihan gajet yang semakin membarah!
🔴Uruslah penggunaan internet secara berhemah. Info dari Unit BNK semoga bermanfaat.
15 OKTOBER 2021
PENEGASAN POSITIF
✒️ Aktiviti harian yang membebankan sedikit sebanyak menjadikan kita terdorong untuk menjadi negatif.
✒️Pemikiran minda negatif dapat dikurangkan apabila kita mampu mengurus perkara rutin dengan membuat tindakan yang betul melalui perancangan, pengurusan, kerja berpasukan, perbincangan dan penyelesaian masalah.
✒️ Dorongan dan katakan sesuatu yang positif pada diri setiap hari untuk membentuk sikap yang sentiasa positif.
14 OKTOBER 2021
SAYANGI DIRI
❤️ Menghargai dan sayangi diri merupakan perkara asas yang kita perlu lakukan. Dengan menghargai dan menyayangi diri, kita ada pilihan untuk menerima, menghargai, melindungi dan sayang diri sendiri.
❤️ Perkongsian dari BNK hari ini memberi panduan cara untuk sayangi diri. Semoga bermanfaat.
13 OKTOBER 2021
SENARAI SEMAK RUTIN SAYA
💎Tabiat, teknik dan rutin pembelajaran menjadi faktor kejayaan seseorang pelajar.
💎 Dalam tempoh PdPR ini anak-anak perlu membina sendiri rutin belajar mengikut kesesuaian dan keadaan.
💎 Hari ini cikgu kongsikan senarai semak rutin berkesan untuk anak-anak jadikan panduan.
💎Semoga anak-anak SKLS1J sentiasa kekal sihat dan rajin belajar.
12 OKTOBER 2021
APA ITU NOMOPHOBIA?
🔅Nomophobia adalah singkatan dari “no mobile phone phobia”, iaitu sindrom ketakutan jika tidak mempunyai "smartphone"
🔅Seorang nomophobia biasanya akan merasa cemas apabila tidak menggunakan "smartphone" . Mereka merasa tidak selesa apabila kehabisan bateri, data, atau tiada akses internet.
🔅Hari ini Unit BNK akan kongsikan info tentang ciri-ciri NOMOPHOBIA. Semoga bermanfaat.
11 OKTOBER 2021
PELUANG YANG KITA ADA
Kepada anak-anak SKLS1J Semoga terus bersemangat mengikuti PdPR. Rebutlah peluang yang kita ada.
💎 Peluang yang kita ada dengan nikmat sihat mesti digunakan untuk perkara berfaedah. Banyak perkara yang boleh kita lakukan dengan kekuatan sihat mental, sihat fizikal dan sihat emosi ke arah memacu perubahan kehidupan yang lebih baik.
💎 Peluang yang kita ada dengan nikmat masa muda mesti diisi dengan pelbagai ilmu dan kemahiran. Hidup mendatang pastinya lebih mencabar. Ilmu dan kemahiran yang dijana masa muda bakal mencerminkan kehidupan masa depan.
💎 Peluang yang kita ada dengan nikmat kaya (memiliki sumber). Manfaatkan apa yang disediakan oleh ibu bapa dengan pelbagai keperluan pembelajaran untuk meningkatkan tahap penguasaan dan pencapaian diri dalam pelajaran.
💎 Satu hari satu info Unit BNK semoga bermanfaat.
8 OKTOBER 2021
6 KATA KATA YANG MAMPU MENGUBAH HIDUP ANDA
❤️ Kata-kata yang baik bukan sahaja mampu memberikan impak yang besar kepada diri kita, malah ianya mampu membuatkan orang lain lebih selesa.
❤️ Dengan menuturkan kata-kata yang baik seperti penghargaan dan pujian kita akan membuatkan orang lain lebih bahagia dan rasa dihargai.
❤️ Hari ini cikgu akan kongsikan 6 kata-kata yang mampu mengubah hidup anda.
❤️ Satu Hari Satu Info. Semoga bermanfaat
7 OKTOBER 2021
TIPS JAGA KESIHATAN DIRI
💎Menjaga kesihatan diri amat penting dan perlu diambil perhatian.
💎Kita perlu manjaga kesihatan sebaik mungkin supaya boleh melakukan aktiviti harian seperti biasa.
💎Perkongsian Unit BNK hari ini Tips Menjaga Kesihatan Diri. Semoga bermanfaat.
6 OKTOBER 2021
TIPS MENGHADAPI MASALAH / UJIAN
🔅Setiap dari kita ujian hidup sudah pasti akan kita hadapi dan lalui. Tiada seorang pun akan terlepas dari ujian.
🔅Bentuk ujian hidup berbeza-beza antara satu sama lain tetapi bagaimana cara kita menghadapi ujian itu yang menjadikan kita kuat, redha dan tabah dengan ujian yang dihadapi.
🔅Hari ini Unit BNK ingin kongsikan Tips menghadapi Masalah / Ujian. Semoga bermanfaat.
5 OKTOBER 2021
KEPENTINGAN SARAPAN PAGI
💎Sarapan pagi adalah makanan pertama yang diambil selepas bangun pagi dan sebelum memulakan aktiviti harian anda.
💎 Amalan bersarapan pagi di kalangan anak-anak perlu dipupuk sejak kecil lagi kerana ianya dapat menjana tenaga anak agar mereka kekal cergas dan cerdas sepanjang hari.
💎Perkongsian Info dari Unit BNK hari ini, kepentingan Sarapan Pagi. Semoga bermanfaat.
4 OKTOBER 2021
SAYA BOLEH JADI BAIK JIKA
💎 Hidup ini menjadi suatu kesempatan untuk melakukan hal-hal baik dan berguna bagi orang lain.
💎 Hari ini Unit BNK ingin kongsikan info 'Saya boleh jadi baik jika..' untuk menjadi panduan kepada semua. Semoga bermanfaat.
1 OKTOBER 2021
POKOK MINDA SIHAT
💎 Minda yang sihat merupakan perkara yang perlu sentisa dititkberatkan. Ianya dapat membantu dalam menstabilkan kesihatan mental dan mengurangkan tekanan.
💎Bayangkan anda sebatang pokok, perlu dibaja dan dipupuk untuk hidup subur dan menghasilkan buah yang baik.
💎Satu hari satu info Unit BNK semoga bermanfaat.
30 SEPTEMBER 2021
5 TIPS PENGUAT DAYA INGATAN.
💡Memang menjadi kebiasaan, seseorang manusia terlupa akan sesuatu perkara. Bagi pelajar terutamanya, mereka sering terlupa mengenai apa yang telah mereka pelajari dalam kelas.
💡Perkataan ‘terlupa’ sering bermain di mulut mereka jika setiap kali soalan berkaitan pelajaran diajukan. Sememangnya masalah daya ingatan ini merupakan bebanan kepada setiap manusia lebih-lebih lagi dalam konteks pelajar.
💡Hari ini Unit BNK ingin kongsikan 5 tips penguat daya ingatan. Semoga bermanfaat.
29 SEPTEMBER 2021
TANGANI STRESS SECARA POSITIF
✳️Stres atau tekanan merupakan tindak balas fizikal, emosi dan mental yang dialami oleh seseorang apabila tuntutan tidak dapat dipenuhi.
✳️Sesiapa sahaja sama ada kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas boleh mengalami stress
✳️Umumnya tahap stres yang dihadapi oleh seseorang berbeza-beza mengikut beban tekanan yang dihadapi.
✳️Stres yang sedikit atau sederhana adalah baik dan boleh menjadi faktor pendorong atau motivasi kepada individu untuk meningkatkan produktiviti
✳️Perkongsian info Unit BNK hari ini tangani stress secara positif, semoga bermanfaat.
28 SEPTEMBER 2021
TIPS URUS KONFLIK EMOSI PdPR VS KERJA RUMAH
🌐 Anda tertekan untuk menyiapkan kerja rumah dan kerja pdpr?
🌐 Tak tahu nak dahulukan kerja rumah atau kerja pdpr?
🌐Berbelah bahagi atau beremosi apabila menyiapkan kerja?
🌐Jom amalkan tips panduan urus konflik emosi antara pdpr dan kerja harian di rumah.
🌐Kekal tenang bagi memastikan emosi anda sejahtera semasa di rumah.
27 SEPTEMBER 2021
SELAMAT MENERUSKAN PERJUANGAN
❤️ Selamat meneruskan perjuangan kepada anak-anak SKLS1J
❤️ Semoga anak-anak terus bersemangat mengikut PdPR
Anda murid yang hebat.
24 SEPTEMBER 2021
ADAB DENGAN AHLI KELUARGA
💜Keluarga ialah orang yang mempunyai pertalian darah atau persaudaraan dengan kita.
💜Sesebuah keluarga adalah kaum kerabat yang terdiri daripada ibubapa,nenek datuk,adik beradik ,bapa saudara,emak saudara dan sebagainya.
💜Kita dituntut supaya berbuat baik dan berbakti kepada keluarga dan sanak saudara.
💜Perkongsian info dari Unit BNK hari ini adab dengan ahli keluarga. Semoga bermanfaat.
23 SEPTEMBER 2021
ADAB TERHADAP IBU BAPA
💎 Adab dengan ibu bapa merupakan perkara penting yang perlu anak-anak amalkan setiap hari bagi melatih diri dalam membentuk sahsiah yang baik.
💎 Sedikit perkongsian dari Unit Bimbingan dan Kaunseling berkaitan adab dengan ibu bapa sebagai panduan kepada anak-anak yang boleh diamalkan dan dipraktikkan
💎 Semoga bermanfaat
22 SEPTEMBER 2021
ADAB DENGAN GURU
💡SIFAT pertama yang perlu ada pada setiap murid dalam memelihara adab terhadap guru ialah menghormati guru.
💡Guru wajib dihormati kerana kedudukannya yang menyampaikan ilmu kepada murid.
💡Murid juga wajib menghormati guru kerana kedudukan murid yang menerima ilmu darinya.
💡Hari ini Unit Bimbingan Dan Kaunseling ingin kongsikan Adab Dengan Guru. Semoga bermanfaat.
21 SEPTEMBER 2021
ADAB DENGAN KAWAN
🌹Kawan ialah orang yang sering berdampingan dengan kita selain ahli keluarga.
🌹 Cara pergaulan dengan kawan dalam seharian akan menentukan mereka senang dan selesa untuk terus berdampian dengan kita.
🌹 Hari ini cikgu akan kongsikan adab dengan kawan sebagai panduan untuk kita semua.
🌹Satu Hari Satu Info Semoga bermanfaat.
20 SEPTEMBER 2021
SELAMAT KEMBALI MENGIKUTI PdPR
❤️ Selamat Kembali Mengikuti PdPR kepada anak-anak SKLS1J 20/9/2021
❤️ Semoga anak-anak kembali bersemangat mengikuti PdPR
Tahniah kepada murid aktif PdPR
Anda murid yang hebat.
10 SEPTEMBER 2021
HARI PENCEGAHAN BUNUH DIRI SEDUNIA
💛Hari Pencehahan Bunuh Diri Sedunia diadakan pada 10 September pada setiap tahun.
💛Tema sambutan pada tahun ini adalah "Bertindak Segera, Harapan Terbina".
💛Sebagai masyarakat kita dapat memainkan peranan bersama bagi pencegahan bunuh diri.
💛Menghapuskan stigma berkaitan tingkahlaku bunuh diri, marilah bersama kita sebarkan harapan sebagai tanda sokongan kepada semua yang sedang berjuang melalui dugaan hidup.
💛Bina harapan untuk mereka yang tersayang.
9 SEPTEMBER 2021
JOM TINGKATKAN MOTIVASI DIRI
✴️ Meningkatkan motivasi diri dapat membantu kita menjalani kehidupan dengan lebih bersemangat setiap hari.
✴️ Hari ini Unit Bimbingan Kaunseling ingin mengajak anak-anak SKLS1J untuk meningkatkan motivasi diri, sebagai perkongsian pada hari ini.
✴️Semoga Bermanfaat
8 SEPTEMBER 2021
BAGAIMANA CARA MENGATASI KEMURUNGAN?
🧡Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan
seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan
tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian.
🧡Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu. Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan
boleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau ber tahun-tahun.
🧡Hari ini Unit Bimbingan Kaunseling ingin kongsikan bagaimana cara mengatasi kemurungan. Semoga bermanfaat.
7 SEPTEMBER 2021
TIPS PENJAGAAN KESIHATAN MENTAL
💎 Gaya hidup yang sihat merupakan rutin yang perlu sentisa dititkberatkan. Ianya dapat membantu dalam menstabilkan kesihatan mental dan mengurangkan tekanan.
💎Hari ini Unit Bimbingan Kaunseling ingin kongsikan Tips Penjagaan Kesihatan Mental Semoga Bermanfaat
6 SEPTEMBER 2021
TIPS KEKALKAN BERSEMANGAT
✴️ Semangat dan motivasi berkekalan dapat membantu kita menjalani kehidupan dengan lebih bersemangat setiap hari.
✴️ Hari ini Unit Bimbingan Kaunseling ingin kongsikan Tips Kekal Bersemangat sebagai panduan kepada anak-anak semua.
✴️Semoga Bermanfaat
3 SEPTEMBER 2021
KEKALKAN SEMANGAT MENGIKUTI PdPR
💌 Selamat mengikuti PdPR. Mulakan PdPR hari ini dengan semangat, doa dan senyuman.
💌Semoga anak-anak SKLS1J sentiasa bersemangat sepanjang tempoh PdPR, tanamkan minda positif sepanjang masa, ianya mampu mengubah hari anda.
2 SEPTEMBER 2021
KATAKAN TIDAK TERHADAP 5 SIKAP INI SEMASA PdPR
💌 Mementingkan disiplin merupakan amalan yang perlu sentiasa diterapkan dalam diri kita.
💌Disiplin diri merupakan asas kejayaan seseorang individu dalam melakukan sesuatu perkara.
💌Semoga anak-anak SKLS1J sentiasa menjaga disiplin diri sepanjang tempoh PdPR dengan sentiasa rajin dan hindarkan dari sikap malas.
💌Perkongsian dari Unit BNK hari ini, Katakan tidak terhadap 5 sikap semasa PdPR. Semoga bermanfaat.
1 SEPTEMBER 2021
TIPS HADAPI TEKANAN TEKNIK ABCDE
✳️Kemahiran pengurusan tekanan merupakan perkara penting bagi memperolehi minda yang sihat.
✳️Pelbagai kaedah dalam pengurusan tekanan, salah satu cara dengan teknik ABCDE
✳️Jom cuba aplikasikan teknik ini untuk mengurangkan tekanan anda.
✳️Perkongsian 1 Hari 1 Info Unit BNK semoga bermanfaat.
SELAMAT MENYAMBUT
HARI KEMERDEKAAN YANG KE 64 TAHUN
31 OGOS 2021
' MALAYSIA PRIHATIN'
30 OGOS 2021
PERSIAPAN PdPR YANG BOLEH DILAKUKAN
💎Persiapan awal sebelum memulakan pembelajaran menjadi faktor kejayaan seseorang.
💎 Dalam tempoh PdPR ini anak-anak perlu membina sendiri semangat belajar mengikut kesesuaian dan keadaan.
💎 Hari ini cikgu kongsikan Apakah Persiapan PdPR yang boleh dilakukan untuk anak-anak jadikan panduan.
💎Semoga anak-anak SKLS1J sentiasa kekal sihat dan rajin belajar.
27 OGOS 2021
PENAWAR STRESS AMALKAN 10 B
✴️Kemahiran pengurusan stress merupakan perkara penting bagi memperolehi minda yang sihat.
✴️Pelbagai kaedah dalam pengurusan stress, salah satu kedah penawar stress dengan amalkan 10B
✴️Perkongsian info Unit BNK semoga bermanfaat.
26 OGOS 2021
TIPS PENJAGAAN KESIHATAN MATA SEPANJANG TEMPOH PdPR
🔅Mata merupakan organ anugerah tuhan yang sangat berharga, oleh itu kesihatan mata perlu diambil kira sebagai salah satu daripada penjagaan kesihatan.
🔅Untuk memastikan kita dapat menikmati penglihatan yang baik dan berpanjangan, kita perlu menitikberatkan soal kesihatan mata dan menjaga keseluruhan fungsi penglihatan.
🔅Kita perlu mendapatkan pemeriksaan mata secara berkala untuk memastikan fungsi penglihatan adalah baik.
🔅Perkongsian info hari ini Tips penjagaan kesihatan mata sepanjang tempoh PdPR. Semoga bermanfaat.
25 OGOS 2021
TIPS BUAT IBU BAPA 'OSEM'
✴️ Peranan ibu bapa dalam membantu anak-anak di rumah amat penting bagi memastikan anak dapat mengikuti PdPR dengan sempuran.
✴️ Jom sokong anak-anak kita di rumah agar terus bersemangat mengikuti PdPR.
✴️ Satu Hari Satu Info Unit BNK semoga bermanfaat.
24 OGOS 2021
CARA BERKESAN MENGURUSKAN MASA
⏰ Pengurusan masa bermaksud apabila anda mampu menguruskan masa secara berkesan bagi melakukan aktiviti harian dengan sempurna sehingga anda berpuas hati dengan apa yang anda lakukan.
⏰ Pengurusan masa yang berkesan merupakan ciri-ciri penting dalam menentukan waktu yang kita miliki setiap hari telah diperuntukan untuk melakukan perkara-perkara yang berfaedah dan bermanfaat.
⏰ Perkongsian hari ini cara berkesan menguruskan masa. Semoga bermanfaat.
23 OGOS 2021
RUTIN SWACINTA
✳️ Swacinta ditakrifkan "cinta akan diri" atau "mengambil berat terhadap kebahagiaan atau kebaikan sendiri".
✳️Rutin swacinta ini perlu untuk menjadikan diri kita seseorang yang sentiasa berfikiran positif.
✳️Adalah amat penting untuk kita menyedari kepentingan menyayangi diri kita sendiri.
✳️Perkongsian info hari ni rutin swacinta semoga bermanfaat.
20 OGOS 2021
TIPS BELAJAR BERKESAN
💎Cara atau teknik belajar menjadi faktor kejayaan seseorang pelajar.
💎 Dalam tempoh PdPR ini anak-anak perlu membina sendiri cara mengikut kesesuaian dan keadaan.
💎 Hari ini cikgu kongsikan tips belajar berkesan kepada anak-anak untuk dijadikan panduan.
💎Semoga anak-anak SKLS1J sentiasa kekal sihat dan rajin belajar.
19 OGOS 2021
CARA UNTUK BERSYUKUR
💌Rasa syukur adalah bentuk terima kasih atas segala yang kita perolehi dalam hidup ini. Dengan bersyukur, secara tidak langsung kita telah berterima kasih atas kebaikan dalam hidup.
💌Dalam penelitian psikologi positif, rasa syukur berkait rapat dengan kebahagiaan. Semakin kita mensyukuri hidup ini, semakin kita akan merasa bahagia. Ini kerana, rasa syukur boleh membantu seseorang merasakan emosi yang lebih positif, menikmati pengalaman yang baik, meningkatkan kesihatan mereka, menghadapi kesulitan, dan membina hubungan yang kuat.
💌Kita boleh mengungkapkan rasa syukur dengan berbagai cara. Mensyukuri masa lalu dengan mengingat-ingat betapa bahagianya masa kecil, mensyukuri apa yang terjadi saat ini karena hari ini pekerjaan kita seperti yang kamu inginkan, juga mensyukuri masa depan dengan tetap positif memandang sesuatu.
💌Perkongsian Unit BNK hari ini cara untuk bersyukur. Semoga bermanfaat.
18 OGOS 2021
TIPS TANGANI STRESS DI MUSIM PANDEMIK COVID 19
✳️ Stress perkara yang tidak dapat dielakkan tetapi ianya dapat dikurangkan dengan melakukan cara yang betul.
✳️ Sedikit perkongsian daripada Unit BNK Tips Tangani Stress Dimusim Pnedemik Covid-19.
✳️Semoga bermanfaat.
17 OGOS 2021
TIPS KEKAL MOTIVASI BELAJAR DI RUMAH
✴️ Semangat dan motivasi berkekalan dapat membantu kita menjalani kehidupan dengan lebih bersemangat setiap hari.
✴️ Hari ini Unit Bimbingan Kaunseling ingin kongsikan Tips Kekal Motivasi Belajar Di Rumah.
✴️Semoga Bermanfaat
16 OGOS 2021
MOTIVASI MUDAH PUJIAN PERIBADI
✳️Menghargai diri sendiri merupakan perkara penting untuk kita terus bersemangat.
✳️Memberikan pujian peribadi juga merupakan salah satu cara untuk menghargai diri bagi meningkatkan keyakinan diri.
✳️Tidak salah untuk kita memberikan pujian kepada diri sendiri. Jom kita berikan pujian peribadi kepada diri kita sendiri.
13 OGOS 2021
TIPS ELAK SIKAP MENANGGUH
✳️ Sikap suka bertangguh perlu dielakkan kerana ianya banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan.
✳️Suka bertangguh akan menyebabkan tugasan kita terhenti dan semakin bertambah sekiranya tiada pengurusan yang cekap.
✳️Hari ini Unit BNK ingin kongsikan Tips Elak Sikap Menangguh. Semoga bermanfaat untuk semua.
12 OGOS 2021
JOM SEBARKAN KEBAIKAN DAN JADI BAIK
💌Apa khabar semua? Semoga anak-anak SKLS1J sihat dan bersemangat mengikuti PdPR pada hari ini.
💌Bersikap baik perlu diterapkan dalam diri kita amalan ini akan menjadikan kita disenangi oleh keluarga, guru, rakan, masyrakat dan orang sekeliling.
💌 Jom sebarkan kebaikan dan jadi baik.
11 OGOS 2021
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Talian sokongan #COVID19 Malaysia.
1. Bantuan sokongan emosi dan kesihatan mental.
2. Bantuan keperluan asas atau bantuan sosial lain.
Pesakit COVID-19 di Lembah Klang yang sedang kuarantin di rumah dan memerlukan bantuan atau pertanyaan, hubungi :
Pusat Panggilan CAC
03-7723 9299 (8am -9pm setiap hari)
Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC)
03-7723 9300 (8am -12am setiap hari)
9 OGOS 2021
TIP MENGHADAPI PdPR
💎 Kaedah pembelajaran menjadi faktor keberkesanan seseorang pelajar.
💎 Dalam tempoh PdPR ini anak-anak pelu melengkapkan sendiri kaedah belajar mengikut kesesuaian dan keadaan.
💎 Hari ini cikgu kongsikan tip menghadapi PdPR untuk anak-anak jadikan panduan.
💎Semoga anak-anak SKLS1J sentiasa kekal sihat dan rajin belajar.
6 OGOS 2021
CARA ATASI KEMURUNGAN
❣️Mengatasi kemurungan merupakan skill yang perlu ada kepada setiap individu. Ini penting kerana dapat membantu kita mengawal perasaan semasa berhadapan dengan sesuatu masalah.
❣️Hari ini Unit BNK kongikan info cara atasi kemurungan. Selain itu Jika anda memerlukan rakan berbual disertakan juga Platform Self-Help ini untuk digunapakai bagi membantu anda mengurangkan stress dan anzieti semasa pandemik.
❣️Anda digalakkan untuk bersembang dengan robot AI di dalam aplikasi dan berlatih teknik relaksasi. Selamat mencuba
5 OGOS 2021
OVERTHINKING
❣️Sikap berhati-hati memang perlu, tapi jika sudah overthinking, Anda harus bijak mengawal diri untuk mengendalikan kebiasaan ini. Ini kerana ianya boleh mendatangkan keburukan untuk kesihatan tubuh anda.
❣️Berikut ini adalah antara masalah kesihatan yang mungkin terjadi jika Anda terlalu banyak berfikir:
❣️Salah satu kesan buruk ialah stres. Ini kerana otak menjadi sibuk memikirkan hal-hal yang tidak perlu secara berlebihan, sehingga tekanan psikologi menjadi lebih besar.
❣️Untuk mengatasi overthinking, langkah pertama adalah dengan mencari punca tercetusnya sesuatu masalah. Dengan mengetahui puncanya, Anda akan jadi lebih waspada untuk mengawal diri.
❣️Cubalah untuk melepaskan pemikiran yang membuat anda jadi cemas. Kuncinya, tetap tenang dalam mengendalikan masalah, tapi fikirkan penyelesaian dengan rasional. Jangan hanya terpaku dan fokus pada masalah saja sehingga menganggu rutin anda.
4 OGOS 2021
TERIMA KASIH DAN TAHNIAH
✳️Murid-murid berjaya mengikuti sesi PdPR sepanjang minggu ini.
✳️ Ibu bapa penjaga yang sentiasa memberi sokongan, membimbing dan memenuhi keperluan anak-anak untuk sesei PdPR
✳️Guru-guru yang sentiasa komited memastikan sesi PdPR berjalan lancar
ANDA SEMUA INSAN YANG HEBAT!
3 OGOS 2021
JOM BERSEDIA UNTUK PdPR
✳️Persediaan untuk PdPR amat penting untuk anak-anak berada dalam keadaan sedia untuk mengikuti sesi pembelajaran.
✳️Pastikan anak-anak bagun awal, mandi dan bersarapan terlebih dahulu untuk segar dan bertenaga. Jangan lupa sediakan kelengkapan untuk belajar.
✳️Selamat mengikuti PdPR anda anak-anak yang hebat. Tahniah murid aktif PdPR.
2 OGOS 2021
KEMPEN CAKNA PdPR
⏰ Kepada anak-anak SKLS1J semoga terus bersemangat mangikuti PdPR.
⏰ Kepada ibu dan ayah teruskan menyokong anak-anak untuk terus rajin mengikuti PdPR
⏰ Harapan kami pihak sekolah dan guru-guru supaya anak-anak tidak pernah jemu untuk menuntut ilmu walaupan berhadapan dengan waktu sukar ini.
⏰ Anda anak-anak yang hebat!
30 JULAI 2021
PENGURUSAN MASA
⏰ Pengurusan masa yang berkesan merupakan ciri-ciri penting dalam menentukan waktu yang kita miliki setiap hari telah diperuntukan untuk melakukan perkara-perkara yang berfaedah dan bermanfaat.
⏰ Hari ini cikgu akan kongsikan Bagaimana hendak mengurus masa. Semoga bermanfaat
30 JULAI 2021
CERAMAH MINDA SIHAT MURID TAHUN 5 DAN 6
BERSAMA KAUNSELOR BERDAFTAR:
CIKGU MEGALA A/P TERMULINGAM
SMK KULIM
Hari : Jumaat
Tarikh : 30 Julai 2021
Masa : 9.00 pagi
Link Meet: meet.google.com/oho-bfta-xwn
Anjuran Bersama:
Unit Bimbingan Dan Kaunseling
SK La Salle 1 Jinjang
SK Menjalara
SK Segambut
❣️ Rebut peluang untuk mendapat eSijil
29 JULAI 2021
KEBAIKAN SESI PdPR
❣️Sejak penutup sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan program Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR).
❣️Suka atau tidak, inilah pilihan yang ada ketika ini bagi memastikan pendidikan dan pembelajaran terus berjalan agar tiada pelajar tercicir dalam mendapatkan ilmu.
❣️Meskipun kaedah pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka di dalam bilik darjah adalah yang terbaik, namun ramai tidak sedar kaedah PdPR juga mampu membuahkan kejayaan kepada pelajar.
❣️PdPR tidak hanya berlangsung atas talian semata-mata malah kaedah pembelajaran ini boleh dilakukan secara luar talian atau secara off-site.
❣️Sehubungan itu teruskan belajar secara PdPR dengan penuh semangat sepanjang tempoh pandenmik ini.
28 JULAI 2021
CIRI ORANG YANG BERJAYA
❣️ Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
❣️ Info dari Unit BNK ciri orang yang berjaya
❣️ Semoga bermanfaat.
27 JULAI 2021
KENALI PERASAAN ANDA
❣️Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
❣️Info dari Unit BNK kenalpasti perasaan anda.
❣️Jika anda memerlukan sokongan Psikosial boleh hubungi Guru Bimbingan dan Kaunseling di talian 012-3385987 atau disertakan juga pautan Platform Self-Help ini untuk digunapakai bagi membantu anda mengurangkan stress dan anzieti semasa pandemik.
❣️Anda digalakkan untuk bersembang dengan robot AI di dalam aplikasi dan berlatih teknik relaksasi. Selamat mencuba 😊
26 JULAI 2021
SELAMAT KEMBALI MENGIKUTI PdPR
❤️ Selamat Kembali Mengikuti PdPR kepada anak-anak SKLS1J 26/7 hingga 30/8 2021
❤️ Semoga anak-anak kembali bersemangat mengikuti PdPR
Tahniah kepada murid aktif PdPR
Anda murid yang hebat.
16 JULAI 2021
PENGURUSAN MASA CUTI SEKOLAH
❤️ Selamat Bercuti kepada anak-anka SKLS1J 17-25 Julai 2021.
❤️Isilah masa cuti anak-anak dengan aktiviti yang berfaedah. Jaga kesihatan diri dan kekal duduk di rumah.
15 JULAI 2021
5 KATA-KATA SEMANGAT UNTUK DIRI SENDIRI.
✳️Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.
✳️Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
✳️Hari ini Unit BNK kongsikan 5 kata-kata semangat kepada diri sendiri. Semoga bemanfaat.
14 JULAI 2021
TIPS POSITIF ATASI SIKAP BERTANGGUH
✳️ Sikap suka bertangguh perlu dielakkan kerana ianya banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan.
✳️Suka bertangguh akan menyebabkan tugasan kita terhenti dan semakin bertambah jika tiada pengurusan yang cekap.
✳️Hari ini Unit BNK ingin kongsikan Tips Positif Atasi Sikap Bertangguh. Semoga bermanfaat untuk semua.
13 JULAI 2021
MINDA NEGATIF MENJADI POSITIF
✒️ Aktiviti harian yang membebankan sedikit sebanyak menjadikan kita terdorong untuk menjadi negatif.
✒️Pemikiran minda negatif dapat dikurangkan apabila kita mampu mengurus perkara rutin dengan
membuat tindakan yang betul melalui perancangan, pengurusan, kerja berpasukan, perbincangan dan penyelesaian masalah.
✒️ Diharap perkonsian hari ini dapat membantu anda mengubah minda negatif menjadi positif. Semoga bermanfaat
12 JULAI 2021
CARA MENGAWAL TEKANAN
❤️Tekanan dapat dikawal jika kita mampu mengawal dengan cara yang betul.
❤️Info minda sihat hari ini cara mengawal tekanan. Semoga bermanfaat.
9 JULAI 2021
5 CARA YANG DAPAT KURANGKAN STRESS
✳️ Stress jika tidak dapat ditangani ianya akan memberi kemudaratan kepada kita.
✳️ Stress perkara yang tidak dapat dielakkan tetapi ianya dapat dikurangkan dengan melakukan cara yang betul.
✳️Jom tonton 5 cara yang dapat kurangkan sterss. Semoga bermanfaat.
8 JULAI 2021
5 STRATEGI MENGURUS EMOSI
📝Gangguan emosi merupakan salah satu daripada masalah yang biasa terjadi kepada kita semua, tetapi ia sukar dikesan. Ini kerana ia bukan sesuatu yang boleh kita lihat pada fizikal.
📝Seandainya ia berlaku kepada seseorang itu, maka gangguan emosi akan mengakibatkan perlakuan perasaan seseorang itu terjejas lantas membuatkan jiwanya tidak tenteram.
📝Jom tonton video ini dengan lebih lanjut! 5 strategi mengurus emosi. Semoga bermanfaat.
7 JULAI 2021
HENTIKAN KERISAUAN , SENTIASA TERSENYUM.
❤️ Perkongsian Unit BNk hari ini Talian Sokongan Psikologi, bagi yang memerlukan. Tonton video ini untuk mendapatkan maklumat. Hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur bagi yang memerlukan sokongan. Semoga bermanfaat. Terima kasih.
6 JULAI 2021
5 TIPS CARA TANGANI STRESS
✳️Stres atau tekanan merupakan tindak balas fizikal, emosi dan mental yang dialami oleh seseorang apabila tuntutan tidak dapat dipenuhi.
✳️Sesiapa sahaja sama ada kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas boleh mengalami stress
✳️Umumnya tahap stres yang dihadapi oleh seseorang berbeza-beza mengikut beban tekanan yang dihadapi.
✳️Stres yang sedikit atau sederhana adalah baik dan boleh menjadi faktor pendorong atau motivasi kepada individu untuk meningkatkan produktiviti
✳️Jom saksikan perkongsian hari ini 5 cara tangani stress semoga bermanfaat.
5 JULAI 2021
BAGAIMANA MENGENDALIKAN PERASAAN
❤️ Mengendalikan perasaan dalam menghadapi ujian dan dugaan dalam berhadapan tempoh pandemik ini adalah perkara yang penting.
❤️ Apa yang paling penting perlu berkongsi perasaan dengan orang lain agar tidak terlalu terbeban.
❤️Jom tonton video ini, bagaimana mengendalikan perasaan. Semoga bermanfaat.
2 JULAI 2021
MENANGANI KEBOSANAN
🔆 Perkongsian hari ini memberikan idea kepada anak-anak SKLS1J berkenaan aktiviti yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian kita yang dapat mengurangkan kebosanan dan kebuntuan di rumah.
✴️ Talian sokongan psikologi turut disertakan bagi yang memerlukan. Semoga bermanfaat untuk semua.
1 JULAI 2021
HARGAI DAN SAYANGI DIRI ANDA
❤️ Menghargai dan sayangi diri merupakan perkara asas yang kita perlu lakukan. Dengan menghargai dan menyayangi diri, kita tidak akan membuat perkara negatif yang boleh memudaratkan diri kita.
❤️ Perkongsian dari UBK hari ini memberi panduan cara untuk Hargai dan Sayangi Diri. Jom saksikan video ini. Semoga bermanfaat.
30 JUN 2021
TIPS SAYANGI DIRI
❤️Pernah tak terjadi situasi macam ini, kita dah buat macam-macam tetapi tiada siapa yang menghargai? Anda rasa penat sangat-sangat, sudah lakukan itu ini, tapi tiada seorang pun yang hargai. Pernah tak rasa macam tu?
❤️Kadang-kadang kita sibuk nak menghargai orang lain, buat itu ini demi membahagiakan orang lain sampaikan kita terlupa untuk menghargai diri kita sendiri.
❤️Sebenarnya, kita boleh nak sibukkan diri dengan kerja dari pagi sampai malam, kita boleh nak tolong orang lain dan kita boleh nak berbual & berkomunikasi dalam kehidupan seharian kita. Tetapi ingat, kita jangan lupa diri kita.
❤️Perkongsian dari Unit BNK Tips Sayangi Diri. Semoga bermanfaat.
29 JUN 2021
5 TIPS PENJAGAAN KESIHATAN SEPANJANG PdPR
💎 Gaya hidup yang sihat merupakan suatu amalan kehidupan yang membina di mana ia memberi kesan yang positif kepada seseorang individu, institusi keluarga dan juga masyarakat. Oleh itu, kita perlu utamakan kepentingan menjaga kesihatan diri kita tambahan pula dalam menghadapi waktu pendemik ini.
💎 Tahap Kesihatan yang Baik merupakan Kebaikan yang paling utama. Caranya ialah dengan sentiasa memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan yang baik.
💎 Menstabilkan Kesihatan Mental dan Mengurangkan Tekanan seterusnya, gaya hidup sihat juga adalah salah satu kepentingan menjaga kesihatan yang menjamin kestabilan kesihatan mental serta sentiasa mengawal ataupun mengurangkan tekanan.
💎Hari ini Unit Bimbingan Kaunseling ingin kongsikan 5 Tips Penjagaan Kesihatan Sepanjang PdPR.
💎 Jom tonton video ini, semoga bermanfaat.
28 JUN 2021
PANDUAN GEMBIRA WAKTU PdPR
❣Kegembiraan ialah perkara yang kita perlu wujudkan agar timbul keseronokkan dalam aktiviti yang kita lakukan.
❣Gembirakanlah diri dengan mengikut cara kamu kerana kamu lebih faham siapa diri kamu, kamu lebih kenal siapa diri kamu, dan kamu tahu kemampuan diri kamu.
❣ Hari ini cikgu igin kongsikan panduan gembira waktu PdPr. Semoga anak-anak sentiasa gembira untuk belajar dalam tempoh PdPR.
25 JUN 2021
TABIAT BELAJAR BERKESAN WAKTU PdPR
💎Tabiat atau teknik pembelajaran menjadi faktor kejayaan seseorang pelajar.
💎 Dalam tempoh PdPR ini anak-anak perlu membina sendiri tabiat belajar mengikut kesesuaian dan keadaan.
💎 Hari ini cikgu kongsikan tabiat belajar berkesan waktu PdPR untuk anak-anak jadikan panduan.
💎Semoga anak-anak SKLS1J sentiasa kekal sihat dan rajin belajar.
24 JUN 2021
💎Menghadiri kelas PdPR adalah tanggungjawab kita sebagai pelajar.
💎Pada hari ini cikgu ingin kongsikan video pendek Kenapa Saya Wajib Mengikuti Kelas PdPR
💎Cikgu berharap anda semua dapat meluangkan masa untuk menonton.
💎Kekalkan semangat untuk belajar. Belajarlah untuk diri sendiri dan masa depan anda.
23 JUN 2021
KEKALKAN MOTIVASI DI RUMAH WAKTU PdPR
🌹Saat dan waktu ini adalah masa yang terbaik untuk kita mulakan perubahan ke arah yang lebih baik.
🌹Kalau bukan kita sendiri yang ambil langkah tersebut, hendak harapkan siapa?
🌹Hadirkan diri mengikuti PdPR setiap hari dengan semangat yang tidak pernah luntur.
🌹Lakukan perubahan kekalkan motivasi. Jom jadi manusia hebat.
22 JUN 2021
PdPR vs KERJA RUMAH
Asslamualaikum dan salam sejahtera
🌐 Anda tertekan untuk menyiapkan kerja rumah dan kerja pdpr?
🌐 Tak tahu nak dahulukan kerja rumah atau kerja pdpr?
🌐Berbelah bahagi atau beremosi apabila menyiapkan kerja?
🌐Jom amalkan tips panduan urus konflik emosi antara pdpr dan kerja harian di rumah.
🌐Kekal tenang bagi memastikan emosi anda sejahtera semasa di rumah.
21 JUN 2021
ADAB BELAJAR PdPR
Apa khabar semua? Semoga anak-anak SKLS1J sihat dan bersemangat mengikuti PdPR pada hari ini.
🌺 MENEPATI MASA
Bersedia lebih awal di depan platform pembelajaran seperti google meet, whatsup dan lain lain lagi
🌸MENGHORMATI ORANG LAIN
Mematikan suara ketika google meet berlangsung dan buka apabila perlu sahaja
Elakkan bersembang merapu dan bercakap bila perlu sahaja
🌺BERSOPAN SANTUN
Sekiranya pdpr menggunakan platform secara google meet sila minta izin dahulu dengan guru kamu sebelum keluar
🌸JUJUR
Ketika pdpr sila buka kamera laptop atau telefon untuk memastikan kehadiran anda.
Jom sama-sama tonton video ini. Semoga bermanfaat.
18 JUN 2021
JOM AKTIF KELAS PDPR
💎 Kehadiran anak-anak SKLS1J mengikuti kelas PDPR setiap hari merupakan satu tanggungjawab dan komitmen berterusan yang perlu dilakukan.
💎 Ianya bagi mengelakan anak-anak SKLS1J keciciran dalam musim pendemik ini.
💎Pihak sekolah telah mengambil peranan untuk memberi anugerah dan sijil kepada murid yang aktif mengikuti kelas PDPR bagi menggalakan kehadiran anak-anak SKLS1J ke kelas PDPR setiap hari.
💎 Diharap anak-anak SKLS1J sentiasa menjaga kesihatan diri dan terus bersemangat mengikuti kelas PDPR.
💎 Sekian perkongsian hari ini, semoga bermanfaat
17 JUN 2021
TIPS SERONOK BELAJAR WAKTU PDPR
💎 Tempoh PDPR merupakan situasi yang mencabar bagi guru, murid dan ibu bapa.
💎 Ianya memerlukan komitmen yang berterusan dengan membina minat, semangat dan keseronokan itu sendiri.
💎 Tips Seronok Belajar Waktu PDPR dari Unit Bimbingan Dan Kaunseling adalah sebagai panduan ringkas kepada murid-murid untuk mewujudkan keseronokan sepanjang tempoh mengikuti pdpr.
💎 Diharap murid-murid sentiasa menjaga kesihatan diri dan terus bersemangat mengikuti pdpr.
💎 Sekian perkongsian hari ini, semoga bermanfaat
16 JUN 2021
BICARA POSITIF PADA DIRI MENGIKUTI PDPR
Apa khabar semua? Semoga anak-anak SKLS1J sihat dan bersemangat mengikuti PdPR pada hari ini.
Bicara POSITF PADA DIRI perlu menjadi amalan supaya kita kekal bersemangat sewaktu tempoh PdPr.
Apa kata-kata positif yang perlu diucapakan?
Jom sama-sama tonton video ini. Semoga bermanfaat.
15 JUN 2021
KONSEP KENDIRI
💎 Berhadapan dengan musim pandemik. Konsep kendiri memainkan peranan yang penting untuk membina keyakinan.
💎 Konsep kendiri merupakan penilaian seseorang terhadap dirinya atau cara dia menganggap tentang dirinya secara positif atau negatif.
💎 Untuk membina konsep kendiri seseorang juga menerima penilaian daripada orang lain secara terbuka.
💎 Semoga kita sentiasa membina konsep kendiri positif agar sentiasa bersemangat walau apa pun penilaian yang kita terima.
💎 Sekian info hari ini semoga bermanfaat.
14 JUN 2021
Teruskan perjuangan anak-anak SKLS1J
Para ibubapa teruskan perkasa dalam membimbing anak-anak...
Kalian murid-murid yg hebat...kita GEMPUR PdPR 4.0
Mulakan sesi PDPR hari ini dengan senaman minda. Selamat kembali belajar semua.
28 MEI 2021
PANDUAN PENGURUSAN CUTI SEKOLAH
💎 Sekalung tahniah cikgu ucapkan kepada semua murid dan ibubapa yang melibatkan diri dan bekerjasama dengan para guru semasa Pdpr. Usaha ini amat murni dalam membantu anak-anak menuntu ilmu.
💎 29 Mei 2021 hingga 13 Jun 2021 sekolah akan bercuti selama dua minggu. Ambilah peluang ini dengan membuat ulangkaji pelajaran dan melakukan aktiviti berfaedah bersama keluarga.
💎 Cikgu kongsikan panduan pengurusan cuti sekolah sebagai panduan kepada murid-murid untuk menguruskan cuti selama dua minggu ini dengan lebih bermakna.
💎 Selamat Bercuti, kekal duduk di rumah dengan sentiasa menjaga kebersihan dan kesihatan diri. 1 Hari 1 Info semoga bermanfaat.
27 MEI 2021
JOM UBAH MINDA SEMASA PANDEMIK
🌟 KITA kini melalui kehidupan normal baharu seiring fasa pemulihan kes COVID-19. Di mana sahaja kita perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) diwartakan kerajaan untuk melawan pandemik itu.
🌟 Rasa tertekan dan rimas pastinya dirasai. Namun sedarkah yang secara tidak langsung kita melalui fasa peningkatan konsep kendiri ke arah yang lebih baik.
🌟 Setiap individu mempunyai konsep kendiri masing-masing. Apa yang kita faham dengan maksud konsep kendiri? Bagaimana kita menggambarkan diri kita sendiri? Secara ringkas, suatu gambaran atau pandangan mengenai kita sendiri sama ada secara positif atau negatif.
🌟 Hari ini cikgu ingin mengajak anak-anak SKLS1J untuk mengubah minda semasa pandemik kepada minda yang sentiasa positif agar kita kekal tenang dan selesa dalam tempoh PKP.
25 MEI 2021
7 TIPS BELAJAR
💎 Pembelajaran berkesan merupakan faktor kepada kejayaan seseorang pelajar.
💎 Pembelalajaran berkesan menitikberatkan cara kita belajar. Ianya perlu menitikberatkan beberapa faktor antaranya persekitaran dan suasana belajar
💎 Hari ini cikgu kongsikan 7 Tips Belajar yang boleh anak-anak jadikan panduan agar menjadikan pembelajaran lebih berkesan
💎 Jom sama-sama tonton video ini. 1 Hari 1 Info. Semoga bermanfaat.
24 MEI 2021
PENERAPAN NILAI KEJUJURAN DALAM PDPR
🌹Cikgu doakan semoga anak didik SK La Salle 1 Jinjang sentiasa sihat dan bersemangat bersama- sama guru menjalankan PdPR
PKP COVID-19 3.0.
🌹Semoga dipermudahkan urusan anak- anak belajar pada hari ini. Murid yang hebat ialah murid yang sentiasa ceria, bersemangat dan berusaha untuk meningkatkan potensi diri...
👌Meluruskan niat untuk menuntut ilmu
👏Melaksanakan dan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru
👌Perlu patuh dan berdisiplin dengan jadual belajar yang telah ditetapkan
👏Tidak mengeluarkan kata kata yang menyakitkan hati guru
👌Melaksanakan amanah yang diberi guru dengan bersungguh sungguh bukan secara lewa
👏Jujur dalam menghadiri kelas online talian walaupun guru tidak boleh melihat kamu
21 MEI 2021
6 KATA KATA YANG MAMPU MENGUBAH HIDUP ANDA
❤️ Kata-kata yang baik bukan sahaja mampu memberikan impak yang besar kepada diri kita, malah ianya mampu membuatkan orang lain lebih selesa.
❤️ Dengan menuturkan kata-kata yang baik seperti penghargaan dan pujian kita akan membuatkan orang lain lebih bahagia dan rasa dihargai.
❤️ Hari ini cikgu akan kongsikan 6 kata-kata yang mampu mengubah hidup anda.
❤️ Satu Hari Satu Info. Semoga bermanfaat.
20 MEI 2021
ADAB DENGAN KAWAN
🌹Kawan ialah orang yang sering berdampingan dengan kita selain ahli keluarga.
🌹 Cara pergaulan dengan kawan dalam seharian akan menentukan mereka senang dan selesa untuk terus berdampian dengan kita.
🌹 Hari ini cikgu akan kongsikan adab dengan kawan sebagai panduan untuk kita semua.
🌹Satu Hari Satu Info Semoga bermanfaat.
19 MEI 2021
ADAB DENGAN GURU
💡SIFAT pertama yang perlu ada pada setiap murid dalam memelihara adab terhadap guru ialah menghormati guru.
💡Guru wajib dihormati kerana kedudukannya yang menyampaikan ilmu kepada murid.
💡Murid juga wajib menghormati guru kerana kedudukan murid yang menerima ilmu darinya.
💡Hari ini Unit Bimbingan Dan Kaunseling ingin kongsikan Adab Dengan Guru. Semoga bermanfaat.
18 MEI 2021
ADAB DENGAN IBU BAPA
💎 Adab dengan ibu bapa merupakan perkara penting yang perlu anak-anak amalkan setiap hari bagi melatih diri dalam membentuk sahsiah yang baik.
💎 Sedikit perkongsian dari Unit Bimbingan dan Kaunseling berkaitan adab dengan ibu bapa sebagai panduan kepada anak-anak yang boleh diamalkan dan dipraktikkan
💎 Semoga bermanfaat
17 MEI 2021
TIPS BELAJAR DARI RUMAH
🌐 Belajar di rumah memerlukan komitmen yang berterusan daripada murid dan ibu bapa.
⏰ Tips Belajar Dari Rumah dari Unit Bimbingan Dan Kaunseling adalah sebagai panduan ringkas kepada murid-murid untuk mengikuti pdpr sepanjang tempok pkp 3.0 ini.
🌐 Diharap murid-murid sentiasa menjaga kesihatan diri dan terus bersemangat mengikuti pdpr. Sekian perkongsian hari ini, semoga bermanfaat
7 MEI 2021
9 TIPS PENGURUSAN MASA
⏰ Pengurusan masa bermaksud apabila anda mampu menguruskan masa secara berkesan bagi melakukan aktiviti harian dengan sempurna sehingga anda berpuas hati dengan apa yang anda lakukan.
⏰ Pengurusan masa yang berkesan merupakan ciri-ciri penting dalam menentukan waktu yang kita miliki setiap hari telah diperuntukan untuk melakukan perkara-perkara yang berfaedah dan bermanfaat.
⏰ Hari ini cikgu akan kongsikan 9 tips pengurusan masa. Semoga bermanfaat.
6 MEI 2021
TIPS KEKALKAN MOTIVASI DI RUMAH
✴️ Semangat dan motivasi berkekalan dapat membantu kita menjalani kehidupan dengan lebih bersemangat setiap hari.
✴️ Hari ini Unit Bimbingan Kaunseling ingin kongsikan Tips Kekalkan Motivasi Di Rumah. Jom sama-sama tonton video ini sebagai panduan kepada anak-anak semua.
✴️Semoga Bermanfaat
26 FEB 2021
NORMA BAHARU DI SEKOLAH
Saranan kepada ibu bapa:
✴️ Tidak hantar anak ke sekolah sekiranya bergejala
✴️Mengajar anak langkah mencuci tangan dengan betul
✴️Menasihati anak mengamalkan penjarakan sosial.
✴️Mendidik anak amalan batuk dan bersin dengan betul.
25 FEB 2021
JOM SENYUM
✴️Senyuman itu indah. Terlalu banyak kebaikan dan keberkatan yang tersembunyi di dalam senyuman. Ia adalah amalan baginda Rasulullah SAW. Alangkah beruntungnya orang yang sentiasa murah dengan senyuman dan amat rugilah mereka yang terlepas daripada kebaikan ini.
✴️Prinsip senyuman adalah “Berikan senyuman dgn hati yang ikhlas, berlapang dada, gembira dan ceria”. Ia amat penting, kerana dgn prinsip ini, maka senyuman anda akan menghasilkan energi positif yang akan mengubah kehidupan anda dan org lain.
✴️Jom tonton video Jom Senyum untuk mendapatkan aura positif hari ini. Semoga bermanfaat.
24 FEB 2021
JOM KATA POSITIF PADA DIRI SENDIRI
✴️ Ada juga menyatakan akal itu telinga hati. Jika apa didengar dan dilihat itu perkara yang baik, nescaya seorang itu akan dapat menuai sebanyak mungkin kebaikan. Begitu juga jika ruang fikiran dipenuhi kejernihan ilmu, cara berfikir yang baik akan menghasilkan pemikiran positif.
✴️Pakar psikologi menyebut, manusia sering membazirkan masa kepada perkara yang sama. Banyak orang fokus kepada hasil bukan proses. Bagaimanapun, setiap orang yang mendapat hasil bagus adalah kerana prosesnya yang sempurna.
✴️Antara perbuatan menentukan kita memperoleh kejayaan ialah cara berfikir. Corak fikiran positif akan mempengaruhi hati yang stabil seterusnya mempengaruhi setiap tindak tanduk. Oleh itu, kita perlu mengawal corak fikiran kerana ia mempengaruhi emosi dan tindakan yang bakal diambil.
✴️Sehubungan itu hari ini Cikgu ingin mengajak anak-anak SKLS1J untuk kata positif kepada diri sendiri. Jom tonton video ini, Jom kata positif kepada diri sendiri.
23 FEB 2021
7 Petua Hidup tenang
✴️Ketenangan jiwa adalah perkara yang sangat penting bagi kehidupan seseorang dimuka bumi ini. Dengan ketenangan jiwa, timbulah perasaan tenteram, puas dengan apa yang diperolehi, tidak kecewa dengan diri sendiri serta selalu menaruh harapan terhadap masa depan.
✴️ Mampukah kita membuatkan diri sendiri bahagia dan tenang? Kebahagiaan dan ketenangan diri sama ada dalam kehidupan peribadi juga kerjaya sering dianggap perkara yang sukar dicapai dalam erti kata sebenar.
✴️ Jom tonton video ini 7 petua hidup tenang. Semoga bermanfaat untuk semua.
22 FEB 2021
Mengapa Kita Perlu Belajar???
✴️Pernahkah anak-anak SKLS1J bertanya atau terfikir, kenapa kita perlu belajar? Untuk makluman anak-anak semua, untuk berjaya dalam kehidupan yang serba maju ini, kita mestilah berilmu.
✴️Dengan ilmu, pengetahuan dan pengalaman, bolehlah kita menggunakannya dalam hidup kita. Bila sudah berkemahiran, bolehlah diajar kepada orang lain. Proses pemindahan ilmu pengetahuan dan pengalaman daripada seorang individu kepada individu yang lain dipanggil proses belajar.
✴️Kita mesti ingat, belajar mesti ada gurunya. Seperti pepatah Arab “Beramal tanpa ilmu itu gila, berilmu tanpa amal itu bodoh dan sia-sia.” Ada satu lagi pepatah, “Hidup tanpa ilmu, tanpa amal adalah ibarat haiwan yang melata-lata di muka bumi ini sahaja.”
✴️Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Itulah ungkapan seringkali kita dengari dari zaman berzaman. Dalam konteks pembelajaran, persoalan selalu bermain difikiran kenapa perlu kepada belajar dari awal kanak-kanak sehingga dewasa.
✴️Kesimpulannya.
Seseorang itu perlulah menyemai sikap suka belajar di dalam diri. Oleh yang demikian, jadikanlah sikap suka belajar sebagai rutin dalam setiap kehidupan harian.
✴️Jom tonton video ini dan hayati kenapa kita perlu belajar. Semoga bermanfaat.
19 FEB 2021
TANGANI STRESS DENGAN LATIHAN PENAFASAN
✴️Kemahiran pengurusan stress merupakan perkara penting bagi memperolehi minda yang sihat.
✴️Pelbagai kaedah dalam pengurusan stress, salah satu cara dengan latihan penafasan yang betul.
✴️Jom tonton video ini dan lakukan latihan penafasan ini bersama-sama.
17 FEB 2021
PERANAN IBU BAPA
✴️ Peranan ibu bapa dalam membantu anak mengikuti PdPR di rumah amat penting bagi memastikan anak dapat mengikuti PdPR dengan sempuran.
✴️ Tonton video ini sebagai panduan ibu bapa dalam membantu anak mengikuti PdPR di rumah.
✴️Semoga bermanfaat
16 FEB 2021
KEMAHIRAN BELAJAR BERKESAN
Kemahiran belajar berkesan membantu anak-anak dari segi mengatur strategi belajar di rumah. Mari tonton video ini untuk mengetahui kemahiran belajar bekesan. Semoga bermanfaat.
15 FEB 2021
PANDUAN BELAJAR DARI RUMAH
✴️ PdPR merupakan perkara baharu yang perlu kita hadapi. Ianya memerlukan komitmen dan disiplin yang tinggi agar kita dapat mengikutinya dengan sempurna.
✴️ Hari ini cikgu kongsikan Panduan Pembelajaran Dari Rumah untuk anak-anak SKLS1J. Mari tonton video ini
09 FEB 2021
JOM AUDIT DIRI
✴️ Sesekali kita perlu imbas semula aktiviti yang kita telah lakukan sepanjang tempoh PdPR.
✴️ Adakah kita telah berjaya mengikuti PdPR dengan sempurna sepanjang tempoh ini?
✴️ Adakah kita telah berjaya membuat sesuatu yang bermanfaat pada diri kita?
✴️ Jom Audit Diri dengan menonton video ini sebagai panduan kita bersama.
Semoga bermanfaat
08 FEB 2021
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
JOM JADI BAIK
Apa khabar semua? Semoga anak-anak SKLS1J sihat dan bersemangat mengikuti PdPR pada hari ini.
Bersikap baik perlu diterapkan dalam diri kita amalan ini akan menjadikan kita disenangi oleh keluarga, guru, rakan, masyrakat dan orang sekeliling.
Kenapa perlu menjadi baik?
Apa itu sikap yang baik?
05 FEB 2021
TERAPI MENULIS
✴️ Menempuh pelbagai cabaran dalam kehidupan, kita tidak pernah lari dari berhadapan dengan perasaan sedih dah kecewa. Perasaan sedih dan kecewa ini boleh diatasi dengan pelbagai kaedah.
✴️Antaranya dengan kaedah terapi menulis. Tonton video ini, sedikit bingkisan dari Unit Bimbingan Kaunseling sebagai panduan.
Semoga bermanfaat untuk semua.
04 FEB 2021
PANDUAN PENGURUSAN STRESS MENGHADAPI PdPR ANAK DI RUMAH
Sememangnya pembelajaran anak-anak di rumah merupakan cabaran bukan saja buat guru dan pelajar tetapi juga cabaran bagi ibu bapa.
Punca stres ini adalah pelbagai. Tonton video ini sebagai sedikit panduan untuk pengurusan stress
03 FEB 2021
Menghargai keluarga merupakan pekara penting yang perlu kita terapkan dalam diri kita.
❤Bagaimanakah cara kita buktikan, bahawa kita menyayangi keluarga?
❤Sila tonton video ini, sedikit perkongsian dari unit BNK SK La Salle 1 Jinjang cara menghargai keluarga.
❤️Semoga bermanfaat untuk semua