SEULAS BICARA
GURU BESAR SK KAMPONG BAHRU
SEULAS BICARA
GURU BESAR SK KAMPONG BAHRU
Assalamualaikum kepada semua keluarga besar SK Kampong Bahru.
Bersua kita buat kali pertama pada tahun 2021 atas satu maksud untuk kita bersama-sama melayari bahtera akademik ini di dalam satu norma yang baharu.
Dunia pendidikan terkini kian mencabar dan perlu kita depani dengan penuh komitmen dan kompeten. SK Kampong Bahru adalah wadah untuk kita sama-sama berkarya dan menyalurkan pelbagai idea demi untuk mencapai objektif KPM di dalam membangunkan modal insan yang mempunyai karektor sebagai seorang murid. Beberapa garis panduan bagi menuju hala tuju sekolah telah saya jelaskan dalam Mesyuarat Pengurusan.
Marilah kita sederap untuk terus merealisasikan keberhasilan dan kemenjadian yang berkualiti dalam menuju naratif baharu pendidikan yang melihat kejayaan murid itu secara holistik dengan skop yang lebih luas. Keaktifan murid dan kualiti guru sama-sama kita jadikan sebagai kemudi di dalam kita mengharungi gelombang perubahan di dalam bahtera pendidikan ini.
Sederaplah kita bersama berusaha untuk mengibarkan layar SK Kampong Bahru agar bahtera ini akan terus meluncur ke pulau kemenjadian murid dan keberhasilan guru. Ayuhlah sahabat marilah kita bersama mengemaskan langkah, memperkasakan diri dalam tag line “Agility” dengan mengatur pelbagai strategi, berbalik kepada pendekatan proses kerja buat kita yang sebenar.
Menggabungkan segala pengalaman yang sedia ada ke arah matlamat dan hala tuju yang sama membasmi kemiskinan akademik agar kita tidak akan menanggung defisit secara berterusan.Beriktizamlah untuk kita bersama menunaikan amanah ini dengan penuh tanggung jawab sebagai seorang pendidik yang mempunyai jiwa seorang guru.
Daripada meja CEO SKKB,
( ROHAIZAT BIN ABD GANI )
HAKCIPTA: Aplikasi One Stop Data Centre ini dihasilkan untuk Sekolah Kebangsaan Kampong Bahru, Batu Pahat, Johor.