Program Sijil Teknologi Elektrik (dahulunya dikenali Sijil Pemasangan Elektrik). Penawaran program ini, dapat mendedahkan pelajar kepada pembelajaran teori dan latihan amali yang mantap berkaitan teknologi elektrik. Di samping itu, aktiviti Latihan Industri adalah bertujuan memastikan pelajar merasai suasana sebenar alam pekerjaan. Kursus-kursus yang berkaitan dengan peningkatan kemahiran insaniah turut ditawarkan bagi merealisasikan pembentukkan akhlak yang terpuji. Selain itu, melalui program ini lepasan pelajar juga berpeluang untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Objektif Pendidikan Program Politeknik dan Kolej Komuniti adalah untuk menghasilkan graduan dan tenaga kerja yang:-
1. Menghasilkan tenaga kerja dan usahawan yang berpengetahuan dan berkemahiran selari dengan keperluan semasa dan hasrat Negara.
2. Menunjukkan kebolehan penyelesaian masalah secara inovatif, kreatif serta mengurus maklumat dengan baik melalui pendekatan pembelajaran sepanjang hayat.
3. Mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan berkesan dan bekerjasama dengan kumpulan berasaskan etika kerja serta tanggungjawab sosial.
1. Mengaplikasi pengetahuan asas berdasarkan fakta, konsep, prinsip dan teori dalam bidang yang berkaitan.
2. Menunjukkan kemahiran psikomotor dan amali dalam menyelesaikan masalah.
3. Menunjukkan kemahiran interpersonal dan kebertanggungjawaban sosial dalam mengaplikasi prinsip dan teori mengikut kesesuaian keadaan.
4. Menunjukkan sifat beretika dan profesionalisme dalam amalan yang mempunyai prinsip etika dari aspek perundangan yang perlu dipatuhi.
5. Menunjukkan kebolehan berkomunikasi dan kemahiran kepimpinan secara berkesan dengan rakan sekerja, pelanggan, majikan dan masyarakat umum.
6. Menunjukkan kemahiran pemikaran analitikal dan kritikal dan menggunakan teknik yang sesuai dalam menyelesaikan masalah.
7. Menyedari kepentingan pembelajaran sepanjang hayat dan kemahiran pengurusan maklumat untuk pembangunan akademik dan kerjaya.
8. Menunjukkan kemahiran pengurusan dan ciri-ciri keusahawanan dalam perspektif yang meluas di dalam alam perniagaan sebenar.