En. Junaidi bin Tolin
Melaksanakan segala prosedur pelantikan dan pengesahan dalam jawatan semua kakitangan di bawah kelolaan dan bidang kuasanya.
Melaksanakan segala prosedur pelantikan ke jawatan yang lebih tinggi bagi semua kakitangan di bawah jagaannya.
Melaksanakan prosedur bagi menamatkan perkhidmatan peletakan, persaraan, penggantungan, pelepasan guru - guru dan kakitangan.
Memastikan pelaksanaan dan langkah-langkah pengambilan perkhidmatan dan kursus dalam jawatan.
Mengambil langkah-langkah tertentu yang berhubungkait dengan soal percutian kakitangan di sekolahnya.
Menyediakan senarai tugas dan tanggungjawab guru dan kakitangan sokongan.
Pn. Hajah Kasimah Lau
Melaksanakan dan menjalankan segala tugas dan tanggungjawab Guru Besar semasa ketiadaanya di sekolah
Mengajar sebilangan daripada waktu mengikut arahan Guru Besar yang ditetapkan dari semasa ke semasa.
Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam soal - soal yang berhubungkait dengan Kurikulum, pentadbiran,dan pengurusan sekolah, hubungan dengan masyarakat dan keselamatan.
Memberi segala bantuan kepada Guru Besar dalam tugas menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan, pengurusan, dan pelaksanaan program dan projek sekolah.
En. Jaya bin Sulong
Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa, ketiadaan Guru Besar, dan Guru Penolong Kanan 1.
Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.
Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam pengurusan dan pentadbiran hal ehwal murid.
Membantu Guru Besar menyedia dan menilai aktiviti hal ehwal murid.
Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.
En. Zinuddin
Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar, Guru Penolong Kanan 1, dan Guru Penolong Kanan 2.
Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.
Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam semua aspek pengurusan Ko-kurikulum.
Menyelia dan menilai aktiviti Ko-kurikulum di sekolah.
Membantu Guru Besar dalam aspek perancangan dan pengurusan sekolah.
En. Rezwie bin Roslan