Mengenai SK Bau

SK BAU - Bangunan Lama

Pengenalan SK Bau

SK Bau mula dibuka pada tahun 1964 dan dibawah seliaan Majlis daerah Bau (MDB). SK Bau memulakan sessi persekolahan dengan jumlah murid 43 orang sahaja dalam Tahun Satu. Bahasa penghantar ialah Bahasa Inggeris dan Guru Besarnya ialah Pn Cecelia Hwong.

Pada peringkat awal sekolah SK Bau hanya mempunyai dua blok bangunan satu tingkat yang diperbuat daripada kayu dan beratap zink. Bangunan sekolah yang diperbuat secara gotong royong itu hanya bertahan selama 14 tahun. Pada 1978 bangunan sekolah SK Bau telah menunjukan bahan binaannya mula reput dan atap bocor. Untuk mengatasi masalah ini, pihak sekolah telah mengemukakan cadangan kepada MDB untuk membaikpulih bangunan yang usang itu. Namun begitu rancangan untuk menggantikan bangunan itu ditolak walaupun pada mulanya telah dipersetujui.

Pihak Jabatan Pendidikan Daerah Bau telah memohon mendapatkan bangunan yang kekal di tapak yang sama. Pada awal 1981 dan dibawah seliaan Jabatan Kerja Raya, pembinaan bangunan baru dibina di tapak yang sama. Sementara menunggu banggunan baru siap SK Bau menumpang di SJKC Chung Hwa Bau. Pada Januari 1982, SK Bau berwajah baru yang mempunyai bangunan 3 tingkat dengan kemudahan bilik darjah, pusat sumber, bilik guru, bilik pejabat dan bilik klinik pergigian.

Pada tahun 1994 bangunan SK Bau mengalami kerosakan akibat dari kemendapan tanah dan tidak selamat digunakan. Sekali lagi warga sekolah SK Bau berpindah dan menumpang di SK Grogo dan menjalankan sesi persekolahnya pada sebelah petang. Untuk mengatasi masalah kekurungan bilik darjah di SK Grogo maka bangunan dua tingkat (khas untuk penempatan sementara SK Bau) dibina secara gotong royong bersebelahan dengan SK Grogo dan mula digunakan pada tahun 1995. SK Bau menjalankan sesi persekolahn di bangunan sementara itu sehingga Oktober 2001.

Pada Oktober 2001 SK Bau berpindah sekali lagi ke sekolah baru yang mempunyai keluasan 6.5 ekar di Taman Mutiara Jalan Jambusan. Sekolah baru SK Bau mempunyai 30 bilik darjah yang berukuran 7 meter x 9 meter.

KEMUDAHAN  FIZIKAL SEKOLAH

A. Blok Delima:-


i) Aras Tanah – Stor Sukan, Stor Buku Teks (bilik BOSS), Kedai Koperasi, Stor Am, Bilik Persalinan Lelaki/perempuan dan Ruang Isterihat.

ii) Aras Satu – 5 buah bilik darjah, tandas lelaki dan perempuan.

iii) Aras Dua – 5 buah bilik darjah, tandas lelaki dan perempuan.


B. Blok Nilam:-

i) Aras Tanah – Ruang Serbaguna dan Bengkel Kemahiran Manupulatif

iii) Aras Dua – 5 buah bilik darjah.


C. Blok Zamrud:-

i) Aras Satu – 6 buah bilik darjah, Stor Am, Tandas Murid Lelaki dan Perempuan.

ii) Aras Dua – 7 buah bilik darjah, tandas lelaki dan perempuan.


D. Blok Baiduri:-

i) Aras Tanah – Bilik Guru, Lobi Utama, Bilik Penyelia, Pejabat Guru Besar, Bilik Penolong Kanan I, HEM, KK dan Bilik Elektrik

ii) Aras Satu – Bilik Agama, Surau, Bilik Wuduk Lelaki/Perempuan, Bilik Pendidikan Seni, Tandas Guru Lelaki/Perempuan Ruang Utama Lobi, Bilik Kesihatan klinik pergigian, Bilik Kaunselingdan 2 buah bilik darjah

iii) Aras Dua – 2 buah bilik Komputer, Bilik Muzik, Bilik Peperiksaan Bilik Pemulihan dan 2 buah Bilik Sains.

iv) Aras Tiga – Pusat Sumber – Perpustakan (Bilik Kerja Pustakawan, Bilik Am dan Bilik Rakaman)


E. Kemudahan Lain:

i) Kantin

ii) Tempat letk basikal

iii) Rumah pengawal

iv) Perhentian Bas

v) Dataran kejat

vi) Padang permainan

vii) Padang bola sepak

LOGO SEKOLAH

LAGU SEKOLAH

BERSOPAN JADIKAN AMALAN KITA

BERILMU PASTI JAYA

BERBAKTI PADA NUSA DAN JUGA BANGSA

ITULAH TERAS HIDUP KITA

SK BAU TERUS MEGAH WIBAWA

SEMOGA TERUS MAJU


GURU MENCURAH BAKTI

BERBAGAI ILMU YANG DIAJARI

MENDIDIK KITA

MEMBIMBING KITA

PUTERA PUTERI TERCINTA

CERGASKAN JIWA

TERUS BERUSAHA

MAJULAH TERUS MAJU.

Visi

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.

Misi

Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

Motto

Berilmu, Berkualiti, Bestari


COGAN KATA

PIAGAM PELANGGAN

KAMI,

WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN BAU,

DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM,

BERIKRAR DAN BERJANJI,

AKAN MENUMPUKAN,

SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI,

UNTUK : 

Mendidik semua pelajar dengan kesungguhan dan ketekunan

tanpa mengira latarbelakang, agama dan keturunan mereka,

Sentiasa bekerjasama untuk mencapai keputusan peperiksaan awam dan sekolah padatahap yang tinggi dan membanggakan,

Memastikan kawasan sekolah sentiasa bersih dan indah,

Menentukan disiplin pelajar sentiasa pada tahap yang terpuji,

Menentukan pelajar melibatkan diri dalam bidang kokurikulum dengan aktif dan berkesan.

HARAPAN SEKOLAH KEBANGSAAN BAU

SK BAU

MENJADI SEKOLAH PILIHAN UTAMA IBU BAPA DI

DAERAH BAU UNTUK MENGHANTAR 

ANAK-ANAK MEREKA

BERSEKOLAH.


Penafian, Dasar Privasi dan Dasar Keselamatan

PENAFIAN

Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.



DASAR PRIVASI

Privasi anda

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

Maklumat Yang Dikumpul

Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.

Apa yang akan Berlaku jika Saya Membuat Pautan kepada Laman Web yang Lain?

Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

Pindaan Dasar

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.



DASAR KESELAMATAN

Perlindungan Data

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

 

Keselamatan Storan

Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.