Kata Alu Aluan Guru Besar SK Ayer Hitam


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Transformasi dan Salam Muafakat Johor

Alhamdulillah, segala puji dan syukur saya rafakkan ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnia dan inayahNya, Web SKAH dapat dihasilkan dengan kerjasama semua pihak.

Sesungguhnya visi sekolah ”PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA”. Pendidikan Berkualiti, adalah sistem yang cukup mantap dengan penekanan terhadap aspek pengurusan sekolah, kurikulum (akademik), bina sahsiah terpuji, kokurikulum, kemudahan prasarana sekolah, kompeten guru dan penguasaan ICT bagi melahirkan modal insan dan global player.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 meletakkan hasrat murni untuk menjadikan sistem pendidikan kita sepertiga terbaik dunia. Sebagai kumpulan pelaksana maka kita perlu mengetahui lima aspirasi sistem, enam aspirasi murid dan sebelas anjakan selama tiga belas tahun dalam tiga gelombang. Pada tahun 2021-2025 merupakan Gelombang 3, adalah semua sekolah, guru dan Guru Besar menunjukkan prestasi melebihi standard minimum dan meningkatkan keluwesan operasi untuk memupuk budaya kepimpinan rakan setugas bagi pembangunan kecemerlangan profesional.

Manakala, SKPMg2 telah dijadikan panduan utama dalam kita melaksanakan segala program yang melibatkan pengurusan sekolah dan membolehkan penilaian sekolah menjadi lebih holistik. Di samping itu, Hala tuju SKAH 2021-2023 juga dijadikan sebagai target atau KPI utama bagi mencapai visi dan misi sekolah yang dirancang. Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk menyambut cabaran tersebut dengan penuh iltizam dan tekad yang bersungguh-sungguh untuk melonjakkan kualiti pendidikan negara bertaraf dunia dalam suasana normal baharu ini.

Sehubungan dengan itu, menerusi Web SKAH yang tercipta ini diharap dapat menghimpunkan dan berkongsi segala maklumat serta informasi berkaitan aspek pendidikan. Menjadi rujukan dan sumber maklumat terkini, bukan sahaja warga pendidik tetapi juga kepada para ibu bapa dan penjaga murid serta masyarakat bagi membantu dan mengakses maklumat/data yang diperlukan khasnya dalam kemajuan pencapaian anak-anak mereka.

Dengan motto sekolah `Belajar Terus Berjaya` dan tag line pengurusan `Kualti Sekolah & Kemenjadian Murid - Keutamaan Kami` dan tag line murid `SKAH - Excellent, Fight For Success, More Q`s` bagi menggalakkan budaya keberhasilan kecemerlangan dan kemenjadian murid di sekolah, serta sebagai pemangkin untuk kita bergerak secara bersama-samauntuk mencapai visi dan misi sekolah.

Sekian, terima kasih

ZAHID BIN IBRAHIM

Guru Besar,

SK Ayer Hitam,

Batu Pahat, Johor