MAKNA LOGO SK ABANG ABDUL KADIR BETONG
Merah:
Melambangkan kesungguhan dan pengorbanan dalam usaha untuk mencapai cita-cita murni.
Kuning:
Menggambarkan perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat yang berbilang kaum.
Oren:
Melambangkan keberanian serta kegigihan untuk menjadi manusia yang berpendidikan.
Warna hijau :
Membawa erti warga Sk Abang Abdul Kadir sentiasa dalam keadaan aman sejahtera.
Putih:
Memberi erti kebersihan jiwa dan cita-cita pelajar untuk mencapai kehidupan yang benar-benar sempurna
Warna hitam:
Melambangkan nilai yang jelas, ketepatan hati dan kejituan matlamat.
Lambang Buku:
Buku membawa sebagai ilmu dan asas / tunjang kecemerlangan dalam akademik
Angka 1933 :
Tahun pembukaan SK Abang Abdul Kadir
Pen :
Bermaksud ia akan mencorakkan kertas, sebagaimana ia akan mencorakkan keperibadian murid-murid.
Bintang :
Mewakili kerajaan Malaysia
Bulan Sabit :
Pendidikan yang berteraskan agama (Agama islam sebagai agama rasmi)
Bentuk U:
Berfikir secara universal ke arah mencapai keunggulan
“ILMU PANDUAN HIDUP”
Motto yang dipilih ialah Ilmu Panduan Hidup bermaksud tanpa ilmu maka gelap gelitalah dunia. Sekiranya kita berilmu, kita dapat melakukan sesuatu untuk memajukan diri, keluarga dan masyarakat. Oleh itu semangat ingin memajukan diri adalah tunggak kejayaan diri.