Pengenalan.


Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. 

Mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui :

a. Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.

b. Penglibatan pembelajaran mudd yang aktif lagi bermakna.

c. Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan.

d. Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi.

e. Komitmen komuniti yang padu 




1.Punca Kuasa.


19 Jun 2015

Mesyuarat Majlis Ekonomi pada 16 Jun 2014 telah mencadangkan pelaksanaan Program Sekolah Transformasi dan diluluskan semasa Mesyuarat   Majlis Ekonomi Bil. 2/2015.

7 April 2017

Mesyuarat Profesional KPM Bil. 14 : penjenamaan semula kepada Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)



2. Objektif Program


2.1 Mengaplikasi konsep dan amalan PdP terbaik

2.2 Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan

2.3 Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan kemenjadian murid



3. Matlamat Program


3.1 Memantapkan kepimpinan sekolah

3.2 Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pembelajaran dan pengajaran 

3.4 Mengukuhkan pelibatan ibubapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid.


4. Konsep Program

  Konsep Program TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui: 


5.  Pelaksanaan Program

5.1 Program TS25 diterajui oleh beberapa Bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia dengan pelaksanaan pelbagai aktiviti berdasarkan fungsi masing-masing.

5.2 Antara aktiviti utama Program TS25 ialah:


6. Logo Program :