INFO SEMASA
PEMBELAJARAN SAINS DAN REKA BENTUK MELALUI ROBOTIK
JERANTUT - 22 OKTOBER 2024 ( SELASA ) - Sekolah Kebangsaan Jerantut Jaya dengan kerjasama Bahagian Sukan, Kokurikulum Dan Kesenian ( BSKK ), Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dan Pejabat Pendidikan Daerah Jerantut telah menganjurkan Bengkel dan Pertandingan Robotik bertempat di Sekolah Kebangsaan Jerantut Jaya.
Objektif utama program ini dianjurkan adalah untuk merangsang murid yang menyertai program untuk menyelesaikan masalah melalui pemikiran kreatif, logik dan di luar sempadan (‘Out of the box’). Selain itu, melalui program ini juga dapat meningkatkan kepakaran menggunakan peralatan berteknologi seperti berikut :-
i. memprogramkan komputer
ii. membina dan merekacipta robot
iii. menguasai bidang matematik, sains, komputer, seni dan bahasa.
Melalui bengkel dan pertandingan seperti ini juga dapat menyemai semangat berpasukan, meningkatkan kebolehan berkomunikasi dan mengasah bakat kepimpinan. Bengkel dan pertandingan ini juga dapat memupuk kebolehan untuk menyelesaikan masalah dan bermotivasi tinggi.
Kesimpulannya, semoga bengkel dan pertandingan seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi mencari dan mencungkil bakat murid yang mempunyai minat dalam teknologi dan seterusnya dapat memupuk budaya inovasi dalam kehidupan seharian.
Kredit :-
En. Muhammad Faiq Syahmi bin Majdi ( Guru Pengiring )
Wan Muhammad Shahmi bin Wan Ismail ( Peserta Robotik SKBMD )
Muhamad Ammarullah bin Muhamad Aminudin ( Peserta Robotik SKBMD )
Catatan disunting oleh :-
En. Mohd Saruddin bin Mat Zin ( Guru Penyelaras ICT Sekolah @ GPK Pentadbiran )
PENDIDIKAN MELALUI EDU-DIGITAL
Dasawarsa kini, sistem pendidikan telah mengalami pelbagai perubahan dalam mengejar kemajuan ke arah mewujudkan Industrial Revolution 4.0 ( IR 4.0 ). Teknologi telah menjadi salah satu teras utama yang telah menjadi salah satu fokus Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ) untuk dikembangkan melalui dunia pendidikan. Sehubungan itu, KPM telah mengalakkan sekolah-sekolah untuk mewujudkan kelas yang mempunyai sistem digital bagi memudahkan proses Pengajaran dan Pemudahcaraan dalam usaha mengembangkan potensi murid.
Oleh itu, SK Bukit Mat Daling telah menyahut seruan itu dengan berusaha untuk mewujudkan projek SmartTV dibawah pengurusan dan pemantauan Guru Penyelaras ICT Sekolah. Projek ini telah berjaya disempurnakan dengan berkat kerjasama seluruh warga sekolah yang meliputi PIBG, guru dan barisan ahli kumpulan pelaksana. Tanpa kerjasama yang erat antara satu sama lain, projek ini mungkin sukar untuk dilaksanakan.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Projek SmartTV ini.
Catatan disunting oleh :-
En. Mohd Saruddin bin Mat Zin ( Guru Penyelaras ICT Sekolah @ GPK Pentadbiran )
DAIF - PROJEK PEMBINAAN KUARTERS GURU YANG BAHARU
Dalam mengecapi perubahan dalam sistem pendidikan pada masa kini, keselesaan kepada tenaga pengajar merupakan salah satu aspek yang sangat penting untuk ditekankan. Hal ini kerana keselesaan kepada tenaga pengajar sedikit sebanyak membantu seseorang tenaga pengajar berada dalam emosi dan jasmani yang baik untuk menyampaikan ilmu kepada anak-anak muridnya.
Sehubungan itu, SK Bukit Mat Daling telah berjaya menerima tawaran untuk membina kuarters baharu yang bakal menempatkan barisan guru dan ahli kumpulan pelaksana bagi sekolah ini. Dengan adanya kemudahan seperti ini, akan membantu tenaga pengajar dan kakitangan di sekolah ini untuk terus maju dan berusaha dalam pekerjaan mereka.
Catatan disunting oleh :-
En. Mohd Saruddin bin Mat Zin ( Guru Penyelaras ICT sekolah @ GPK Pentadbiran )