Program World Cleanup Day 2025 SJK (C) Tah Tong, Pontian

Pontian – 23 Ogos 2025 (Sabtu) jam 8.00 pagi, Kpl Elbean Ding Yahuda bersama Muhamad Syafiq Bin Ghazali, Pegawai Perhubungan Sekolah (Pps) telah menghadiri Program World Cleanup Day 2025 SJK (C) Tah Tong di Pontian Landmark dan Tepian laut Pontian.

Turut hadir sama dalam program ini iaitu En Soo Yuan Hun (Guru Besar), Puan Tan Lee Hoe (GPK Hem), Puan Chong Wee Kee (Guru Kokurikulum) dan pelajar-pelajar SJK (C) Tah Tong, Pontian.

Program dijalankan dengan aktiviti mengutip sampah di kawansan Pontian landmark serta kawasan Jubli Intan Pontian bersama guru-guru, pegawai perhubungan sekolah, pelajar sekolah dan ibu bapa pelajar.

Program diakhiri dengan sesi bergambar.