Urutan merupakan satu rawatan terapi yang berbentuk sentuhan, usapan dan menekan bahagian tertentu bagi memberi sensasi ketenangan dan mengurangkan rasa sakit dialami seseorang.


Urutan bukan sahaja memberi ketenangan dan kelegaan tetapi ia membantu memulihkan seseorang secara fizikal, mental dan rohani.


Kebaikan Urutan :


1. Menghilangkan sakit sendi

Sakit sendi atau arthritis biasanya boleh membuatkan seseorang itu mengalami bengkak dan rasa sakit pada bahagian sendi.


Mengurut sebenarnya dapat membantu mengalirkan darah ke kawasan sendi sekali gus mengurangkan rasa sakit.


2. Melegakan otot tegang

Sekiranya otot yang tegang, mengurut juga dapat membantu mengalirkan darah dengan betul serta membantu mempercepatkan proses pemulihan.


3. Meredakan sakit kepala

Sakit kepala juga boleh berlaku disebabkan ketegangan otot terutamanya pada bahagian kepala, leher dah bahu. Urutan pada ketiga-tiga bahagian itu dapat membantu melegakan ketegangan otot dan mengurangkan rasa sakit kepala.


4. Mengurangkan keletihan dan tekanan

Dapat mengurangkan masalah kemurungan, mengawal hormon dan memperbaiki kualiti tidur seseorang.


Urutan ini lebih dikenali sebagai relaxing massage yang merawat fizikal yang lesu akibat tekanan.


5. Merawat sembelit

Masalah penghadaman seperti sembelit juga dapat dirawat hanya dengan mengurut.