Presiden , Malaysian Association of Technical Analysts (MATA) - 2023 - 2024
Hi, saya Shahrul Ezwan , telah lama berkecimpung dalam pasaran modal sejak 2012. Saya bermula degan pasaran emas dan forex dari rakan sekerja dan mula berminat hendak mengetahui lebih lanjut tentang pasaran modal dan pelaburan ini kerana berlatarbelakangkan pengalaman kerja sebagai pensyarah kewangan dan penganalisa perniagaan.
Saya mula menjadi remisier pada tahun 2015 di Dataran Maybank, Bangsar. Pada masa itu, kecoh isu 1MDB dan BREXIT dan sedikit sebanyak mengganggu pasaran saham dunia dan Malaysia.
Selepas itu, saya berpindah ke Malacca Securities cawangan Wangsa Maju di bawah Bos Dzulhilman. Menariknya di sini, remisier berkongsi idea dan saling bantu membantu dalam menaikkan kerjaya remisier.
Sekarang, saya bernaung di bawah CGS International Empire Subang bertempat di Subang Jaya dan bersama Team Idea Saham (Noor Akmar). Saya telah mempunyai 2 lesen iaitu lesen ekuiti dan lesen derivatif. Jika pasaran ekuiti kurang memberangsangkan, saya akan beralih ke pasaran derivatif dan sebaliknya.
Selain graduan MSTA,CFTe, UK, saya juga telah tamat pengajian MBA (Finance) dan pernah menjawat jawatan sebagai pensyarah kewangan dan pelaburan selama 3 tahun. Kini, saya menjawat jawatan Presiden di Malaysia Association of Technical Analysts (MATA) bagi tempoh 2023 - 2025.
Harapan saya, semoga kita semua boleh menjana pendapatan tambahan dari pelaburan yang kita ceburi melalui ilmu dan saluran pelaburan yang betul.