Shahbell Enterprise menyediakan perkhidmatan menukar badan kenderaan menjadi Ambulans Type A (Emergency Ambulance) atau Ambulans Transfer (Patient Transport Ambulance) yang dibina mengikut spesifikasi kesihatan semasa serta piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
AMBULANS TYPE A
AMBULANS TYPE C / TRANSFER
APA BEZA AMBULANS TYPE A & AMBULANS TRANSFER?
✅ Ambulans Type A – Dilengkapi dengan sistem rawatan kecemasan menyeluruh termasuk defibrillator, ventilator, oxygen system serta peralatan Advanced Life Support (ALS). Direka khusus untuk menangani kes trauma, serangan jantung, strok, dan situasi kecemasan kritikal di lapangan.
✅ Ambulans Transfer – Diperbuat untuk pemindahan pesakit yang stabil, dengan kemudahan asas seperti stretcher, oxygen portable. Sesuai untuk pesakit dialisis, rawatan susulan, atau pemindahan antara hospital.
Dengan lebih 8 tahun kepakaran dalam industri, kami komited dalam memastikan setiap unit ambulans dihasilkan dengan ketelitian teknikal, memenuhi piawaian keselamatan, serta mutu pembuatan yang konsisten dan boleh dipercayai.
REFURBISH AMBULANS
SEBELUM UBAHSUAI
SELEPAS UBAH SUAI