SETARA adalah salah satu sistem penarafan yang dibangunkan oleh KPT pada tahun 2007 untuk mengukur jaminan kualiti dan standard universiti dan kolej universiti di Malaysia berdasarkan autonomi, kualiti dan prestasi institusi. Sistem ini telah dirangka untuk membantu universiti membina asas-asas yang kuat dalam tiga fungsi teras utama iaitu: (1) Pengajaran, (2) Penyelidikan dan (3) Perkhidmatan melalui metriks dan metadologi penilaian yang telah ditetapkan. Setiap data institusi yang digunakan di dalam penilaian penarafan ini akan melalui proses verifikasi dan validasi melalui audit lapangan (Site Audit) oleh juruaudit bebas yang dilantik oleh pihak KPT.