PENILAIAN KHAS (PK)
sesi II : 2024/2025
14 JULAI 2025 - 08 OGOS 2025
Tempoh pelaksanaan Penilaian Khas tertakluk kepada pindaan semasa
Tempoh pelaksanaan Penilaian Khas tertakluk kepada pindaan semasa
Penilaian Khas (PK) adalah satu bentuk penilaian yang hanya dibenarkan kepada pelajar yang akan menjalani kursus Latihan Industri pada semester akhir yang memenuhi syarat-syarat berikut:
i. Mendapat keputusan KB;
ii. Gagal satu (1) kursus sahaja pada semester sebelumnya;
iii. Telah menduduki peperiksaan akhir bagi kursus berkenaan dalam semester semasa (jika berkaitan);
iv. Tidak dikenakan tindakan tatatertib; dan v. Telah diperakukan oleh Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik;
vi. Keputusan pelajar yang lulus Penilaian Khas akan mendapat Gred C sahaja.
Kaedah Penilaian Khas hendaklah ditentukan oleh Ketua Jabatan Akademik sama ada dengan:
i. Menduduki Peperiksaan Akhir sahaja; atau
ii. Menduduki Peperiksaan Akhir dan melaksanakan Penilaian Kerja Kursus; atau
iii. Melaksanakan sepenuhnya Penilaian Kerja Kursus
*** PK akan dilaksanakan dalam tempoh satu (1) hingga empat (4) minggu sahaja dan pelajar perlu mendaftar untuk kursus berkenaan.
*** PK akan dilaksanakan selepas mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik
*** Tiada bayaran dikenakan
Klik Modul i-exam
Sila setkan sesi semasa
Pilih sesi yang ada status "KB" @ "KS" @ "GB" @ "LP"
Klik pada butang "Keputusan Peperiksaan" untuk mencetak slip keputusan sesi semasa
Sila layari pautan ini,
http://www.poliku.edu.my/upep/
Daftar masuk,
No KP : No KP tanpa "-"
Kata Laluan : No. Pendaftaran (Huruf Besar)
Sila ikut langkah-langkah daftar masuk di i-exam SPMP seperti semak keputusan, pilih sesi yang anda berstatus "LP". Klik pada butang "Cetak Transkrip Provisional".