Antologi Kecurangan Cinta
Koleksi erotika yang memaparkan kisah-kisah wanita yang hanyut dan lemas di dalam percintaan yang membawa kepada kecurangan.
Ini adalah kisah hidupku. Kehidupan seorang wanita yang bergelar isteri, yang telah terjerumus dalam gelora nafsu-nafsu lelaki tatkala mencari erti cinta. Seorang wanita yang telah lupa perbezaan antara cinta dan dosa, dan telah memilih dosa sebagai teman hidupnya.
Hayatilah kisah diriku ini. Pembaca mungkin akan membenciku. Memang patut aku dibenci. Memang patut aku dicemuh dan dihina. Aku bukan wanita suci. Kerana dalam aku mencari cinta, aku telah terjerumus di dalam dosa.
Kisah ini hanyalah untuk bacaan dewasa sahaja kerana ianya mempunyai unsur-unsur seks yang agak ketara.
ʻʻCinta dan Dosaʼʼ adalah kisah pertama dalam Antologi Kecurangan Isteri karya Seri Dewi Suria
Hakcipta Terpelihara (C) 2019
Bilangan patah perkataan: 65,000
Yusuf dan Zulaikha.
Sepatutnya tidak bertemu. Sepatutnya tidak bersatu. Sepatutnya tidak bercinta.
Tetapi pertemuan terjadi jua. Pertemuan yang merubah kehidupan. Pertemuan yang merubah perasaan. Pertemuan yang merubah segalanya.
Cuba untuk berpisah. Cuba untuk melupakan. Cuba untuk mencari keampunan.
Dari rasa bersalah. Dari rasa berdosa. Dari rasa tersiksa.
Tapi tidak mampu. Tapi tidak berdaya. Kerana melawannya sukar sekali. Kerana kenangan silam menyusuk hati.
Kerana semuanya berlaku...
...kerana satu pertemuan...
...kerana satu penyatuan...
...kerana satu malam.
Hakcipta Terpelihara (C) 2020
Bilangan patah perkataan: 72,000
Sering kali kita terdengar kisah-kisah cinta terlarang antara isteri orang dan suami orang diakhir zaman ini. Cinta itu memang indah, memabukkan, mengkhayalkan, membawa dua insan hanyut dalam kenikmatan belaian kasih dan sayang.
Tetapi, pernahkah kita menyelami hati dan jiwa mereka yang dicurangi? Kali ini kita bukan meraikan ikatan hati pasangan yang bercinta, tapi kita akan mengupas isi hati pasangan mereka yang terluka. Kesedihan mereka apabila kepercayaan dikhianati, kelukaan mereka tatkala cinta mereka dicurangi, kepiluan mereka tatkala teman hidup membawa diri.
Syafiq dan Delisa.
Adam dan Jasmina.
Dua pasangan suami-isteri muda yang sama cantik, sama padan, bagai pinang dibelah dua.
Tetapi apabila sebelah pinang terjumpa dengan potongan yang lebih sepadan dari apa yang sudah berada disisi, maka terbit perasaan untuk memiliki. Dari perasaan itu terbit pula rasa sayang. Dari sayang terbitnya cinta.
Indahnya perasaan bercinta. Indahnya perasaan disayangi. Indahnya seperti terbang di atas awan, meluncur bersama pelangi.
Kecuali... kepada pasangan yang telah ditinggalkan. Kerana mahar cinta itu dibayar dengan linangan air mata. Sayang yang diganti dengan luka dan duka.
Inilah kisah mereka.
Hati mereka yang terluka.
Hakcipta Terpelihara (C) 2021
Bilangan patah perkataan: 104,000
Syarifah Azrina adalah seorang pensyarah doktor falsafah jelita yang merupakan pakar dalam kajian oneirologi.
Dalam kajiannya mentafsirkan mimpi, beliau sendiri dihantui dengan bayangan seorang lelaki misteri. Seorang lelaki yang tidak kenali. Seorang lelaki yang tidak pernah ditemui. Tetapi di dalam bayangan tersebut, lelaki itu adalah pemilik cinta dan hatinya, kepunyaan jiwa batinnya, dan pemegang kunci nafsu syalwatnya.
Dalam dia berlumba mencari jawapan, Azrina akhirnya mendapati bahawa bayangan tersebut adalah sebenarnya firasat takdirnya. Dia melihat benda yang belum berlaku. Perkara yang belum terjadi. Peristiwa yang masih belum dilalui olehnya.
Tetapi firasat itu ada taruhannya. Satu taruhan yang sangat tinggi harganya.
Ini adalah kerana Azrina telahpun bersuami kepada seorang lelaki yang sempurna. Mereka hidup gembira bersama dua orang anak yang menceriakan rumahtangga mereka. Hidup mereka lengkap. Aman. Bahagia.
Hadirnya firasat tersebut bermaksud taruhannya ialah kemusnahan rumahtangganya sendiri.
Dapatkah Azrina melawan takdir?
Mampukah Azrina mengubah jalan hidup yang telah ditulis akan berlaku pada dirinya?
Ataupun, adakah Azrina akan tewas.
Tewas pada firasat cinta.
Hakcipta Terpelihara (C) 2022
Bilangan patah perkataan: 168,000
Diilhamkan dari sebuah cerpen pendek LIMA 99
Diceritakan semula oleh Seri Dewi
Disunting oleh bluduel
Berdasarkan dari sebuah kisah yang berlaku di Langkawi sewaktu pameran LIMA sekitar 1997 sehingga 2001, yang melibatkan percintaan terlarang diantara seorang wanita Melayu dan seorang juruterbang dari Amerika Syarikat.
Nama-nama dan gambar watak telah diubah, dan jalan cerita telah disensasikan untuk karya ini.
Hakcipta Terpelihara (C) 2024
Bilangan patah perkataan: 108,000
Trilogi Ariana Nazira
Kisah penyiasatan seorang pegawai polis wanita dalam mengharungi cabaran dan dugaan yang penuh disulami dengan nafsu, seks dan cinta.
ARIANA NAZIRA. Seorang pegawai polis yang muda, baru sahaja ditauliahkan dengan pangkat Detektif Inspektor di Jabatan Siasatan Jenayah, Polis DiRaja Malaysia. Ikuti liku-liku pegawai jelita ini dalam menangani kes pembunuhan beliau yang pertama. Kes yang melibatkan emosi dan perasaan, disulami dengan nafsu, seks dan cinta.
Berdasarkan dari karya asal ʻʻGerak Khasʼʼ oleh @bluduel
Telah diberikan nafas baru dan diceritakan semula dari kacamata @Seri-Dewi
Hakcipta Terpelihara (C) 2021
Bilangan patah perkataan: 108,000
Sindiket pengeluaran dadah Blue Angel semakin berleluasa. Tugas yang sepatutnya disandang oleh Inspektor Ariana Nazira terpaksa diganti oleh seorang anggota baru kerana Ariana yang bercuti bersalin setelah melahirkan anak pertamanya. Malangnya, anggota itu terkorban semasa menjalankan tugas.
Tekad dengan tanggung jawabnya terhadap bangsa dan negara, Ariana menyambung tugas perisikan undercover ke atas sindiket Blue Angel. Tugasan yang memerlukannya untuk melampau batas maruahnya sebagai seorang wanita, dan kesetiaannya sebagai seorang isteri diuji.
Keadaan menjadi semakin rumit apabila dalang sindiket itu diketuai oleh seorang lelaki Afrika bernama Jay – lelaki yang sama menyebabkan kedua-dua ibu-bapanya bercerai 20 tahun yang lalu. Ariana terpaksa berkongsi katil dengan lelaki yang pernah meniduri ibunya satu ketika dahulu…
Hakcipta Terpelihara (C) 2024
Bilangan patah perkataan: 140,000
Siri Pertukaran Cinta
Karya-karya berunsur hubungan luar tabii seperti bertukar isteri (wifeswap), perampasan (netorare), keghairahan melihat isteri dinodai (cuckold) dan isteri jalang (slutwife)
Aiman dan Haikal.
Dua sahabat baik sejak dari kecil. Rapat seperti adik beradik. Belajar bersama. Bermain bersama. Harungi segala suka dan duka.
Berkongsi segalanya.
Setelah 10 tahun berpisah, dua sahabat ini bertemu semula. Banyak sekali cerita hendak disampaikan. Banyak khabar berita suka dan duka dikongsi bersama.
Sehinggalah masalah disebalik kelambu yang melanda rumah tangga masing-masing juga diluahkan dari hati.
Sambil bergurau-senda menceritakan hal-hal rumahtangga masing-masing, satu cadangan yang tidak pernah difikirkan orang tiba-tiba diutarakan oleh Haikal kepada Aiman.
Mulanya ianya hanyalah sebuah sendaloka ringan. Cadangan nakal yang untuk modal gelak ketawa.
Tetapi setelah difikir secara dalam, cadangan tak terjangkau akal itu perlahan-lahan dirancang agar ianya menjadi realiti.
Satu perancangan yang bercanggah dengan ajaran agama.
Yang menjangkau sebarang etika dan moral.
Satu perancangan yang melibatkan isteri-isteri mereka.
Azura dan Humaira.
Satu perancangan yang akan mengubah kehidupan mereka buat selamanya.
Tukar
Hakcipta Terpelihara (C) 2024
Bilangan patah perkataan: 161,000