PENGENALAN
SERI ANJAL JAYA(SAJ) merupakan sebuah syarikat yang sangat komited untuk membuat anjakan paradigma dalam menjalankan perniagaan dalam sektor pembinaan, perkhidmatan dan mekanikal. Untuk makluman , SAJ telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) , Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)Gred G3 dan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM). SAJ percaya dengan izin Allah SWT serta kredibiliti dalam bidang perniagaan yang ada , ianya dapat menjamin SAJ untuk terus kekal berada di persada yang selayaknya dan akan terus berusaha dalam memperkasakan empayar perniagaan. Tambahan lagi, SAJ juga mempunyai pasukan kerja yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang. Sejajarnya dengan itu, SAJ berharap dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan syarikat-syarikat gah yang lain. Perniagaan yang bersaing secara sihat ini mampu menjadi syarikat sentiasa berdaya saing dan berusaha untuk mempertingkatkan lagi potensi supaya terus maju dan berjaya di masa akan datang.
VISI
SETIA , AMANAH, CEKAP , KEJAYAAN
MISI
DIBENTUK MENJADI SATU KETETAPAN DALAM MELAKSANAKAN AKTIVITI PERNIAGAAN UNTUK MENCAPAI MATLAMAT.