Tahniah diucapkan kepada pasukan kuiz, syarahan bahasa inggeris dan syarahan bahasa arab kerana berjaya mara ke peringkat negeri.
SUJUD TANDA SYUKUR
Alhamdulilah, selesai sudah Peperiksaan SPI yang melibatkan tahun 6. Sujud syukur yang dilakukan sebaik saja selesai peperiksaan. Semoga kejayaan mengiringi pelajar semua.
PENGLIBATAN PENGAKAP PERINGKAT KMY
Tahniah kepada semua peserta pengakap. Semoga semangat dan komitmen ini terus menyala dalam setiap langkah pelajar dan mendorong kepada kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang.
“Peringkat pertama dalam mencari ilmu adalah mendengarkan, kemudian diam dan mendengar dengan penuh perhatian, lalu menjaganya, lalu mengamalkannya dan kemudian menyebarkannya.”