Pakej Pantang Basic
Pakej Pantang Basic merupakan pakej 3 hari yang direka khas untuk merawat si ibu. Pakej ini adalah pilihan yang terbaik untuk memastikan keperluan si ibu mendapat rawatan badan yang selesa dan berkualiti.
Pakej Pantang Deluxe
Pakej Pantang Deluxe kami membekalkan rawatan lengkap untuk ibu selama 3, 5 dan 7 hari. Pakej ini menyediakan perkhidmatan rawatan seperti urutan, mandian herba, dan penjagaan kesihatan. Ini adalah pilihan yang sempurna bagi ibu yang ingin menikmati rawatan lengkap dalam tempoh pantang.
Pakej Pantang Premium
Pakej Pantang Premium kami membekalkan rawatan lengkap untuk ibu dan bayi selama 10, 14 dan 21 hari. Pakej ini adalah pilihan yang tepat untuk merawat si ibu serta bayi yang baru lahir mendapat penjagaan dan rawatan yang terbaik. Ia mengandungi pelbagai rawatan dan ubat tradisional untuk membantu menyuburkan dan menguatkan ibu dan bayi. Dengan Pakej Pantang Premium kami, anda boleh percaya bahawa tempoh selepas bersalin anda akan selesa dan bebas tekanan.
Pakej Pantang Luxury
Pakej Pantang Luxury kami menyediakan semua yang anda perlukan untuk tempoh pantang anda, termasuk perkhidmatan rawatan lengkap si ibu dan bayi serta masakan pantang sihat sepanjang tempoh rawatan 7, 10 dan 14 hari. Jadi, anda boleh yakin bahawa anda dan bayi anda akan mendapatkan khidmat rawatan yang lengkap sepanjang tempoh pantang anda.
Rawatan Penutup Pantang di Seri Lemuni memberikan kesegaran dan persediaan pada si ibu selepas selesai menjalani proses pemulihan dari berpantang dari segi menjaga pemakanan yang berkhasiat, penjagaan kesihatan, pemulihan fizikal, pengambilan produk kesihatan, bimbingan emosi, penyelarasan mental dan spiritual yang pasti memberi pengalaman yang berbeza bagi setiap ibu. Rawatan ini membantu ibu beri kesegaran dan aura baru untuk menghadapi dunia normal. Sokongan Seri Lemuni melengkapkan rawatan ini melalui bebrapa pilihan yang bersesuaian dengan keperluan si ibu.