Cikgu Muhammad Ajwad bin Ghali
Jawatan:
Pengasas program Physics-O-Therapy
Tahun Penubuhan Program:
2015
Latarbelakang:
Cikgu Ajwad merupakan pengasas Bengkel Fizik SPM yang dikenali sebagai Physics-O-Therapy, satu program yang membantu pelajar memahami konsep, hukum dan prinsip Fizik SPM secara santai dan interaktif.
Program ini telah membantu ribuan pelajar mencapai keputusan cemerlang dalam subjek Fizik.
Pendekatan Pengajaran:
Beliau menggunakan gaya bahasa yang mudah difahami serta mengintegrasikan teknologi dan permainan seperti kahoot dan plickers dalam sesi pengajaran.
Pengiktirafan & Media:
Pernah ditemu bual dalam program Potret Niaga (TV3) mengenai modul Physics-O-Therapy.
Pernah muncul dalam program MHI berkaitan teknologi "digital ink" dalam pengajaran.
Artikel beliau berkaitan tips skor Fizik SPM telah disiarkan dalam GPS Bestari dan Sinar Harian
Aktiviti & Jemputan:
Kerap dijemput oleh sekolah dan agensi luar untuk mengadakan bengkel dan seminar Fizik, antaranya bengkel percuma anjuran BAC freeschool