Apa itu TS25?

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti dengan mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Sekolah Kebangsaan Bagan Jermal merupakan salah sebuah sekolah yang melaksanakan program TS25 kohort 6 2021. TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui:

  1. Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.

  2. Disokong kepimpinan yang berkualiti / berwawasan.

  3. Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi.

  4. Komitmen komuniti yang padu.

Mesyuarat Majlis Ekonomi Bil. 2/2015 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 19 Januari 2015, telah meluluskan cadangan pelaksanaan TS25 KPM.

Objektif Program Transformasi Sekolah antara lain ialah:

1-Mengaplikasi konsep dan amalan PdP terbaik.

2-Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan.

3-Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan kemenjadian murid.

Berdasarkan kepada tiga objektif Program Transformasi Sekolah, maka KPM telah menetapkan tiga matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah di Malaysia pada tahun 2025, iaitu:

1-Memantapkan kepimpinan sekolah.

2-Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pembelajaran dan pengajaran.

3-Mengukuhkan pelibatan ibubapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid.

Matalamat Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul. Ia akan dicapai menerusi transformasi dalam lima teras yang berikut:

  1. Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.

  2. Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna.

  3. Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan.

  4. Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi.

  5. Komitmen komuniti yang padu.

Program TS25

3.pdf

Peta Konsep TS25

Scan2.pdf

(LIVE) BICARA PROFESIONAL KPM: Hala Tuju Dan Cabaran Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)