STUDIO SEKEP TV BERWAJAH BAHARU
STUDIO SEKEP TV telah dirasmikan oleh Tuan Haji Akram @ Amir bin Abdul Majid, Penolong Pengarah, Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu pada 1 Julai 2020.
Studio ini terletak di tingkat 3, Bangunan Blok D, Sk Paka.
Studio ini berfungsi sebagai tempat kru-kru menjalankan tugasan seperti untuk mengedit video, mengadakan rakaman yang menggunakan "Green Screen" dan juga dijadikan tempat untuk aktiviti-aktiviti rakaman video sekolah bagi pertandingan-pertandingan peringkat daerah, negeri dan lain-lain.