Berlaku pada 1 Rabiatulawal bersamaan 12 September 622 Masihi.
Hijrah berlaku secara rahsia dan berperingkat-peringkat.
Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah bersama Abu Bakar al-Siddiq selepas penghijrahan orang Islam yang lain.
Umar Al-Khattab berhijrah secara sendirian dan terang-terangan kerana keberaniannya
Orientalis Barat mentafsirkan hijrah sebagai tindakan melarikan diri.
Sarjana Islam menolak pandangan orientalis Barat dengan hujah:
HIJRAH HANYA DILAKUKAN SETELAH ADANYA JEMPUTAN ORANG ARAB MADINAH SELEPAS PERJANJIAN AQABAH KEDUA.
PENDUDUK MADINAH MENYAMBUT KEDATANGAN UMAT ISLAM DI MADINAH DENGAN RELA DAN MERIAH.
ORANG ISLAM MAKKAH DIBERIKAN TEMPAT TINGGAL DAN JAMINAN KESELAMATAN OLEH ORANG ARAB MADINAH.
SEMUA MASYARAKAT MADINAH MENERIMA PELANTIKAN NABI MUHAMMAD SAW SEBAGAI PEMIMPIN MADINAH.
Penghijrahan Nabi Muhammad SAW dilakukan setelah baginda berjaya melepaskan diri daripada kepungan pemuda Quraisy di kawasan rumah baginda.
Ali Bin Abu Talib menawarkan diri tidur di tempat baginda untuk mengelirukan orang Quraisy.
Nabi Muhammad SAW bersama Abu Bakar As-Siddiq telah bersembunyi di gua Thur sebelum meneruskan hijrah ke Madinah.
Perjalanan baginda dan Abu Bakar dipandu oleh Abdullah Bin Arqat.
🌼 Perintah Allah SWT supaya berhijrah ke Madinah.
🌼 Orang Arab Quraisy semakin meningkatkan ancaman dan penyiksaan terhadap umat Islam.
🌼 Penduduk Madinah menjemput Rasulullah untuk menyelesaikan konflik mereka.
🌼 Dakwah Nabi Muhammad SAW ditentang hebat.
🥨-pemulauan terhadap Bani Hashim dan Bani Mutalib serta pakatan membunuh Rasulullah SAW.