ASAS 50

(Angkatan Sasterawan 50)

Angkatan Sasterawan 50 telah ditubuhkan di Singapura pada 6 Ogos 1950.  Penubuhannya di Singapura adalah sangat strategik kerana selepas Perang Dunia Kedua, Singapura merupakan pusat bagi persuratkhabaran dan berbagai-bagai penerbitan. ASAS 50 merupakan singkatan kepada Angkatan Sasterawan 50. Persatuan ini dirancang oleh satu angkatan penulis generasi muda iaitu:

Tongkat Warrant

Keris Mas

A. Samad Ismail

Masuri S.N

Tujuan ASAS 50 :

Antaranya, mereka ingin mengembangkan dan memperluaskan bahasa dan kesusasteraan Melayu. Ahli-ahli ASAS 50 berganding bahu untuk memajukan dan meningkatkan pendidikan orang Melayu. Selain itu, penubuhan itu ditubuhkan untuk perjuangan orang Melayu mencapai kemerdekaan. Hal ini demikian kerana, menurut Ahmad Kamal Abdullah et al., (1990), mereka dikatakan sebagai wakil suara orang-orang Melayu yang ingin mencapai kemerdekaan daripad penjajah-penjajah iaitu orang Inggeris. Seterusnya, mereka ingin menjaga hak-hak para penulis dan pengarang. Bukan itu sahaja, mereka juga inign melaksanakan pembaharuan dalam bidang kesusasteraan.

Matlamat:

Sumbangan:

Peranan: