PENENTANGAN INDIVIDU
Gurchan Singh
Merupakan polis sebelum kedudukan Jepun
menyebarkan risalah dan propaganda menggunakan nama samaran "Lion of Malaya".
Risalah diedarkan secara teratur dan berkesan memberitahu penduduk fakta sebenar perang dan pendudukan tentera Jepun.
Menghadiri sidang akhbar tentera Jepun dengan menyamar sebagai wartawan.
Mendalangi sabotaj terhadap landasan kereta api yang menjejaskan pengangkutan tentera Jepun.
Ditangkap oleh Kempeitai setelah dikhianati, namun berjaya melarikan diri ke Burma sehingga perang tamat.
Sybil Kathigasu
Jururawat yang terkenal dengan keberanian dan kecekalan membantu mangsa perang dan gerila anti-Jepun di Perak.
Sybil dan suaminya Dr. Abdon Clement Kathigasu mengendalikan sebuah klinik di Ipoh sebelum perang sehingga kedatangan Jepun.
Semasa pendudukan Jepun, pasangan ini memberikan bantuan ubat-ubatan dan perkhidmatan perubatan kepada gerila anti-Jepun.
Sybil juga menyembunyikan radio dan berkongsi maklumat yang diperoleh daripada siaran radio British dengan gerila anti-Jepun.
Sybil dan suaminya ditangkap oleh tentera Jepun apabila kegiatan mereka terbongkar.
Semasa berada di dalam tahanan, suaminya mati diseksa tentera Jepun.
Setelah tentera Jepun menyerah kalah, Sybil dibebaskan dan diterbangkan ke Britain untuk menerima rawatan perubatan.
Sybil Kathigasu dianugerahi Pingat King George di Istana Buckingham oleh Raja George VI kerana keberaniannya semasa pendudukan Jepun dan merupakan wanita dari Tanah Melayu yang menerima anugerah tersebut.