Sempena Hari Sukan Negara 2026, Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB), Segamat dan Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) SRAB berkolaborasi dengan SWM Environment akan mengadakan SRAB Eco Green And Recycle (S.E.G.A.R) @ KITARecycle Fun Run yang bakal berlangsung pada 10 Oktober 2026 (Sabtu). Jarak larian adalah sebanyak 5 kilometer dan akan diadakan di Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB), Segamat.