Definisi Operasi / Definition Operation
Definisi Operasi / Definition Operation
Pelajar Antarabangsa = Enrolmen
Pelajar Mobiliti = Pelajar IPT luar negara yang menyertai program mobiliti konvensional dan Peserta yang menyertai pakej-pakej Edutourism yang di berdaftar dengan JPT
Program Mobiliti konvensional adalah programĀ akademikĀ yang dianjur dan dilaksanakan oleh IPT di Malaysia yang melibatkan pelajar antarabangsa yang berdaftar dengan IPT luar negara dan dihadiri secara bersemuka dan/atau secara dalam talian. Program Mobiliti boleh dilaksanakan secara berkredit atau tidak berkredit mengikut ketetapan IPT. Program ini boleh dilaksanakan secara jangka pendek iaitu dalam tempoh satu (1) hari atau minimum empat hingga lapan (4-8) jam secara kumulatif hingga tiga (3) bulan dan jangka panjang iaitu dalam tempoh melebihi tiga (3) bulan hingga dua belas (12) bulan.
Program Pelancongan Pendidikan atau Edutourism adalah satu program di bawah program Mobiliti yang ditakrifkan sebagai aktiviti pelancongan oleh seseorang (peserta) yang melakukan lawatan ke Malaysia di mana proses pendidikan dan pembelajaran di IPT Malaysia merupakan sumbangan terbesar dalam lawatan mereka. Program ini melibatkan kemasukan peserta (pelajar atau pelancong) yang bermalam sekurang-kurangnya semalaman di negara ini untuk mengikuti program Edutourism di IPT Malaysia dalam tempoh masa yang tidak kurang dari satu (1) hari atau lapan (8) jam hingga enam (6) bulan, dan melibatkan kemudahan pas imigresen.
Pas Imigresen:
Pas Lawatan Sosial - Pelajar atau bukan Pelajar
Pas Pelajar - Pelajar dari IPT Luar/Dalam Negara