" PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT "
" PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT "
Program Sekolah Dalam Hospital (PSDH) adalah satu program usaha sama antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Hospital-hospital Universiti di Malaysia.
SDH Ampang adalah salah satu daripada PSDH yang dibangunkan sebagai projek rintis pada Julai 2011 dengan kekuatan tiga (3) orang guru dan seorang Pembantu Pengurusan Murid (PPPM). Sehingga kini PSDH Ampang mempunyai empat (4) orang guru dan seorang PPM.
Program SDH bertujuan menyediakan pusat pembelajaran yang kondusif bagi murid yang sedang menerima rawatan di hospital bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran.