PENGENALAN
PENGENALAN
Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan agensi yang penting di dalam institusi sekolah yang menyediakan pelbagai bahan, khidmatdan kemudahan pengajaran-pembelajaran.
Oleh yang demikian,Pusat Sumber yang diwujudkan di semua sekolah memerlukan pengurusan yang cekap dan sistematik. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) pula menekankan penggunaan Pusat Sumber dalam proses pengajaran-pembelajaran.
Oleh itu, pembentukan Pusat Sumber yang sistematik dan berkesan adalah dengan tenaga
dan daya usaha semua guru, tidak hanya dipikul oleh penyelaras dan guru PSS sahaja.
Semua guru adalah bertanggungjawab dalam menjayakan PSS sebagai pusat ilmu.
Guru-guru dan pelajar perlu peka tentang peraturan yang sedia ada. Peraturan yang disediakan bukan menyekat penggunaan unit-unit bilik dan peralatan dalam PSS tetapi sebagai panduan supaya PSS sentiasa terjaga dan terurus dengan baik. Situasi yang sedemikian secara tidak sedar akan memberikan motivasi kepada semua penghuni SK Felda Jengka 16 untuk penggunaan PSS secara optimum