Sambungan ebook Sera yang FYP dkt Tiktok. Bismillah. Hari ni Sera buka PRE ORDER ebook KASH LILA (The untold story behind ebook Bahagia yang dinodai + Sekuel ebook Bahagia yang dinodai)
Remember there is always two sides to every story...
And this is The Untold Story behind Bahagia yang Dinodai...
••••••
SPECIAL Sneak Peek
KASHAH
NAMA penuh aku Kashah bin Ismail. Mama dan papa aku sudah meninggal dunia sejak aku kecil lagi. Tapi aku bersyukur kerana aku dan satu-satunya kakak yang aku ada, Kaseh dijaga baik daripada kecil oleh nenek dan atuk kami belah arwah papa kami. Arwah mama aku pula memang anak yatim piatu.
Walaupun keluarga aku bukanlah kaya raya tapi alhamdulillah memang kami daripada keturunan yang senang dan ada syarikat sendiri.
Menginjak dewasa. Nenek dan atuk juga pergi menghadap Ilahi. Tinggallah aku berdua bersama Kaseh, kakakku yang sangat penyayang dan sentiasa ambil berat tentang diriku walaupun aku sudah besar panjang.
Kini, aku sudah memiliki klinik gigi sendiri walaupun Kaseh sentiasa memujuk aku agar bersama-sama menguruskan legasi syarikat keluarga kami.
Aku lebih selesa menjadi seorang doktor gigi dan aku percaya Kaseh dan Anuar lebih layak menguruskan syarikat keluarga kami.
Cinta? Perkahwinan?
Aku rasa tak perlu untuk aku bercerita panjang tentang cinta sebab semua yang pernah baca kisah aku yang lepas tahu aku ni seorang pencinta yang gagal dan lemah.
Aku lakukan sesuatu yang sangat bodoh kerana cinta. Tapi aku tetap bersyukur kerana kesilapan yang aku lakukan aku bersatu dengan wanita yang sebenar-benarnya pemilik hatiku.
Allah SWT sudah susun elok-elok aturan takdir-Nya tanpa aku sedar. Lalila, memang ditakdirkan untuk diriku. Bukan Lalisa.
Malangnya, aku gagal menjadi suami yang baik. Juga gagal melindungi isteri dan anakku sendiri.
Aku hancur saat wanita yang aku cintai hancur kerana khilafku.
Hatiku ditikam lumat melihat kesengsaraan belahan jiwaku tika dia tekad untuk meninggalkan diriku sehingga tergamak menikam dirinya sendiri kerana dosaku mengabaikan perasaannya selama ini.
Aku rebah ke bumi saat aku tahu pemilik takhta hatiku cukup membenci diriku.
Nyawaku bagaikan direntap pergi setelah terlerainya ikatan suci kami.
Aku akui.
Aku ini lelaki yang bodoh dan kejam kerana melakukan kesilapan yang sama sehingga menghancurkan kebahagiaan rumah tangga aku buat kali yang kedua.
Dan, ini kisah bagaimana aku hendak menebus semua salah dan dosaku terhadap wanita yang aku cintai kerana menodai bahagia yang telah aku janjikan kepada dia sebelum ini.
Layakkah aku mendapat peluang untuk kali ketiga?
Kalian nilai sendiri dengan membaca kisah ini sampai ke garisan penamat kerana di akhir nanti kalian akan tahu jawapannya mengikut kata hati tanpa sangsi.
•••••
TEASER 1 ebook Pre Order #KashLila (Sekuel Bahagia yang Dinodai)
Kash memandang wajah pucat Lila dengan dada yang terasa bagai hendak pecah dek sebak yang menguasai diri.
Tangan digenggam sekuat hati, cuba bertahan daripada mengeluarkan sebarang esak tangisan berlagu pilu.
“Abang...please?” Lila memohon dengan bibir yang bergetar.
Kash laju menggeleng.
“Tolonglah abang...tunaikan permintaan sayang ni ya?” Lila semakin lirih memujuk rayu.
“Sayang nyawa abang. Tak mungkin abang akan tunaikan permintaan sayang ni. Jangan seksa abang macam ni sayang...”
Kash memegang dadanya yang terasa makin sakit. Pandangan jatuh menekur lantai hospital.
“Sampai hati abang.”
“Abang betul-betul tak mampu sayang.”
“Kalau abang betul-betul cintakan sayang. Buktikan...” Lila berbicara dengan linangan air mata. Kash terus panggung kepala.
“Kalau tak sayang anggap yang selama ni abang tak pernah cintakan sayang.”
“Ya Allah, Sayang...” Kash semakin lirih kala melihat air mata membasahi wajah pucat isterinya. Hatinya semakin hancur.
“Ini permintaan terakhir sayang sebagai isteri abang. Tolong ya abang?”
Kash tidak mampu bertahan lagi. Dia terus meluru dan kemudian memeluk tubuh isterinya.
“Abang tak nak sayang. Abang tak mampu. Tak kuat nak hadapi semua ni.”
“Abang boleh. Sayang percaya abang mampu. Suami sayang kan kuat.” Lila menggosok-gosok belakang badan suaminya.
Kash sudah teresak-esak. Dia sudah tidak mampu berpura-pura kuat lagi.
“Sayang cintakan abang sampai akhir nafas sayang. I love you so much abang.”
Kash leraikan pelukan mereka, tangan naik merengkuh lembut dagu isterinya.
“Sayang pun tahu yang abang terlalu cintakan sayang kan?”
Lila laju menggeleng dengan deraian air mata.
“Tak, selagi abang tak buktikan dekat sayang dengan tunaikan permintaan sayang.”
Jatuh melorot tangan Kash yang memaut dagu Lila.
“Sayang merayu dengan abang.”
Kash kembali memeluk Lila dan suara tangisannya semakin kuat bergema memenuhi segenap ruang wad peribadi Lila.
.................
Ebook KASH LILA tentang The Untold Story Behind Ebook Bahagia yang Dinodai juga ada Sekuel ebook Bahagia yang dinodai.
Ini adalah pengakhiran kisah cinta KASH LILA. Inilah penamatnya. Jangan ketinggalan untuk ketahui kesinambungan yang pastinya membuai jiwa raga dengan menempah Pre order single KASH LILA atau dapatkan KOMBO BYD.
••Pre order Single Ebook KASH LILA edaran fail pada 18 & 19 Nov 2023••
••Belian KOMBO BYD (ebook BYD + ebook KASH LILA) ebook BYD akan dihantar dlm tempoh 24 jam selepas payment. Kemudian ebook KASH LILA akan diedarkan pada 18 & 19 Nov 2023••
Boleh beli samada melalui Sera atau trusted DS ya. Thank you semua
“Kash dah cuba kak. Puas Kash berdoa siang dan malam supaya hati ni jadi milik Lila. Tapi tak mampu bila hati ni masih milik Lisa.” -KASHAH-
Lila sudah terbiasa menjadi pilihan kedua mak. Alongnya, Lisa anak yang mak banggakan sedangkan Lila hanyalah anak yang selalu salah di mata mak. Tapi kisah hidup Lila yang tragis seakan-akan menemui cahaya kebahagiaan bila crush Lila merangkap kawan baik Lisa, tiba-tiba melamar Lila.
Lila baru nak merasa erti bahagia bila berkahwin dengan Kashah. Tapi rasa bahagianya telah dinodai dalam sekelip mata bila kebenaran terbentang di depan mata. Dia hanya dijadikan alat untuk suaminya berada dekat dengan kakak kandungnya sendiri kerana suaminya selama ini mencintai Lisa secara rahsia.
“Awak pilih. Ceraikan saya ataupun rahsia awak cintakan Lisa selama ni akan terbongkar.” -LILA-
Lila tekad untuk berpisah. Buat apa bersama jika suaminya tidak pernah cintakan dirinya selama ini. Tapi kehadiran penghuni dalam rahimnya buat Lila berbelah-bagi apatah lagi Kash sentiasa memujuk rayu dirinya.
“Abang berdosa dengan Lila. Berikan abang peluang untuk tebus semua salah abang. Sumpah demi Allah, abang janji akan bahagiakan Lila dengan anak kita.” -KASHAH-
Berharap untuk terus bahagia namun tragedi yang meragut nyawa suami Lisa meranapkan seluruh impian keluarga bahagia Lila bila perhatian Kash mula beralih arah kepada Lisa kembali.
“Memang selama-lamanya saya akan tetap jadi pilihan kedua awak kan Kash? Sebab saya Lila bukan Lisa.” -LILA-
“Jangan biarkan rasa cemburu kuasai diri Lila. Abang tolong Lisa hanya sebagai seorang kawan baik dan adik ipar. Tak lebih daripada tu. Tolonglah jangan nak paranoid.” -KASHAH-
“Awak tamak Kash. Kami adik-beradik kami tak boleh bermadu jadi ceraikan saya Kash...saya doakan awak akan bahagia dengan Lisa. Kejarlah cinta yang awak dambakan sangat tu sampai awak sanggup nodai ikatan perkahwinan kita yang suci sejak awal lagi.” -LILA-
Kash pula bagaimana? Benarkah Lisa sentiasa menjadi pilihannya?
Akan bahagiakah Lila jika kekal bersama Kash bila rasa bahagianya sudah dinodai?
Lalu pilihan apa yang Lila ada? Bertahan untuk terus disakiti ataupun berlalu pergi untuk melupakan segala rasa sakit? Tapi yang pasti Lila tidak ingin menjadi pilihan kedua.
Rungkai semua jawapan dalam naskah digital BAHAGIA YANG DINODAI.
Syed Aus Zulkarnain menerima kejutan yang tidak disangka-sangka pada malam ulang tahun kelima perkahwinannya bersama sang dewi hatinya, Haisha Sofea. Dia yang memang cinta mati pada isterinya cuba menyelamatkan mahligai perkahwinan yang mereka bina atas dasar cinta walaupun tidak mendapat restu dari bondanya.
“Kamu tahu kenapa sampai sekarang kamu belum mengandung Haisha? Sebab aku ni tiap-tiap hari berdoa yang perkahwinan Aus dengan kamu takkan pernah bahagia dan masa aku pergi umrah hari tu aku berdoa depan Kaabah supaya keturunan aku tak lahir dari rahim perempuan yang tak ada keturunan macam kamu. Aku tak rela kamu lahirkan cucu aku.” -Bonda-
Namun takdir punya cerita yang berbeza bila Haisha ditangkap khalwat bersama Ghazi. Kemelut rumah tangga Aus dan Haisha makin dilanda Tsunami.
Aus cuba bertahan namun bila isterinya makin mendesak dia akhirnya buat satu keputusan gila. Entah demi dendam ataupun sekadar ingin menguji rahsia hati sebenar isterinya.
“Kalau Aus tak mampu bahagiakan you, I akan sentiasa ada untuk you Isha.” -Ghazi-
“Syu janji akan jadi isteri yang baik untuk Abang Aus, terima kasih sebab sudi terima Syu.” – Sharifah Syuzana-
Siapa agaknya yang akan lebih terluka meniti hari perpisahan mereka? Aus ataupun Haisha?
Atau mungkin sudah tertulis yang sebenarnya jodoh Aus bersama Syu dan jodoh Haisha bersama Ghazi.
Dapatkan naskah digital BUKAN SANG DEWI untuk semua jawapan pengakhiran kisah yang penuh debaran ini.
“Kau bunuh anak kita Fi, kau pembunuh Fi!” -Hikael-
Kebahagiaan rumah tangga yang dibina oleh Hikael dan Elfiyah selama lima tahun musnah dalam sekelip mata bila permata hati mereka, Ernie meninggal kerana kecuaian Elfiyah. Hikael menyalahkan isterinya atas apa yang terjadi.
“Biarlah walau satu dunia pun salahkan Fi, sungguh Fi tak kisah asalkan bukan abang.” -Elfiyah-
“Fi cakap dengan abang sekarang ni Fi macam mana abang nak pandang pembunuh anak abang? Pandang Fi pun abang tak boleh apatah lagi nak sentuh Fi.” -Hikael-
Setelah ketiadaan Ernie, hidup Elfiyah bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga. Belum hilang lagi kesedihan kematian anak dan disalahkan oleh semua pihak, suami pula menghukum dirinya dengan mula bermain kayu tiga. Mertua juga kian membenci.
“Tapi abang dah janji dengan Fi yang abang akan bahagiakan Fi? Abang janji yang abang takkan mungkiri janji abang. Abang tak lupakan bang?” -Elfiyah-
“Tu dulu sebelum anak abang mati. Ini hukuman untuk Fi sebab bunuh anak abang dan bunuh impian abang untuk memiliki Heritage.” -Hikael-
“Kalau Fi boleh gantikan tempat Ernie, Fi dah lama buat abang tapi Fi ni manusia biasa takkan mampu ubah takdir. Abang bunuh Fi kalau tu boleh puaskan hati abang. Fi lagi rela mati dari suami Fi sendiri bencikan Fi. Bunuh la Fi dari abang terus hukum dan seksa Fi macam ni....” -Elfiyah-
Ketabahan Elfiyah kian goyah bila suaminya makin hanyut bermain cinta sehingga ditangkap sedang berada di dalam bilik hotel bersama kekasih hati pada suatu malam. Terlalu kecewa Elfiyah ingin undurkan diri tapi malam itu juga satu tragedi telah mengubah segala-galanya.
“Aku akan tuntut fasakh, bukti kau curang ada. Aku yakin aku akan menang. Aku sanggup taruhkan nyawa aku untuk bercerai dengan lelaki keji macam kau!”-Elfiyah-
Elfiyah hilang semua memorinya. Hikael sedaya upaya ingin Elfiyah ingat semuanya tentang kisah lalu mereka.
“Betul ke dulu kita bahagia? Kalau betul, kenapa sampai sekarang Fi masih tak ingat memori kita? Dah macam-macam kita buat sama-sama tapi Fi tetap tak ingat satu pun tentang abang dan perkahwinan kita.”-Elfiyah-
Dan apa akan jadi bila memori Elfiyah kembali? Mahukah Elfiyah menerima kembali Hikael yang telah memungkiri janji?
“Abang akan pastikan Fi ingat semua tentang kita walau apa-apa pun yang jadi. Fi cuma hilang memori Fi tapi hati Fi masih sama, hanya untuk abang selama-lamanya.” -Hikael-
Benarkah Hikael sudah memaafkan Elfiyah atas kematian anak mereka? Atau sebenarnya dia masih belum puas menghukum isterinya?
Apakah kesudahan rumah tangga Hikael dan Elfiyah? Hikael atau Elfiyah yang akan menolak bahagia pada akhirnya?
Adakah lagi peluang untuk mereka kembali bahagia setelah bahagia dimungkiri? Ketahui semua jawapan dalam Ebook Kau Mungkir Bahagia.
Hanya kerana kata-kata yang pernah dilemparkan sewaktu menjadi seorang guru ganti, hidup Hara Ain sepuluh tahun kemudian berantakan kerana dendam yang disimpan rapi di dalam hati Luth Mikail.
“Saya bersumpah yang cikgu akan jadi isteri saya satu hari nanti, simpan kata-kata saya ni dalam memori cikgu buat selama-lamanya sebab satu hari nanti saya akan datang untuk lafazkan akad nikah kita.” -Luth Mikail-
"Luth Mikail, bodohkan saya tak ingat awaklah budak lelaki setan tu. Awak tak pernah berubah, tetap setan!” -Hara Ain-
Perkahwinan yang dibina berpaksikan dendam dan sebuah pertaruhan hampir meragut nyawa Hara. Namun umurnya masih panjang cuma dia kehilangan semua memorinya.
Luth terpaksa melakukan penipuan demi penipuan untuk menutup semua yang telah berlaku dan berpura-pura menjadi suami paling sempurna di mata Hara.
"Awak memang dah berjaya bodohkan saya tapi jangan risau mulai detik saya tahu semua kebenaran ni nama awak, saya dah keluarkan dari hati saya. Awak menang Luth Mikail tapi awak takkan pernah dapat hati saya kembali, sampai bila-bila pun.”
Bila semuanya bermula dengan dendam dan penipuan, mampukah Hara bahagia bersama Luth bila memori berdarahnya kembali?
“Luth majlis kita tinggal beberapa bulan je lagi. Yuha tahu minggu depan kita pergi cari barang hantaran sama-sama.” -Yuhada-
Siapa pula Yuhada dalam hati Luth? Dan Benarkah Luth ikhlas bersama Hara atau sebenarnya dia masih ada misi yang belum selesai kerana pertaruhannya bersama Hafidz?
“Aku Luth Mikail la Hafidz, pernah kau tengok aku kalah?”
Dapatkan semua jawapan dalam Ebook My Lovely Cikgu Hara.
Mereka dari dua dunia yang berbeza tapi Fayat Idraki tidak pernah kisah tentang semua itu, baginya Hanina memang ditakdirkan untuk menjadi isterinya. Satu Syawal dipilih untuk menjadi hari bahagia mereka. Tika cinta sedang menggebu di dalam mahligai perkahwinan yang bahagia, Hanina tiba-tiba pergi meninggalkan Fayat.
Satu Syawal bagi Fayat tidak istimewa lagi. Selama enam tahun Fayat hilangkan diri ke luar negara setiap kali Syawal menjelma. Dia benci satu Syawal kerana mengingatkan dirinya pada Hanina dan hari pernikahan mereka dulu.
Selepas enam tahun menghilang. Hanina muncul kembali demi menyelamatkan nyawa Inayat, anak mereka.
Fayat Idraki yang tersakiti kerana ditinggalkan oleh sang isteri yang lari kerana curang dengan pekerjanya sendiri menjadi manusia kejam. Rasa bencinya terhadap Hanina menjadi duri yang mencucuk-cucuk hatinya.
Demi melunaskan rasa dendam Fayat bersetuju untuk menghulurkan bantuan buat Inayat tapi Fayat letakkan syarat-syarat untuk Hanina penuhi demi kepuasan hatinya.
Apakah syarat-syarat yang Fayat inginkan?
Mampukah pertemuan Fayat dan Hanina menyelamatkan nyawa Inayat?
Mampukah Satu Syawal kali ini istimewa buat Inayat?
Ketahui semua jawapan dalam Ebook Syawal Teristimewa buat Inayat.
Dalam dunia ni mana ada orang yang rela hati nak berkahwin dengan lelaki homoseksual bila dah sah-sah tahu yang lelaki tu memang seorang gay dari sebelum kahwin lagi! Gila ke apa?
Tapi berlainan pula dengan kisah Yumi Hamra dan Karl Zhen ini.
Yumi yang menempah derita ataupun Zhen sememangnya bahagia yang dicari-cari selama ini?
Kalau Yumi tidak tahu siapa Zhen yang sebenarnya, mungkin dia akan gembira untuk berjodohan dengan crush sewaktu zaman remajanya dulu memandangkan dia pun memang masih solo lagi.
Tapi, hatinya jadi galau bila mengenangkan Zhen yang sudah bernafsu songsang, entah di mana silapnya lelaki yang pernah dia minati dulu boleh tersasar jauh.
Tapi apakan daya seorang Yumi bila takdir telah tertulis yang Zhen adalah jodohnya.
Mereka bukannya kahwin kontrak mahupun kahwin kerana terpaksa. Dua-dua sama rela.
Sangkanya dia mampu bertahan dalam perkahwinan tanpa belaian seorang suami tapi layanan hangat dan sifat Zhen yang sangat penyayang buat dirinya dihimpit rasa ingin memiliki suaminya sepenuhnya, rasa ragu-ragu dibuang demi rasa bahagia yang bertandang.
Dia jadi seakan lupa hakikat siapa suaminya yang sebenarnya.
Saat cinta sedang mekar dan diulit bahagia. Kisah gay Zhen kembali menjadi mimpi ngeri Yumi. Zhen yang sesuatu atau Yumi yang ada trust issues?
Bila Satu demi satu bukti terpampang jelas di depan mata. Yumi kian keliru untuk lebih percayakan kata-kata Zhen mahupun bukti yang sudah terang lagi bersuluh akan hakikat sebenar.
Apakah ertinya cinta bila tiada lagi rasa percaya dan apakah akan ada lagi bahagia buat Yumi dan Zhen bila rasa jijik mula menghuni hati Yumi setiap kali menatap wajah dan menerima sentuhan dari Zhen?
Semuanya bakal terjawab dalam kisah YUMI ZHEN.
Malam pertama yang sepatutnya dilalui dengan penuh debaran. Bertukar menjadi malam yang sangat menyedihkan buat Nuryn Aulia bila dia mengetahui sebab sebenarnya Haydeen menikahi dirinya. Kerana terlalu terluka, Ryn melarikan diri sehelai sepinggang pada malam pertama mereka.
“Jadi selama ni Tuan Haydeen berdendam dengan saya sebab dia?” -Ryn-
Manipulasi dan pujukan Haydeen berjaya meruntuhkan kerasnya hati Ryn yang sudah berpatah arang berkerat rotan untuk bercerai kerana ditipu selama ini.
“Tapi percayalah yang Deen dah lama lupakan semua dendam sebab hati Deen memang dah jatuh cinta dengan Ryn sejak pertama kali kita berjumpa lagi. Deen tak mampu bencikan Ryn malah Deen makin cintakan Ryn hari-hari tanpa jemu.” -Haydeen-
Mereka bahagia bersama selepas semua persoalan terungkai namun sekali lagi mahligai perkahwinan mereka diuji bila wanita yang pernah menjadi penyebab Haydeen berdendam dengan Ryn sedar daripada koma.
“Ryn, Deen janji akan cari Ryn nanti. Cuma berikan Deen sikit masa. Dia perlukan Deen sekarang ni.” -Haydeen-
Haydeen minta diberikan masa, Ryn cuba memahami. Hari demi Hari Ryn menantikan kepulangan sang suami. Namun bulan berganti bulan Haydeen masih menghilang tanpa khabar berita.
Ryn bagaikan digantung tidak bertali sehinggalah Ryn berjaya menjejaki suaminya di lapangan terbang. Suaminya ingin meninggalkan Malaysia bersama wanita itu!
“Deen, Ryn mengandungkan anak kita. Tolong jangan pergi. Ryn perlukan Deen.” -Ryn-
“Ryn, Deen terpaksa pergi. Maafkan Deen tapi dia lebih perlukan Deen.” -Haydeen-
“Sebaik sahaja awak tinggalkan bumi Malaysia. Saya akan anggap awak dah mati dan awak takkan ada apa-apa hak terhadap anak yang saya kandungkan ni sampai bila-bila pun.” -Ryn-
Hancur hati Ryn bila Haydeen tetap pergi meninggalkan dirinya walaupun sudah tahu yang dia sedang mengandung. Malah amaran yang diberikan pun tidak memberikan sebarang kesan buat Haydeen.
Ternyata Haydeen tidak memilih dirinya dan anak mereka.
Bulan berganti bulan. Ketika Ryn sedang sarat dan menanti hari untuk melahirkan anak mereka. Haydeen kembali ingin menagih cinta sang isteri namun hati Ryn sudah tertutup rapat buat suaminya.
“Tapi Deen papa Rayden. Hak Deen untuk azankan anak kita. Tolonglah Ryn jangan hukum Deen sampai macam ni sekali.” -Haydeen-
“Kalau saya kejam. Saya takkan izinkan awak untuk saksikan dia lahir tadi walaupun sebenarnya awak langsung tak layak dan tak ada hak lepas apa yang awak dah buat dekat kami selama ni. Athar yang sentiasa ada dengan saya bukan awak.”
Apakah pengakhiran kisah cinta mereka?
Benarkah cinta Haydeen umpama racun buat Ryn?
“Cinta awak umpama racun. Bersama awak hanya akan buat saya mati. Tolonglah mudahkan urusan penceraian kita sebab bagi saya awak dah mati sejak awak pilih untuk tinggalkan saya demi dia.” -Ryn-
Siapa sebenarnya perempuan yang sentiasa menjadi pilihan Haydeen berbanding Ryn?
Siapa pula pilihan Ryn pada akhirnya.
Haydeen ataupun Athar?
Ketahui semua jawapannya dalam naskah digital Racun Cinta Tuan Haydeen.