TARI CANDA KIRANA
Saratok Dancer
Saratok Dancer
Menjadi sebuah kumpulan tarian yang kreatif, terbaik dan melahirkan insan yang berbakat dan cemerlang dalam pembentukan teras jati diri bagi meneruskan kesenian, kebudayaan warisan Sarawak.
Mengilap bakat seni dalam kalangan remaja sehingga cemerlang dalam bidang tari.
Mencipta karya-karya tari yang berdaya saing yang tinggi dari segi nilai tradisi.
Memperkasakan sahsiah dan jati diri bagi meneruskan aktiviti berkumpulan dalam bidang tari.
Meningkatkan kreativiti dan inovasi dalam diri para penari.
Memperkenalkan seni budaya kepada masyarakat untuk mendalami tradisi melalui seni tari.
Menjaga dan memulihara nilai estetika seni tari dan kebudayaan pelbagai kaum di sarawak.
Figura manusia melambangkan moden dalam meningkatkan kreativiti dan inovasi dalam diri para penari dalam menjaga nilai estetika dalam bidang tari.
Tulisan TARI CANDA KIRANA (SARATOK DANCER) adalah nama kumpulan tarian dan warna hitam melambangkan para penari yang bertanggungjawab dalam meneruskan kesinambungan kesenian dan kebudayaan tempatan.
"TARI LAMBANG KEINDAHAN BANGSA"
TARI CANDA KIRANA (SARATOK DANCER)
TARI CANDA KIRANA ditubuhkan pada tahun 2015. TARI CANCA KIRANA ini diketuai oleh Encik Ibrahim Bin Bujang sekaligus koreografer utama kumpulan ini.
Nama TARI CANDA KIRANA ini dipilih dari perkataan CANDA yang membawa maksud "Kelakuan" atau "Gurauan" manakala perkataan KIRANA pula membawa maksud "Cantik" atau Indah".
Proses pembentukan kumpulan Tari Canda Kirana ini boleh diibaratkan seperti butir mutiara di dalam lumpur yang harus melalui proses yang panjang dan begitu juga bakat yang ada didalamnya yang belum ditemui dan perlu diasah untuk menghasilkan sebutir mutiara yang berkualiti tinggi.