Perbandingan Jarak Planet dalam Sistem Suria dari Matahari


Unit astronomi (A.U.) ialah jarak purata di antara Bumi dengan Matahari, iaitu kira-kira 93 juta batu atau 150 juta kilometer.

1 A.U. = 1.5 x 10^8 km


Tahun cahaya adalah jarak yang ditempuh cahaya dalam masa setahun. Cahaya bergerak pada halaju 300 000 km setiap saat. Maka, cahaya boleh bergerak sejauh 9.5 × 10^12 kilometer dalam setahun.

1 tahun cahaya = 9.5 × 10^12 km