Sel merupakan unit asas yang membina semua benda hidup. Ia menjalankan semua fungsi hidup seperti pertumbuhan, respirasi dan perkumuhan
Sel dibahagikan kepada dua jenis iaitu :
Sel Haiwan
Sel Tumbuhan
Sel Haiwan
Sel haiwan mempunyai nukleus, sitoplasma, membran sel dan mitokondria )
Sel Tumbuhan
Sel tumbuhan mempunyai nukleus, sitoplasma, membran sel, mitokondria, kloroplas, vakuol dan dinding sel
Organisma Unisel ialah organisma yang mempunyai satu sel sahaja.
Contoh:- Paramecium, Chlamydomonas, Euglena & Amoeba
Paramecium (atas) Chlamydomonas (bawah)
Euglena
Organisma Multisel ialah organisma yang terdiri lebih daripada satu sel.
Contoh:- Hydra, Spirogyra, Mucor, kucing & manusia
Hydra
Kucing
Spirogyra
Mucor
Sel Khusus ialah sel yang telah membeza dan disesuaikan untuk melaksanakan fungsi khusus.
Contoh :
Sel epitelium - Membentuk lapisan yang melindungi organ badan. Sel ini juga merembeskan mukus.
Sel otot - Sel otot yang mengecut dan mengendur dapat menyebabkan pergerakan.
Sel saraf - Mempunyai gentian panjang yang berperanan untuk membawa maklumat dalam bentuk impuls ke seluruh badan.
Sel darah putih - Berubah bentuknya untuk mengelilingi partikel asing dan memusnahkannya.
Sel epidermis - Berfungsi untuk mengurangkan kehilangan air, membolehkan pertukaran gas dan penyerapan air dan nutrien.
Sel palisad - Mengandungi klorofil untuk menyerap cahaya dan menjalankan proses fotosintesis.
Sel pengawal - Stoma merupakan liang seni di antara sepasang sel yang disebut sel pengawal.
Organisasi Sel bermula dengan sel -> tisu -> organ -> sistem -> Organisma Multisel
Terdapat pelbagai sistem yang menjalankan fungsi utama dalam badan manusia. Antaranya ialah: -
Sistem peredaran darah - Mengangkut oksigen, nutrien dan hormon yang diperlukan ke semua bahagian badan.
Sistem respirasi - Mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida dari sel dalam badan.
Sistem pencernaan - Memecahkan bahan makanan kompleks kepada yang lebih ringkas untuk membolehkan penyerapan oleh badan.
Sistem perkumuhan - Menyingkirkan bahan buangan yang berlebihan daripada badan.
Sistem integumen - Melindungi badan daripada kekeringan dan mengawal suhu badan.
Sistem otot - Membantu pergerakan badan dan organ dalaman.
Sistem rangka - Menyokong badan dan melindungi organ dalaman seperti peparu dan hati.
Sistem limfa - Mengalirkan bendalir limfa ke dalam saluran darah untuk mempertahankan badan daripada jangkitan bakteria, virus dan lain-lain.
Sistem saraf - Membawa maklumat dari otak ke seluruh badan dalam bentuk impuls.
Sistem endokrin - Menghasilkan hormon untuk menyelaraskan tindak balas dalam badan.
Sistem pembiakan - Menghasilkan sperma dan ovum untuk pembentukan zuriat.
Respirasi terbahagi kepada respirasi luar (pernafasan) dan respirasi dalam (respirasi sel).
Pernafasan merupakan pertukaran gas antara organisma dengan persekitarannya manakala respirasi sel pula ialah proses pengoksidaan dan penguraian glukosa yang berlaku didalam sel hidup untuk membebaskan tenaga.
Respirasi sel memerlukan oksigen dan glukosa untuk menghasilkan tenaga, karbon dioksida dan air.
Fotosintesis ialah proses tumbuhan hujau mensintesis makanan sendiri. Ia memerlukan cahaya matahari, karbon dioksida, air dan klorofil untuk menghasilkan Glukosa & oksigen