Safana Bekam mula beroperasi secara rasmi pada 2019. Ditubuhkan oleh pasangan suami isteri, Muhammad Sabaruddin dan Nurfauza Jali. Safana Bekam menyediakan perkhdimatan bekam kepada semua agar pelanggan kembali sihat seperti sebelumnya.
Sejarah bermula setelah kami hampir putus asa untuk merawat Nurfauza Jali yang sering mengalami gastrik disebabkan oleh Helicobacter pylori (H.pylori). Gastrik berkenaan menyebabkan migrain yang sangat kronik setiap bulan. Meskipun telah menjalani pelbagai rawatan moden dan konsultasi doktor pakar, kesengsaraan beliau masih lagi sama.
Ditakdirkan, kami menemui booth bekam setelah pulang daripada hospital. Selepas merasai pengalaman bekam buat pertama kalinya, keadaan beliau beransur pulih. Allah sahaja yang mengetahui kegembiraan kami.
Rasulullah SAW pernah berbekam dan Baginda bersabda:
خَيْرُ مَا تَدَاوَيْتُمْ بِهِ الْحِجَامَةُ
Maksudnya: “Sebaik-baik pengubatan yang kalian gunakan adalah bekam.”[2]
Kelegaan kesan bekam hanya bertahan 6 bulan. Pada ketika itu kos bekam sangatlah mahal di Sarawak. Ditambahkan pula amat sukar mencari perawat bekam wanita dan bersih.
Rentetan daripada itu, ia memberi semangat kepada kami untuk mempelajari rawatan bekam. Kami mula berlajar ilmu bekam kering. Setelah mempunyai keyakinan, kami tambahkan ilmu dengan mempelajari bekam basah secara intensif dengan tenaga pengajar bertauliah, Tuan Haji Ismail dari Bekam Tawakal di Rawang, Selangor.
Alhamdulillah, ilmu dipelajari dimanfaatkan untuk keluarga besar kami di Selangor dan Sarawak. Atas manfaat perubatan TCM yang dialami keluarga dan rakan sekeliling, maka wujudlah Safana Bekam kepada masyarakat umum pada 2019.
Ilmu bekam sangat luas. Alhamdulillah, kami tambah ilmu kami daripada Tuan Haji Mansuruddin dan Ustaz Ryzal yang mempunyai pengalaman luas bidang bekam.
Subhanallah, ramai juga wanita yang inginkan rawatan bekam.
Untuk dapatkan maklumat lanjut dan janjitemu rawatan bekam lelaki dan wanita, sila WhatsApp atau hubungi kami di 0194992979