SUMUR mula diperkenalkan di SABAR pada akhir bulan ogos 2016.Pada ketika itu hanya 5 buah SMK di Perak sahaja yang diperkenalkan SUMUR sebagai sekolah rintis SUMUR kategori SMK dan salah satunya ialah SABAR.
Pelancaran SUMUR kali pertama di SABAR ialah pada bulan september tahun yang sama.Dari situ bermulalah SUMUR dijalankan dengan memperkenalkan 4 modul SUMUR dikalangan pelajar-pelajar serta guru SABAR iaitu modul budi bahasa,mutadayyin , jati diri dan penampilan diri.
Aktiviti SUMUR terus dijalankan seperti usrah SUMUR dan penekanan tentang akhlak ,budi bahasa,sopan santun ,salam dan sebagainya.Pelajar-pelajar juga dinilai dan diberi markah serta direkodkan akhlak dan pencapaian mereka mengikut individu dan kelas.
SUMUR telah mencapai kegemilangan pada tahun 2017 dan 2018 apabila Siti Norashikin bt Mat Rahim telah dinobatkan sebagai tokoh SUMUR apabila beliau menjadi Johan tilawah MTQ peringkat kebangsaan 2 tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2017 dan 2018.
Selain itu banyak lagi pencapaian oleh pelajar-pelajar SABAR dalam akademik,kokurikulum dan lain-lain.Pelbagai usaha pihak sekolah untuk mengangkat nama SUMUR seperti memberi nama bangunan sekolah dengan nama tokoh-tokoh terkemuka dalam islam seperti Salahuddin Al-Ayubi dan lain-lain.Mewujudkan taman SUMUR di hadapan surau sekolah dan menaik taraf surau sekolah itu sendiri.Alhamdulillah SUMUR kini semakin matang dan tidak asing lagi dalam kalangan warga SABAR dengan motonya Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak.