Persampelan tanah dan air tapak akuakultur air tawar menerangkan keterampilan dalam pengambilan dan pengujian sampel tanah dan air bagi memastikan kesesuaian tapak cadangan akuakultur air tawar mengikut Amalan Akuakultur Baik.
Sediakan tempat akuakultur air tawar menerangkan keterampilan dalam penyediaan tempat ternakan akuakultur air tawar mengikut rancangan operasi dan Amalan Akuakultur Baik.
Laksana pelepasan benih ternakan air tawar menerangkan keterampilan dalam menempatkan benih ternakan air tawar ke kolam ternakan mengikut Amalan Akuakultur Baik.
Kawal kualiti air akuakultur air tawar menerangkan keterampilan dalam penjagaan kualiti air kolam ternakan bagi memastikan ternakan air tawar membesar dengan sihat mengikut Amalan Akuakultur Baik.
Pemakanan ternakan air tawar menerangkan keterampilan dalam pemberian makanan dan nutrisi kepada ternakan mengikut jenis, kadar dan jadual pemakanan berdasarkan Amalan Akuakultur Baik.
Kawalan kesihatan ternakan air tawar menerangkan keterampilan dalam penjagaan kesihatan ternakan air tawar mengikut Amalan Akuakultur Baik.
Penyelenggaraan ladang akuakultur air tawar menerangkan kompetensi dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti penjagaan dan pembaik pulihan peralatan, kelengkapan dan infrastruktur ladang mengikut jadual penyelenggaraan dan keperluan operasi.
Penuaian hasil akuakultur air tawar menerangkan ketrampilan dalam melakukan aktiviti-aktiviti penuaian hasil ternakan untuk dipasarkan mengikut rancangan operasi dan Amalan Akuakultur Baik
Penilaian tapak akuakultur air tawar menerangkan keterampilan dalam melakukan pemeriksaan kualiti tanah dan air bagi mengesahkan tapak cadangan adalah sesuai untuk akuakultur air tawar.
Penyelarasan operasi akuakultur air tawar menerangkan keterampilan dalam memastikan pelaksanaan aktiviti operasi ladang akuakultur air tawar memenuhi keperluan rancangan operasi dan Amalan Akuakultur Baik.
Rawatan ternakan air tawar menerangkan keterampilan dalam memberikan khidmat rawatan kepada ternakan air tawar berpenyakit mengikut Amalan Akuakultur Baik.
Operasi biosekuriti akuakultur air tawar menerangkan kompetensi dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti keselamatan dan pencegahan kemasukan agen pembawa penyakit ke dalam ladang dan keluar daripada ladang secara lestari berdasarkan Amalan Akuakultur Baik.
Fungsi penyeliaan operasi akuakultur air tawar menerangkan keterampilan dalam pelaksanaan tanggungjawab pentadbiran operasi bagi memastikan pematuhan kepada arahan, prosedur kerja dan Amalan Akuakultur Baik.