Berikan maklum balas pengalaman anda semasa melayari MyPharmRoute
Pada tarikh 12 februari 2015 UiTM (Pulau Pinang) Kampus Bertam telah dengan rasminya menerima Kolej Al-Zahrawi yang mampu menampung sejumlah 1000 pelajar. Kolej Al-Zahrawi mempunyai satu (1) blok dimana Sayap A menempatkan pelajar siswi manakala Sayap B menempatkan pelajar siswa. Sayap A mempunyai sebanyak 92 buah rumah manakala Sayap B sebanyak 34 buah rumah.
Setiap rumah mempunyai empat (4) buah bilik dimana satu bilik menempatkan dua (2) orang pelajar. Jumlah keseluruhan bagi satu rumah ialah seramai lapan (8) orang pelajar. Pelbagai kemudahan turut disediakan kepada pelajar. Antaranya :-
Â
Pejabat Pengurusan
Bilik bacaan
Ruang TV
Rumah OKU
Surau
Kafeteria
Kedai Serbaneka
Kedai Pencetakan
Dobi
RO Water
Gelanggang Futsal