Jawatan Kosong Dibuka
Laluan kerjaya bagi graduan Program Diploma Farmasi kekal mendapat tempat dan permintaan dalam industri semasa baik sektor awam mahupun swasta
Jabatan Farmasi Hospital
Graduan Diploma Farmasi berpeluang mendapat tempat dalam sektor hospital awam atau swasta sebagai Penolong Pegawai Farmasi. Antara skop tugas sebagai Penolong Pegawai Farmasi ialah :
Membantu ahli farmasi dalam menerima, menyimpan, dan mengeluarkan ubat-ubatan
Menyusun stok ubat mengikut sistem First-Expiry-First-Out (FEFO) atau First-In-First-Out (FIFO)
Menjalankan pemeriksaan stok secara berkala dan melaporkan kekurangan atau lebihan stok
Menyediakan dan membungkus ubat mengikut preskripsi yang diberi oleh pegawai perubatan
Menyediakan ubat bukan steril (contoh: ubat sapu, ubat minum, ubat sirap) di bawah pengawasan ahli farmasi
Memberi ubat kepada pesakit mengikut preskripsi yang disahkan
Memberi penerangan asas cara pengambilan ubat, di bawah pengawasan ahli farmasi
Menjawab pertanyaan mudah berkaitan ubat dan merujuk soalan kompleks kepada ahli farmasi
Farmasi Komuniti / Runcit
Graduan Diploma Farmasi juga berpeluang bekerja di sektor farmasi komuniti/runcit yang giat berkembang di Malaysia pada hari ini. Antara skop tugas di sektor farmasi komuniti ialah :
Menyusun, menyimpan dan menyemak stok ubat di rak dan stor
Menyediakan pesanan ubat kepada pembekal dan menerima stok
Melabel, membungkus dan mengasingkan ubat mengikut kategori (OTC, preskripsi, supplemen)
Menjalankan stock take / audit stok secara berkala.
Melayani pelanggan yang hadir untuk membeli ubat, supplemen, dan produk kesihatan
Memberi penerangan asas tentang penggunaan ubat (jika bukan ubat terkawal)
Memberikan cadangan produk kesihatan ringan (seperti vitamin, losyen, krim ruam)
Menguruskan kaunter bayaran (termasuk sistem POS)
Menyediakan laporan jualan harian jika diperlukan
Industri Farmaseutikal
Skop tugas Penolong Pegawai Farmasi (PPF) dalam industri farmaseutikal pula lebih tertumpu kepada pengeluaran, kawalan kualiti, dokumentasi dan pematuhan regulatori. Peranan ini penting dalam memastikan produk farmaseutikal dihasilkan dengan selamat, berkualiti dan mematuhi piawaian yang ditetapkan. Perincian skop tugas adalah seperti berikut:
Membantu dalam proses pembuatan ubat seperti pencampuran, penapisan, pembungkusan, dan pelabelan
Menjalankan pemeriksaan peralatan sebelum dan selepas digunakan
Memastikan pematuhan kepada Good Manufacturing Practice (GMP)
Mengambil sampel bahan mentah, produk separa siap, dan produk akhir untuk ujian (Kawalan Kualiti-QC)
Membantu menjalankan ujian fizikal atau kimia asas di makmal (jika terlatih)
Menyimpan rekod ujian dan memantau kestabilan produk
Menyediakan dan menyemak dokumentasi seperti SOP, rekod batch, dan laporan pengeluaran (Jaminan Kualiti - QA)
Membantu dalam audit dalaman dan audit oleh pihak berkuasa (contoh: NPRA, GMP audit)
Memastikan dokumentasi lengkap untuk setiap lot produk
Penyenaraian Awal Penolong Pegawai Farmasi
Penyenaraian awal ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat pemegang kelayakan Diploma Farmasi/Pembantu Farmasi/Sijil Pembantu Farmasi sedia ada di Malaysia.
Jawatan Kosong Ditutup