Ijazah Sarjana Muda Farmasi UiTM
PENGENALAN
Ijazah Sarjana Muda Farmasi (Kepujian) UiTM merupakan program empat (4) tahun yang ditawarkan oleh Fakulti Farmasi, UiTM Kampus Puncak Alam, Selangor. Program ini diiktiraf oleh Lembaga Farmasi Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), serta menyediakan laluan kerjaya dalam sektor kerajaan dan swasta.
STRUKTUR PROGRAM
Program ini merangkumi lapan semester dengan pendekatan pengajaran yang pelbagai seperti kuliah, pembelajaran berasaskan masalah, sesi praktikal, pembelajaran kendiri, latihan kemahiran klinikal, dan latihan farmasi klinikal.
PELUANG KERJAYA
Graduan program ini (Ijazah Sarjana Muda Farmasi) mempunyai peluang kerjaya yang luas dalam sektor awam dan swasta, termasuk:
Farmasi hospital dan klinik
Farmasi komuniti
Industri farmaseutikal
Penyelidikan dan pembangunan
Akademik dan pendidikan
Syarat Kemasukan ke Ijazah Sarjana Muda Farmasi UiTM
Pengiktirafan Kelayakan
Program Ijazah Sarjana Muda Farmasi UiTM adalah diiktiraf kelayakannya oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Lihat Sijil Pengiktirafan
Senarai Ijazah Farmasi yang diiktiraf oleh Lembaga Farmasi Malaysia
Berikut adalah senarai institusi tempatan dan luar negara yang diiktiraf oleh Lembaga Farmasi Malaysia bagi program ijazah farmasi. Lihat disini.