LATAR BELAKANG RUZA AGROTECH

Latar Belakang

Ruza Agrotech Sdn Bhd diasaskan dan ditadbir urus oleh Tuan Haji Ruseli Bin Ahmad yang merupakan pengarah urusan Ruza Resources Manufacturing Sdn Bhd. Beliau seorang yang berpengalaman luas dalam bidang produk kosmetik, herba dan makanan serta minuman manakala Puan Hajah Zalili Binti Abdul Ghani pula merupakan perancang perniagaan dan pakar kecantikan yang mempunyai pengalaman selama 25 tahun dalam bidang tersebut.

Kini pada tahun 2022, Tuan Ruseli dan Puan Zalili telah melebarkan sayap perniagaan dengan melahirkan syarikat Ruza Agrotech Sdn Bhd. Ruza Agrotech bertempat di Sungai Limau, Lunas, Kedah dengan keluasan hampir 50 relung. Konsep Ruza Agrotech adalah Agrotourism iaitu Pertanian, Penternakan dan Pelancongan. Dengan adanya Ruza Agrotech, syarikat dapat menceburi bidang baharu serta membantu dalam usaha menjamin sekuriti makanan negara dari segi pertanian dan penternakan sekaligus dapat menarik pelancong dalam mahupun luar negara khususnya datang ke negeri Kedah Darul Aman.

I ❤️ Ruza Agrotech

@ Sg. Limau, Kulim, Kedah