RUMAH NGAJI ANAK GELANDANGAN
SEMPORNA, SABAH, MALAYSIA
SEMPORNA, SABAH, MALAYSIA
PROJEK KOLABORASI DIANTARA HUGS PROJECT + AIFOLO ADVENTURES + KELAB BELIA KAMPUNG SELAKAN
DIGERAKKAN 100% MENGGUNAKAN SUMBANGAN DANA WAM
Bantu kami untuk mencari Dana Operasi Harian/ Bulanan Rumah Ngaji Anak Gelandangan yang memberikan Pendidikan dan Makan Percuma kepada 118 orang anak-anak yang terdiri dari 33 Orang Anak Gelandangan Semporna 85 Orang Anak Miskin Tegar
Dana Sebulan yg diperlukan untuk Kos Makan adalah RM6,600.00
Dana Sebulan yg diperlukan untuk Elaun 3 Ustaz adalah RM1,800
Dana Sebulan yg diperlukan untuk Elaun 3 Orang Pentadbir/Pembantu adalah RM1,500
Dana Sebulan untuk Pengurusan Premis adalah RM1,000
Jumlah Keseluruhan Dana yg diperlukan sebulan adalah RM10,900
RUMAH NGAJI ANAK GELANDANGAN SEMPORNA ingin memohon bantuan kewangan anda semua untuk membantu kami membiayai Kos Operasi Harian RUMAH NGAJI ANAK GELANDANGAN yang kami wujudkan khas untuk Memberi Pendidikan Percuma, Memberi Makan Percuma Semasa Kelas dan Mengajar Kemahiran Hidup Percuma agar mereka boleh menjadi Insan yg berdikari dan berguna. Secara tidak langsung memberi peluang untuk berubah dengan meninggalkan kehidupan mereka sekarang yang merayau di jalanan tanpa hala tuju, membuat kacau, menghisap gam dan syabu,berjudi serta boleh menjerumuskan diri mereka dalam kejadian jenayah di Semporna dalam usia yang sangat muda.
Kehidupan Anak Gelandangan di Semporna ini sememangnya tidak terkawal sejak berpuluh tahun lamanya. Ianya diburukkan lagi akibat Pandemik Covid-19 yg menyerang sekarang. Kalau sebelum ini mereka boleh meminta sedekah tetapi dengan keadaan ekonomi sekarang kebarangkalian untuk melakukan jenayah untuk sesuap nasi adalah sangat tinggi.
Apa yg kami nampak dan telah lakukan adalah dengan memberi Asas Kesedaran, Asas Pendidikan dan Makanan Asas untuk mereka bertahan.
Jumlah Anak Gelandangan di Semporna sebenarnya ratusan. Tetapi atas faktor keberkesanan dan kewangan, kami hanya mampu mengambil 30 orang dahulu Anak Gelandangan yg berkeliaran dari Kg Bangau Bangau, Semporna. Untuk rekod, perjalanan penubuhan RUMAH NGAJI ANAK GELANDANGAN SEMPORNA bermula dengan memujuk mereka dijalanan. Sejak awal Oktober 2020, setiap hari pihak kami memberi makan tengahari secara percuma kepada 50 orang anak gelandangan. Bermula dari kehidupan yang liar, akhirnya mereka mula terbuka hati untuk berubah. Pihak kami potong rambut mereka, potong kuku mereka, ajar mereka pakai mask dan selipar. Dan sentiasa menasihatkan untuk meninggalkan tabiat menghisap gam dan syabu. Tiada paksaan tetapi lebih kepada nasihat secara lembut.
Alhamdulillah, pada 20 November 2020 satu keajaiban berlaku. Anak-anak ini telah berjumpa dengan kami dan berkata " Abang, kami mahu jadi belajar mengaji! Kami mahu jadi Anak Yg Soleh". Maka bermula dengan itu, serta merta kami memulakan usaha membina RUMAH NGAJI ANAK GELANDANGAN SEMPORNA.
-Link video Anak Gelandangan mahu belajar mengaji:
https://www.facebook.com/lailibasir/videos/10160631760557995
Kami telah memilih sebuah Rumah Flat Terbiar di Kg Bangau Bangau untuk dijadikan pusat operasi RUMAH NGAJI ini. Kerja baik pulih telah dilakukan serta-merta dan siap dalam masa 1 minggu. Kami mendapat dana ubah suai dari dana sumbangan rakan-rakan.
Pada masa yang sama kami telah mencari tenaga pengajar untuk anak-anak ini yang terdiri dari 1 Ustaz, 2 orang Pembantu Pengajar, 5 Orang Pembantu Operasi dan 2 orang Penyelia. Secara dasarnya, kami telah mendapat penaja untuk membiayai Elaun Ustaz selama 14 Bulan yang berjumlah RM8,400. Namun kami gagal mendapat sumber pembiayaan untuk Elaun Pembantu dan Penyelia. (Maklumat lanjut dibawah)
RUMAH NGAJI ANAK GELANDANGAN telah siap diubah suai pada 25 November 2020 dan sepatutnya beroperasi pada 01 Disember 2020. Namun keinginan untuk belajar Anak-Anak ini sangat tinggi, maka Kelas Mengaji terpaksa bermula pada 27 November 2020.
Bagi menggalakkan Anak-Anak ini untuk belajar, kami memberikan Sarapan Pagi dan Makan Tengahari Percuma setiap hari.Dengan itu mereka tidak perlu risau kelaparan, merayau-rayau mencari makan dengan meminta sedekah atau mencari dari tempat pembuangan sampah. Mereka lebih tumpukan kepada pembelajaran. (Kos terperinci ada dibawah)
Untuk bahan-bahan pembelajaran pula setakat ini datangnya dari para penderma-penderma dari Semenanjung dan Sabah. Kebanyakkannya material pembelajaran ini masih dalam perjalanan dan kami terpaksa menggunakan apa sahaja yang ada. Kami tidak dapat melakukkan apa-apa pembelian lagi atas faktor kewangan.
Sasaran kami adalah untuk mengumpul RM35,400.00 yang boleh menampung perbelanjaan operasi selama 6 bulan. Berikut kami senaraikan maklumat RUMAH NGAJI ANAK GELANDANGAN, SEMPORNA, SABAH
===========================================
RUMAH NGAJI ANAK GELANDANGAN, SEMPORNA, SABAH.
🔶Motto: 'Semua Orang Layak Masuk Syurga"
♦️MAKLUMAT ASAS
-Lokasi : Flat Bangau Bangau, Semporna, Sabah
-Tarikh Mula Operasi : 27 November 2020
♦️PENERIMA FAEDAH : 30 Orang Anak-Anak & 10 Orang Sukarelawan
>30 Orang Anak-Anak Gelandangan & Yatim Piatu di Kg Bangau
Bangau, Semporna
>1 orang Ustaz
>2 orang Pembantu Ustaz
>7 orang Sukarelawan Tempatan
♦️PENERAJU
-Penyelaras Keseluruhan : Muhammat Ismail
-Pemegang Amanah Kewangan & Perhubungan : Boy Ismail
-Pemegang Amanah Pendidikan : Nirma Majinji
♦️PERBELANJAAN
a) Telah Dilaksana atau Telah Ada Penaja Peruntukan
i-Kerja Renovasi Bangunan : RM5,000.00 (telah dilaksanakan dengan dana awam)
ii-Elaun Ustaz Mengajar Sehingga January 2022 : RM600.00 x 01 Ustaz x 14
bulan= RM8,400.00 [ telah ada penaja persendirian]
b) Dana Yang Masih Diperlukan (Anak-anak & Pengurusan): RM35,400.00
i-Perbelanjaan Makan/Minum Anak Mengaji untuk 6 Bulan :
-Sarapan Pagi : RM1 x 40 orang x 30 hari x 6 bulan= RM7,200.00
-Makan Tengahari: RM3 x 40 orang x 30 hari x 6 bulan=RM21,600.00
=====>Jumlah: RM28,800
ii-Elaun Penyelaras Keseluruhan: RM500 x 6 bulan= RM3,000.00
iii-Elaun Pembantu Ustaz: RM200 x 2 orang x 6 bulan= RM2,400.00
iv-Kos Utiliti Bangunan : RM200 x 6 bulan= RM1,200.00
================================================
RUMAH NGAJI ANAK GELANDANGAN menawarkan:
1. Kelas Mengaji Al Quran Percuma
2. Kelas Fardu Percuma
3. Kelas Kemahiran Hidup Percuma
4. Makanan Percuma Semasa Pembelajaran
5. Aktiviti Sukan dan Rekreasi
6. Pemeriksaan Kesihatan Percuma
7. Khatan Percuma
**SUMBANGAN ANDA AKAN MEMBERI IMPAK YANG SANGAT BESAR**
a) Sama-sama kita bantu anak-anak ini meneruskan kehidupan. Sedikit atau banyak sumbangan bukan ukuran, tetapi keihlasan. Sesungguhnya, berkongsi kemakmuran itu tidak akan membuat anda jatuh miskin. Insyallah.
b) Bagaimana sumbangan boleh disalurkan atau dihantar?
~i) Bantuan bentuk barangan boleh di POS terus ke wakil kami di Semporna. PM kami utk alamat lengkap.
~ii) Bantuan kewangan boleh dihulurkan dgn klik link berikut>PLATFORM WHATSAPP PAYMENT-
https://hugsprojectmanagement.yzza.io/wynp5
~iii) Sumbangan menggunakan Online Transfer: MAYBANK - 556141007828 - LAILI BASIR EVENT ADVENTURE