Pasti ramai yang belum pernah cuba nasi daging utara kan? Pertama kali cuba pasti akan jatuh cinta! Jom cuba!!
Jom kita tengok cara penyediaan nasi minyak style kenduri yang gerenti jadi. Hasil nasi minyak dari resepi dan cara ini sangat lembut dan fluffy, memang sebiji-sebiji berderai jadinya.
Udang Masak Diraja merupakan hidangan kegemaran kesemua lapisan umur. Daripada yang kecil sehinggalah yang dewasa, semuanya amat menyukai hidangan ini.
Sangat sesuai dihidangkan ketika tidak sihat mahupun masakan harian. Jom kita tengok resepi yang saya gunakan hari ini....
Mesti ramai yang tak pernah tengok orang buat suhun goreng ni kan? Mudah saja resipi suhun goreng ni kalau ada yang cuba. Sekali sekala tukar selera tak salah kan.
Siapa yang sering ke kedai masakan Cina atau Thailand pasti tahu menu suhun goreng ini. Memang sedap! Jom lihat cara membuatnya di bawah.
Gulai ikan nyok-nyok, memang terasa kari dan rencah yang digunakan.
Kalau orang utara, kari disebut gulai. Tambah terangkat dengan penggunaan halba campur dalam masakan. Jom cuba resipi gulai ikan nyok-nyok ni.
Orang Utara pasti ramai yang tahu Resepi Pesamah Daging. Menu ini biasanya sering dihidangkan sebagai menu istimewa di kenduri kendara orang dulu-dulu di Utara.
Namun begitu, pasti ramai anak muda yang baru pertama kali mendengar menu pesamah daging ini kerana ianya sangat sukar ditemui sekarang.
Memang wajib cuba kerana kelembutan daging dia sangat memikat hati, lebih lagi bila digandingkan dengan nasi minyak. Jom kita cuba masak!
Kalau ada banyak daging korban,boleh lah masak resepi daging yang mudah dan sedap, iaitu Daging Masak BlackPepper atau Daging Masak Lada Hitam.
Untuk resepi ni, kalau nak cepat masak, kita gunakan daging jenis yang lembut iaitu bahagian batang pinang. Sebenarnya potongan daging yang murah, lebih sedap atauflavourful rasanya kalau dimasak macam ni, berbanding daging yang mahal macamdaging batang pinang tu. Beef cut yang mahal macam daging batang pinang tulebih sesuai dimasal grill, atau masak steak. Jadi, cheap cut beef adalah pilihan yang bagus untuk masak daging black pepper.
Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api cara Negeri Sembilan yang sangatlah sedap. Dengar je pun dah boleh telan air liur kan? Ape entah lagi kalau dapat makan time lunch.
Laksa Sarawak anda tahu? Haa laksa Sarawak ni kurang famous berbanding dengan laksa-laksa lain. Tapi, bukan sebab rasanya tak sedap tau. Mungkin sebab masih ramai lagi yang belum mencuba dan kurang gemar untuk mencuba Laksa Sarawak. Percayalah, laksa Sarawak juga mempunyai rasa uniknya yang tersendiri yang membuatkan ramai orang akan suka dan menggemari juadah ini.
Daging goreng kunyit sentiasa menjadi kegemaran ramai kerana rasanya yang sedap dan cara penyediaannya yang sangat mudah. Jom cuba resepi ini!
Biasa kalau makan di kedai mamak, kari sotong tanpa santan ni memang wajib ada. Jom kita lihat video penyediaan masakan ini.
Spaghetti Aglio Olio merupakan hidangan tradisi yang berasal daripada Itali. Nama asal bagi spaghetti ini adalah Spaghetti Aglio Olio e Peperoncino. Tetapi telah disingkatkan menjadi Aglio Olio supaya ia mudah untuk disebut. Ia sangat terkenal dengan rasanya yang sedap walaupun menggunakan bahan yang biasa-biasa sahaja. Nak menyediakan Spaghetti Aglio Olio ini juga cukup mudah, tidak menggunakan terlalu banyak bahan.
Bila tengah lapar dapat semangkuk Bubur Jagung memang sedap. Taruh pulak sagu makin sedap dan pekat. Nak lagi sedap guna Gula Melaka atau Nise Kerek. Dah letak gula melaka, tak letak gula pasir pun tak apa, nanti terlebih manis pulak.
Sedapnya kuih tepung pelita ni. Rasanya yang lemak manis memang menjadi kegemaran ramai. Buat anda yang suka kuih ini, boleh cuba buat sendiri
Bila sebut nasi kacang ni, teringat zaman kanak-kanak. Biasanya nasi ini ada jual bersama dengan nasi lemak waktu pagi. Selain nasi lemak, nasi kacang merupakan pilihan alternatif untuk sarapan. Tapi sekarang, sudah jarang nak dapat orang jual nasi kacang. Jadi kali ini, RK@RumahKita ingin berkongsi resepi Nasi Kacang Utara.
Paprik sering dipesan di restoran-restoran yang menjual masakan panas dan menjadi salah satu pilihan kegemaran masyarakat Malaysia. Paprik merupakan sajian yang berasal dari Thailand. Pad bermaksud 'stirfry' (tumis) dan prik bermaksud cili. Gabungan daripada kepedasan cili, bersama dengan rasa yang unik daripada daun limau purut pasti seakan-akan membawa anda ke Thailand. Cara pembuatan seafood paprik ini amat mudah dan menjanjikan hasil yang lazat dan memikat hati sesiapa sahaja. Aromanya yang lazat juga pasti akan menarik minat dan membangkitkan selera. Tanpa membuang masa, jom kita lihat resepi ini!
Masakan sayur seperti ini kadang kala boleh membangkitkan selera jika digandingkan dengan ikan goreng. Sayur masak bening seperti ini, sangat mudah disediakan dan menyihatkan. Cubalah.
Menu pencuci mulut yang digemari dan menyegarkan. Sangat mudah dibuat dan sesuai dihidang untuk jamuan. Puding berkuah kebiasannya di makan bersama puding kastard yang tidak terlalu manis , di sulami pula dengan buah-buahan coktail dan bertambah sedap lagi adalah kuahnya yang lemak berkrim. Hari ini RK@RumahKita ingin kongsikan resepi puding bekuah yang sesuai disediakan pada bila-bila masa terutamanya untuk berbuka puasa. Semoga ianya menjadi sumber inspirasi kepada para suri rumahtangga dalam mencari idea untuk menyediakan juadah berbuka puasa petang nanti.
Pada kali ini RK ingin berkongsi resepi masakan yang mudah dan sedap iaitu Nasi Goreng Seafood. Walaupun kelihatan sangat ringkas, tetapi jika diolah dengan betul dan ditambah dengan lauk-pauk dan sayur-sayuran yang sesuai, nasi goreng juga merupakan makanan yang seimbang. Lengkap dengan semua nutrisi yang diperlukan. Jom masak.
Bagi penggemar telur sotong, ini merupakan menu ringkas dan sedap yang wajib dicuba. Masa penyediaan dan memasak yang singkat, menjadikan memasak itu menyeronokkan. Jom masak!!