D' Rumah Hijau Village Resort dibina daripada impian untuk membawa semula suasana kampung yang menenangkan ke dalam gaya percutian moden.
Terletak di Masjid Tanah, Melaka ~ resort ini menawarkan gabungan suasana damai kampung tradisional dan kemudahan moden yang selesa. Setiap unit penginapan direka untuk memberi keselesaan, privasi dan rasa "balik kampung" yang sebenar ~ sama ada anda datang untuk bercuti bersama keluarga atau atas urusan kerja.
Kami percaya, setiap tetamu bukan sekadar menginap ~ tetapi mencipta kenangan yang hangat dan bermakna.
🌿 Tenang. Selesa. Seperti di kampung sendiri.
📍 Berdekatan Pantai Pengkalan Balak, Sungai Udang, HRSB Holding & lokasi sekitar yang stratigik lain.