Objektif utama syarikat De Rimbunan Services adalah bagi memperluaskan lagi cabang perniagaan yang sedang dijalankan di sekitar Bandar Universiti Pagoh. Syarikat kami ingin meningkatkan lagi kemahiran & perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pelanggan kami di masa hadapan. Bagi memastikan objektif kami tercapai, syarikat kami telah membuat penyediaan para tenaga yang professional dan berkemahiran dalam melaksanakan tugas dengan lebih produktif.
Siapa Kami
Kami adalah syarikat yang menyediakan perkhidmatan rumah sewa murah di Pagoh dan selain daripada itu kami juga menyediakan rumah homestay, perkhidmatan bekalan dan perkhidmatan untuk barang promosi seperti banner, pengiklanan & papan iklan, trofi & medal, hadiah berupa hamper dan sebagainya.
Tambahan lagi, kami juga membekalkan bahan perlatan & kelengkapan, cenderamata & hadiah, kelengkapan / kemudahan awam dan peralatan elektrik & elektronik. De Rimbunan Services juga merupakan syarikat pembekal yang sentiasa memastikan kualiti perkhidmatan, pembekalan dan sebagai berada di tahap yang memuaskan.
Syarikat kami juga berusaha untuk mengembangkan lagi perniagaan di seluruh Malaysia terutama sekali sekolah yang memerlukan perkhidmatan kami. Dengan berkat, kesungguhan dan kerjasama Tuan/Puan, De Rimbunan Services dapat merealisasikan objektif syarikat.