NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH
Nama : Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Panglima Garang
Alamat : Jalan Klang Banting, Pekan Telok, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor
No. tel : 03-3122 7914
No. faks : 03-3122 9899
E-mel : bea1069@btpnsel.edu.my
LOKASI SEKOLAH
PELAN SEKOLAH
GRED SEKOLAH
Gred A
JENIS SEKOLAH
Sekolah Menengah Kerajaan (Bandar)
SEJARAH SEKOLAH
Sejarah penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Panglima Garang (SMKTPG) bermula pada akhir tahun 1965 apabila timbul kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk menubuhkan sebuah sekolah menengah di Mukim Telok Panglima Garang. Melalui rundingan, tapak seluas 3,318 hektar telah diambil alih dengan bayaran ganti rugi sebanyak RM60,450 kepada beberapa pemilik tanah pada 18 Julai 1968. Dengan usaha rundingan Y.B. Dato’ Syafei (wakil rakyat pada masa itu) bersama Setiausaha Kementerian Pendidikan urusan pembinaan sekolah dengan kos RM30,000 berjaya diluluskan. Akhirnya, pada tahun 1972 bangunan SMK Telok Panglima Garang tersergam dengan indahnya dan mula digunakan pada 2 Januari 1973.
En. Ahmad Busu telah dilantik sebagai pengetua pertama sekolah ini. Sekolah ini telah dirasmikan oleh Y.A.B Tn. Hj. Muhamad bin Yaakob, Menteri Pendidikan Malaysia pada 23 Mei 1974. Dengan bertambahnya bilangan pelajar pada 30 November 1980, pihak sekolah telah mendapat peruntukan bangunan tambahan iaitu 6 buah bilik darjah, stor dan 3 buah makmal sains tulen hasil usaha pengetua kedua iaitu En. Ishak bin Talaha yang mula bertugas pada 1 Januari 1980. Kunci bangunan tersebut telah diserahkan pada 14 Februari 1985.
2 buah blok asrama (lelaki dan perempuan) dan sebuah dewan makan, 4 buah pintu rumah guru juga telah dibina dan disiapkan pada tahun 1997. Sebuah surau telah dibina pada tahun 1998 yang diperbesarkan pada tahun 2000. Bangunan blok F setinggi 3 tingkat yang menempatkan kelas dan makmal sains tulen pun telah mula dibina pada tahun 1999 untuk menampung keperluan pelajar SMKTPG yang semakin bertambah.
Seterusnya pada pertengahan tahun 2008, SMKTPG telah mendapat sebuah lagi bangunan tambahan iaitu bangunan SKSB (Sejambak Kasih Sekalung Budi). Pembinaan bangunan SKSB dibiayai sepenuhnya hasil usaha keras pihak PIBG dan sekolah.
VISI, MISI, PIAGAM SEKOLAH DAN SLOGAN
VISI
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA
SMK Telok Panglima Garang berkeupayaan menjana sistem pendidikan yang berkualiti dan berkesan dalam membantu melahirkan insan cemerlang yang dapat menjamin kesejahteraan warga sekolah dan komuniti
MISI
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA
SMK Telok Panglima Garang melestarikan sistem pendidikan ke arah kecemerlangan merangkumi akademik, kokurikulum dan sahsiah murid bagi memenuhi aspirasi negara.
PIAGAM
Demi merealisasikan visi sekolah sebagai institusi pendidikan cemerlang selaras dengan cogan kata "ILMU RUKUN HIDUP", pihak sekolah dengan penuh tanggungjawab berikrar menunaikan hak-hak pelanggan seperti berikut:
Kepada Pelajar
Menyediakan pasukan pendidikan dan kakitangan sekolah yang dinamik dan berkualiti.
Kepada Staf
Menyediakan prasarana pendidikan yang mencukupi dan lengkap agar suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih kondusif.
Kepada Ibu Bapa
Mendidik pelajar supaya menjadi warganegara yang berpengetahuan, bertanggungjawab, serta mengamalkan nilai murni, selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Kepada Masyarakat
Menyediakan perkhidmatan dan layanan yang mesra, telus, serta terbuka dalam menjana idea bersama ibu bapa dan masyarakat.
Kepada Negara
Melahirkan masyarakat yang taat, setia, moden, progresif, dan penyayang sebagai bakal tenaga kerja yang memenuhi keperluan negara.
SLOGAN
ILMU RUKUN HIDUP
#panglimaHEBAT
Humble & Honesty - Rendah diri & Jujur
Excellence - Cemerlang
Brave - Berani
Agile - Tangkas
Transcendence - Unggul
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN SEKOLAH
Falsafah Pendidikan Kebangsaan:
"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepada untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran negara, masyarakat dan negara."
Falsafah Pendidikan Sekolah:
Pendidikan merupakan suatu usaha yang berterusan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan untuk memberi sumbangan kepada kemakmuran masyarakat dan negara.
LENCANA SEKOLAH
Lencana berbentuk perisai dengan susunan segitiga atau bidang warna yang membahagikannya ke dalam segmen. Bahagian atas kiri umumnya berwarna kuning, manakala bahagian bawah atau kanan berwarna merah.
Kepala Harimau ditempatkan di bahagian atas perisai, mewakili keberanian, kekuatan dan daya juang nilai yang didiakui penting oleh sekolah.
Bulu Pen (Feather Quill) terdapat di salah satu segmen, melambangkan ilmu, penulisan dan semangat pembelajaran yang menjadi asas pendidikan.
Buku Terbuka, terletak di tengah atau bahagian bawah perisai, simbol kepada ilmu dan pendidikan.
Moto “Ilmu Rukun Hidup” terpahat atau dicetak pada buku terbuka itu, menekankan bahawa ilmu adalah tiang utama dalam kehidupan. Moto ini secara langsung menyiratkan tujuan pendidikan yang dipegang oleh sekolah.
Kombinasi warna kuning dan merah adalah dominan, mencipta kontras visual yang kuat dan bermakna.
Kuning mungkin melambangkan keceriaan, harapan, semangat dan kecemerlangan.
Merah sering dikaitkan dengan keberanian, tekad dan semangat juang.
Penempatan simbol seperti kepala harimau di kawasan kuning membantu mencipta keseimbangan visual dan tafsiran simbolik yang kukuh.
LAGU SEKOLAH
Warga SMKTPG
Berikrar dan berjanji
Tekun ilmu dicari
Mencapai hasrat murni
Warga SMKTPG
Tekad usaha bersatu
Murnikan azam kita
Mencapai cita-cita
chorus:
Mari teman semua
Kita bersatu padu
Untuk menjayakan cita yang restu
Jangan lupa nasihat
Ibu bapa dan guru
Untuk mencapai wawasan yang dituju
Megah SMKTPG
Maju jaya berbakti
Ilmu amal diberi
Kita harus syukuri
Kita harus syukuri
Komposer: Abdul Rahim Hj Anuar
Lirik: Abd Malek Shaari
TAKWIM SEKOLAH
HALA TUJU SEKOLAH
HALA TUJU SEKOLAH
SMK Telok Panglima Garang berada dalam peringkat
'ranking'
KELOMPOK 5 TERBAIK TAHUN 2025
Di daerah Kuala langat dalam aspek kemenjadian murid
( akademik & kokurikulum / sukan )