Tempahan hanya akan disahkan (status ‘Booked’) setelah membuat membayar penuh termasuk Deposit Keselamatan sebanyak RM100.
Bayaran penuh tempahan boleh dibuat melalui laman "Book Now!" website ini. Hubungi kami terus melalui WhatsApp, 010-452 3371 setelah membuat bayaran atau pertanyaan lanjut.
Bayaran tidak akan dipulangkan jika tempahan dibatalkan di saat-saat akhir, akan tetapi anda boleh menukar tarikh baru tempahan (tertaluk kepada kekosongan).
Masa masuk (check-in) adalah pada jam 3:00 petang & masa keluar (check-out) pada jam 12:00 tengahari pada hari seterusnya.
Deposit akan dipulangkan semula setelah pihak kami membuat pemeriksaan & pemantauan Homestay selepas masa keluar (check-out).
Pembayaran semula Deposit Keselamatan dilakukan selepas 48 jam setelah pemeriksaan & pemantauan.
Pihak kami berhak untuk tidak mengembalikan deposit atau mengenakan apa-apa caj atau tindakan sewajarnya jika penghuni gagal mematuhi terma & syarat kami.
Pihak kami berhak membatalkan tempahan pelanggan & mengembalikan bayaran tempahan sekiranya perlu mengikut keadaan tertentu.
Sentiasa memastikan semua suis elektrik, lampu, kipas & penghawa dingin ditutup selepas digunakan atau semasa meninggalkan rumah.
Sentiasa menjaga kebersihan & kekemasan sepanjang menginap di sini.
Anda dilarang:
menyalahi hukum agama.
menggangu ketenteraman kawasan kejiranan.
menjalankan aktiviti-aktiviti berunsur jenayah serta tidak bermoral termasuk parti liar.
membawa haiwan peliharaan, minuman keras & bahan-bahan yang haram.
Keselamatan penghuni & barangan mereka adalah penting. Oleh itu, penghuni dinasihatkan supaya:
Sentiasa mengawasi barangan berharga dengan baik.
Memastikan semua pintu & tingkap ditutup/kunci apabila meninggalkan rumah atau tidur pada waktu siang & malam.