TERMA&SYARAT (ROBOCODE VIRTUAL CHALLENGE)
PENYERTAAN
Terbuka kepada semua pelajar sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Penyertaan adalah secara individu sahaja.
Pendaftaran mestilah dibuat oleh guru pembimbing atau penjaga.
Guru pembimbing boleh terdiri daripada mana-mana guru dari sekolah yang sama.
Pendaftaran mestilah dibuat secara dalam talian di ikon di bawah.
Tiada had penyertaan bagi setiap sekolah.
Hanya peserta yang menghantar tugasan sahaja yang bakal menerima sijil penyertaan.
Sila sertai kumpulan telegram peserta di pautan berikut: https://t.me/+Bt-_l9nI33o5OGM1Â
KATEGORI PENYERTAAN
Kategori 1: Sekolah Menengah (Atas)
Kategori 2: Sekolah Menengah (Bawah)
Kategori 3: Sekolah Rendah (Tahap 2)
SYARAT & FORMAT PERTANDINGAN
Para pelajar akan menerima misi pertandingan pada 13 JULAI 2026 (12.00 pm) di halaman penghantaran tugasan.
Taklimat akan berjalan secara langsung pada 13 JULAI (10:00 am) bagi kategori Sekolah Rendah. Rakaman disediakan.
Taklimat akan berjalan secara langsung pada 13 JULAI (10:00 am) bagi kategori Sekolah Menengah. Rakaman disediakan.
Bengkel pengaturcaraan (berbayar) akan berjalan pada 22 Julai 2026. Sesi mengikut kategori umur peserta.
Para peserta perlu menghantar file pengaturcaraan yang lengkap beserta video penerangan sebelum 13 OGOS 2026 (10 pm).
Pemarkahan juri adalah muktamad.
Sebarang provokasi atau keterlewatan penghantaran tidak akan dilayan.